Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, biasa dikenali sebagai Aurangzeb (Parsi: اورنگ‌زیب) (gelaran: Al-Sultan al-Azam wal Khaqan al-Mukarram Abul Muzaffar Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I, Badshah Ghazi) (3 November 1618 – 3 Mac 1707), juga dikenali dengan nama gelaran Alamgir I (Penakluk Dunia) (Parsi: عالمگیر), adalah putera kepada Shah Jehan dan merupakan sultan ke 6 Empayar Mughal yang memerintah dari tahun 1658 sehingga kematiannya pada tahun 1707. Pemerintahan Aurangzeb di dalam monarki Mughal telah ditandai dengan banyak perang untuk penaklukan Islam.

Aurangzeb

Aurangzeb telah memerintah banyak wilayah India selama hampir setengah abad. Baginda merupakan sultan Mughal kedua yang memerintah paling lama selepas moyangnya Akbar Yang Agung. Di dalam tempoh ini beliau berusaha keras untuk menakluk kawasan yang lebih besar yang terletak di India Selatan, dan meletakkannya di bawah pemerintahan kerajaan Moghul. Selepas kematiannya, Empayar Mughal telah mengalami kemerosotan.

Jasa-jasa sunting

  • Menyatupadukan kembali seluruh daerah yang sudah lemah.
  • Empayar Moghul mencapai daerah kekuasaan yang terbesar di India.
  • Menghapuskan saki baki ajaran Din-I-Ilahi yang diteruskan oleh Dara Shikuh.
  • Mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Islam kerana dasar-dasarnya hendak mengukuh dan menegakkan Islam, hingga timbul anggapan terhadapnya sebagai 'Wali Keramat'.
  • Mengadakan satu jabatan khusus untuk mengawal akhlak kaum muslimin.
  • Mengharamkan judi, arak dan sebagainya serta masjid-masjid dibina dan diperbaiki tempat-tempat ibadat.
  • Mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada kerajaan-kerajaan Islam lain, dan mendapat penghormatan sebagai pengganti Bani Abbasiah.
  • Menyusun Fatwa-I-Alamgiri (mazhab Hanafi) yang diilhamkan dari Syeikh Ahmad.