Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 4 Ogos 2024 di Arena Porte de la Chapelle, Paris, Perancis.[1]

Badminton
di Sukan Olimpik XXXIII
TempatArena Porte de la Chapelle
Tarikh27 Julai — 5 Ogos 2024
Bil. acara5
Pesaing172 (dijangka)
← 2020
2028 →

Kelayakan sunting

Terdapat 172 tempat yang diberikan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2024, 86 untuk lelaki dan 86 untuk perempuan. Standard kelayakan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1 Mei 2022.[2]

Bagi acara perseorangan, setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (JOK) dibenarkan untuk menghantar maksimum dua peserta bagi setiap kategori ke Sukan Olimpik 2024 sekiranya mereka berada di kedudukan 16 teratas dalam Senarai Ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada 30 April 2024, kalau tidak satu peserta mengikut ranking sehingga kuota yang ditetapkan (35 pemain) dipenuhi. Bagi acara beregu pula, setiap JOK boleh hantar maksimum dua pasukan dengan syarat mereka berada di kedudukan lapan teratas dalam Senarai Ranking, kalau tidak satu pasukan mengikut ranking sehingga kuota yang ditetapkan (16 pasukan) dipenuhi. Senarai tersebut adalah berdasarkan keputusan pemain-pemain dalam pertandingan yang diiktiraf oleh BWF antara 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024.[3]

Pasukan Perancis akan memperoleh dua slot (satu bagi setiap jantina) dalam acara perseorangan secara automatik. Mereka masih boleh menghantar pasukan beregu mengikut prosedur kelayakan yang ditetapkan. Empat slot yang lain dalam acara perseorangan (dua bagi setiap jantina) akan ditentukan oleh Suruhanjaya Tripartit. Setiap benua mesti sekurang-kurangnya mempunyai dua atlet dalam acara perseorangan atau sepasukan dalam acara beregu. Sekiranya tidak, atlet dari benua tersebut yang mempunyai ranking tertinggi dalam Senarai Ranking BWF akan layak ke Sukan Olimpik.[3]

Pemenang pingat sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Perseorangan lelaki
butiran
Beregu lelaki
butiran
Perseorangan wanita
butiran
Beregu wanita
butiran
Beregu campuran
butiran

Rujukan sunting

  1. ^ "Paris 2024 Olympic Competition Schedule by session" (dalam bahasa Inggeris). POCOG. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ "Olympic qualification regulations for Paris 2024". BWF (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  3. ^ a b "Qualification system - Games of the XXXIII Olympiad - Paris 2024" (PDF). olympics.com (dalam bahasa Inggeris). BWF. 1 April 2022. Dicapai pada 31 Mei 2022.

Pautan luar sunting