Atur cara komputer

(Dilencongkan dari Atur cara)

Atur cara komputer atau program komputer (Bahasa Inggeris: Computer program) ialah koleksi arahan[1] yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah komputer untuk menjalankan sesuatu tugas khusus.

Atur cara computer biasanya ditulis oleh pengaturcara komputer dalam bahasa pengaturcaraan. Dari atur cara yang berada dalam keadaan kod sumbernya yang mudah dibaca oleh manusia, sesebuah pengkompil atau penghimpun boleh memperoleh kod mesin—sesuatu bentuk yang terdiri daripada arahan yang komputer boleh terus laksanakan. Sebagai alternatif, sesebuah atur cara komputer boleh dilaksanakan dengan bantuan sesebuah pentafsir.

Sesebuah koleksi atur cara komputer, pustaka, dan data yang berkaitan dirujuk sebagai perisian. Atur cara komputer boleh dikategorikan mengikut aliran fungsi, seperti perisian aplikasi dan perisian sistem. Kaedah tersirat yang digunakan untuk sesetengah penghitungan atau pengolahan dikenali sebagai algoritma.

Kod sumber kebanyakan atur cara mengandungi jujukan arahan yang jelas melaksanakan algoritma (dikenali sebagai gaya pengaturcaraan perintah); dalam bentuk lain (dikenali sebagai pengaturcaraan pengisytiharan) ciri-ciri maklumat yang diperlukan adalah ditentukan dan kaedah yang digunakan untuk mendapat keputusan, jika ada, diserahkan kepada pelantar.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rochkind, Marc J. (2004). Advanced Unix Programming, Second Edition. Montreal, Canada: Addison-Wesley. m/s. 5. ISBN 0-13-141154-3.