Datuk Seri Ir. Azman Mohd merupakan seorang eksekutif perniagaan Malaysia dan merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dari 2012 hingga 2019.[1]


Azman Mohd
Kelahiran1957 (umur 66–67)
Pusat pendidikanUniversiti Liverpool
Universiti Malaya
PekerjaanMantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
Tahun aktif1979–kini

Pendidikan sunting

Azman memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik) dari Universiti Liverpool, United Kingdom, dan memiliki ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya.[1]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya di Tenaga Nasional (ketika itu Lembaga Letrik Negara) pada 1979 sebagai jurutera elektrik di pejabat TNB daerah Temerloh dan Mentakab dan pernah jawatan korporat sejak 1981 dengan memegang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Naib Presiden (Pengedaran) dari 2008 hingga 2010. Semasa menerajui Bahagian Pengedaran, beliau menekankan kepada kepentingan meningkatkan perkhidmatan pelanggan menerusi pengenalan Piagam Pelanggan dan Standard Perkhidmatan Dalaman.[1]

Azman terlibat dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Pengedaran Elektrik Malaysia dan dilantik sebagai pengerusi dari 2008 hingga 2010. Beliau juga terlibat dalam menubuhkan Institut Pengurusan Aset (IAM UK) Bahagian Malaysia.[1]

Beliau dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya berkuat kuasa 1 Julai 2012, menggantikan Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kontraknya tamat pada Jun.[1][2][3]

Pada Mac 2018 Tenaga Nasional melanjutkan kontrak beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh dua tahun, mulai 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2020.[4] Beliau telah diberikan notis supaya melepas kedua-dua jawatan itu pada 8 Mac dan Azman melepaskan jawatannya secara rasmi pada 31 Mac 2019 dan digantikan oleh Pengerusi UEM Edgenta, Amir Hamzah Azizan berkuatkuasa 2 April 2019.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Azman Mohd Dilantik Sebagai CEO Baru TNB". mStar Online. 11 April 2014. Dicapai pada 3 Mei 2012.
  2. ^ TNB names Azman Mohd as new CEO Malaysiakini (3 Mei 2012). Dicapai pada 27 April 2014.
  3. ^ Azman ganti Che Khalib terajui TNB Diarkibkan 2012-06-03 di Wayback Machine Berita Harian (4 Mei 2012). Dicapai pada 27 April 2014.
  4. ^ TNB lanjutkan kontrak Azman sebagai Presiden & CEO Berita Harian (9 Mac 2018). Dicapai pada 11 April 2018.
  5. ^ Warga TNB hargai Azman Berita Harian (29 Mac 2019). Dicapai pada 11 April 2019.
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Che Khalib Mohamad Noh
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Tenaga Nasional Berhad

3 Mei 2012 – 31 Mac 2019
Diikuti oleh:
Amir Hamzah Tun Azizan