Ariwatan

Kumpulan Rock Malaysia

Ariwatan ialah sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 dengan nama SYJ. Penubuhnya ialah Syed Yusuf Jamalulail yang bertindak sebagai pengurus mereka selepas SYJ yang pertama menukar nama mereka kepada Sofea. Namun yang demikian, kumpulan ini cuma sempat menggunakan nama SYJ untuk persembahan pentas sahaja.[1]Mereka menukar gelaran mereka kepada Ariwatan selepas mendapat tawaran merakamkan album pada tahun 1989. Namun mereka hanya sempat merakamkan sebuah album sahaja di bawah kelolaan M. Nasir sebelum berpecah. Pada tahun 1991, Aris Ariwatan meneruskan karier sebagai penyanyi solo dengan membawa nama kumpulan tersebut.

Ariwatan
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Bekas ahliAris Ariwatan
Wan
Nan
Ari
Amri

Diskografi sunting

Ariwatan
Album studio oleh
Dilancarkan pada1989 (1989)
Dirakamkan pada1989
TempatMalaysia  
GenreRock
SyarikatMusicland / Pustaka Muzik Kembara
PenerbitM. Nasir
Kronologi Ariwatan
"Ariwatan"
(1989)
"Aris Ariwatan"
(1991)
Single daripada Aris
  1. "Pertama Dan Selamanya"
    Dikeluarkan: 14 Julai 1989
  2. "Nyanyian Rebah"
    Dikeluarkan: 20 September 1989
  3. "Rockmania"
    Dikeluarkan: 1 November 1989
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Ariwatan merupakan album debut buat kumpulan Ariwatan yang kemudian berpecah dan tidak merakamkan album lagi melainkan vokalisnya, Aris Ariwatan meneruskan karier secara solo dan berjaya di pasaran. Album ini diterbitkan oleh M. Nasir dan mempopularkan lagu "Pertama dan Selamanya" dan "Nyanyian Rebah".

Senarai Lagu sunting

# Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Rockamania" Aris Ariwatan / Ari Wan Zul 4:58
2 "Itu-itulah" Aris / Nan / Amri Wan Zul 4:13
3 "Nyanyian Rebah" M. Nasir Siso 4:39
4 "Senjakala" M. Nasir Usop 4:29
5 "Lamunan" Aris / Ari Usop 6.30
6 "Minah" Aris / Wan Usop 4:45
7 "Pertama dan Selamanya" M. Nasir M. Nasir 5:16
8 "Tanda Panah Ke Utopia" Rosli Khamis Rosli Khamis 4:42
9 "Demi Untukmu" Wan Zul / Ariwatan Wan Zul 4:53
10 "Bayangan Silam" Aris / Wan Usop 4:39


Rujukan sunting

  1. ^ Ariwatan Diarkibkan 2014-08-19 di Wayback Machine, MuzikRock. Dicapai pada 2008-01-03.

Pautan luar sunting