Azwin Andy Abdul Malik (lahir 13 September 1983) ialah seorang model dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pemain dram kumpulan Estranged dari 2000 sehingga 2015.[1][2] Adik-beradiknya juga turut bergiat aktif dalam bidang muzik, abang sulungnya ialah Azlan Rudy Abdul Malik yang merupakan pemain dram kumpulan muzik rap rock Malaysia, Pop Shuvit yang juga ketua pegawai operasi 1M4U, manakala seorang lagi abangnya ialah Azril Dino Abdul Malik ialah pemain dram kumpulan Frequency Cannon.

Azwin Andy Malik
Kelahiran
Azwin Andy bin Abdul Malik

(1983-09-13) 13 September 1983 (umur 40)
Nama lainAndy, Andy Estranged
Pusat pendidikanUniversiti HELP
PekerjaanPemuzik, model
Tahun aktif2000-2015
Terkenal keranaSebagai pemain dram kumpulan Estranged
PasanganAzline Megat (berkahwin 2014)
Ibu bapaAbdul Malik Abdul Rahmah
Anne Malik
SaudaraAzlan Rudy Malik (abang)
Azril Dino Malik (abang)

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Azwin Andy Malik atau mesra dengan panggilan Andy dilahirkan pada 13 September 1983 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki kepada ibubapanya Abdul Malik Abdul Rahmah dan Anne Malik. Beliau merupakan Graduan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti HELP.

Estranged sunting

Beliau menyertai kumpulan Estranged semasa penubuhan kumpulan ini pada 2000, beliau memegang posisi sebagai pemain dram. Sepanjang bersama kumpulan itu, beliau menerbitkan tiga album studio. Andy meninggalkan Estranged pada Ogos 2015 kerana terikat dengan komitmen kepada pekerjaannya.

Dunia peragaan sunting

Disamping dikurniakan sosok tubuh yang sasa, berwajah tampan dan tinggi. Andy juga melibatkan diri dalam dunia peragaan. Beliau pernah menjadi model untuk Noor Arfa Batik dan uga jenama-jenama lain.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Azline Megat pada 2014.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting