Bahagia Kasihmu (novel)

Bahagia Kasihmu ialah novel 2008 oleh penulis novel Malaysia, Fatin Nabila. Novel ini diterbitkan pada 21 Februari 2008 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.[1]

Bahagia Kasihmu
Umum
PengarangFatin Nabila
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik, komedi
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
21 Februari 2008
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman464
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789831243459

Sinopsis sunting

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Keluaran dan legasi sunting

Bahagia Kasihmu dikeluarkan pada 2008 oleh Alaf 21. Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Zehra bermula 15 Jun 2017 di TV3, dibintangi oleh Fezrul Khan dan Eyka Farhana dan Tisha Shamsir.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Bahagia Kasihmu by Fatin Nabila Goodreads. Dicapai pada 2 Mac 2014.
  2. ^ Drama Bahagia Kasihmu (TV3) My Infotaip (3 Jun 2017). Dicapai pada 3 Jun 2017.