Ayoub ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan M. Hitler Zami, dibintangi oleh Iqram Dinzly sebagai watak tajuk. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 22 November 2010 hingga 20 Januari 2011 menggantikan Habil & Qabil.[1]

Ayoub
Genre
PenciptaMaizura Mohd Ederis
Ditulis olehNor Faznita Mohd Nor
PengarahM. Hitler Zami
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sepi" oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Sepi" oleh 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
Penyunting
  • Meen Johari
  • Nanni Johari
SinematografiAbd. Malek Marwi
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal22 November 2010 – 20 Januari 2011

Sinopsis sunting

Mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).

Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.

Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.

Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?

Pelakon sunting

Utama sunting

Pembantu sunting

Kanak-kanak sunting

  • Fazli Daniel Ali sebagai Ayoub kecil
  • Fatah Faqrulah Ali sebagai Wan Aidil kecil

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (18 November 2010). "Drama bersiri Ayoub lakonan Iqram Dinzly". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.