Bahasa Baltistani
Bahasa Baltistani (Aksara Tibet: སྦལ་ཏི།, transliterasi Wylie: bal ti skad; khat Nastaʿlīq: بلتی) adalah bahasa Tibet yang dituturkan di rantau Baltistani di Gilgit-Baltistan, Pakistan, Lembah Nubra di daerah Leh, dan di daerah Kargil di Jammu dan Kashmir, India.[1] Ia agak berbeza dari Tibet Piawai. Banyak bunyi dari Tibet Lama yang hilang dalam Tibet Standard yang dikekalkan dalam bahasa Baltistani. Ia juga mempunyai sistem aksen nada yang ringkas cuma dalam perkataan berbilang suku kata,[2] manakala Tibet Piawai mempunyai sistem nada yang kompleks dan berbeza yang merangkumi kontur nada.
Balti | |
---|---|
بلتی སྦལ་འཐུས་ | |
Asli kepada | Baltistan, Kashmir, Ladakh, and small pockets in Karachi, Rawalpindi |
Kawasan | Pakistan, India |
Etnik | Balti people |
Penutur bahasa | (290,000 setakat 1992–2001)e18 |
Sino-Tibetan
| |
Perso-Arabic script and Abjad Tibet | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | bft |
ELP | Balti |
Masyarakat
suntingSemua orang yang tinggal di Baltistan boleh dirujuk sebagai orang Balti. Orang-orang Yunani perolehkan Byaltae daripada bahasa Tibet: སྦལ་ཏིའི་, transliterasi Wylie: sbal-ti, yang bermaksud "gaung air." Ahli sejarawan Ptolemy, juga seorang jeneral dalam bala tentera Alexander the Great, menamakan kawasan itu "Byaltae" dalam bukunya. Malah, Baltistan adalah terjemahan Parsi buat Baltiyul, "tanah air Balti." Balti bertetap di kedua-dua tebing Sungai Indus dari daerah Kargil di timur ke Haramosh Peak di barat dan dari Karakoram di utara ke Taman Negara Deosai di selatan.[perlu rujukan]
Kaum Balti adalah berasal dari Tibet, dengan beberapa campuran Dardic. Balti adalah sejenis bahasa Tibet.
Di beberapa kawasan, orang Shina masih bercakap bahasa Shina tetapi amat sedikit bilangannya. Juga, bahasa mereka mempunyai banyak kata pinjaman dari Balti, kerana Balti adalah bahasa majoriti di Baltistan. Untuk mengembangkan Balti, intelektual tempatan seperti Yusuf Hussain Abadi telah bekerja dalam bahasa ini, menemui semula sejarah dan menghidupkan kembali aksara Tibet di Baltistan selepas enam abad (1980).
Beliau menulis buku 'Balti Zabaan' pada tahun 1990, buku pertama mengenai bahasa itu. Abadi menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Balti pada tahun 1995. Kemudian, banyak orang yang diilhamkan olehnya betungkus-lumus dengan bahasa Balti. Ghulam Hassan Lobsang menulis buku 'Balti Grammar' dalam versi Bahasa Inggeris dan Urdu: "Balti Grammar" dan "Balti English Grammar". Yang terkemudian diterbitkan oleh University Bern Switzerland pada tahun 1995.
Balti orang yang sangat sabar, ceria dan peramah. Semasa dinasti Maqpon (dari abad ke-12 hingga 1840), Balti menyerbu Ladakh dan Tibet di timur dan Gilgit dan Chitral berkali-kali, sehingga membuat orang-orang ini mengetahui kebolehan orang Balti.
Penduduk moden Baltistan adalah gabungan kumpulan etnik yang berbagai-bagai. Warga Tibet membentuk kumpulan etnik utama di kawasan itu yang menyumbang 75 peratus penduduknya. Di luar Baltistan, terdapat beberapa komuniti Balti yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar Pakistan.
Pengelasan
suntingTournadre (2005)[3] menganggap Balti, Ladakhi, dan Purgi bahasa yang berbeza kerana mereka tidak mempunyai kefahaman menyaling. Sebagai sebuah kumpulan, mereka dinamakan Ladakhi-Balti atau Tibet Kuno Barat, yang bertentangan dengan bahasa Tibet Inovatif Barat, seperti Lahuli-Spiti.
Seorang mubaligh, orientalis dan ahli linguistik Heinrich August Jäschke (1817-1883) mengelaskan Balti sebagai salah satu daripada bahasa-bahasa Tibet paling barat. Dalam Kamus Tibet-Inggerisnya, dia mentakrifkan ia sebagai "Bal (Balti), bahasa yang paling barat dari daerah-daerah di mana bahasa Tibet diucapkan".[4]
Aksara
suntingSistem penulisan yang utama yang kini digunakan untuk Balti adalah skrip Perso-Arab, walaupun terdapat percubaan untuk mengebalikan aksara Tibet, yang digunakan antara abad ke-8 dan ke-16.[5]. Di samping itu, terdapat dua, pada masa kini berkemungkinan telah pupus, sistem penulisan asli,[6] dan terdapat cadangan untuk manggunakan abjad Rumi–[5] serta sistem ejaan berdasarkan Devanagari.[6]
Aksara utama untuk menulis Balti adalah sebuah pengunaan abjad Tibet yang dipanggil yige di baltiyul baltistan, tetapi ia sering ditulis dalam abjad Parsi, terutama sekali di Pakistan.
Pada tahun 1985, Abadi menambahkan empat huruf baru kepada aksara Tibet dan tujuh hutuf baru kepada abjad Parsi untuk menyesuaikan kedua-dua mereka mengikut bahasa Balti. Dua daripada empat huruf ditambah sekarang telah termasuk dalam abjad Unicode Tibet.
Aksara Tibet telah menjadi popular di Baltistan sehingga suku terakhir abad ke-14, apabila orang Balti bertukar menjadi Islam. Sejak itu, abjad Persia telah menggantikan skrip Tibet, tetapi yang terdahulu tidak mempunyai huruf untuk tujuh bunyi Balti dan tetap menjadi popular walaupun terdapat kekurangan. Menambah tujuh huruf baru kini telah membuat ia lengkap untuk Balti.
Baru-baru ini, beberapa sarjana dan aktivis sosial Balti telah berusaha untuk mempromosikan penggunaan abjad Balti Tibet atau "Yige" dengan tujuan untuk memelihara warga asli Balti dan Ladakhi dan identiti mereka. Berikutan permintaan dari komuniti ini, mesyuarat September 2006 Tokyo ISO/IEC 10646 WG2 bersetuju untuk mengekodkan dua aksara yang dicipta oleh Abadi (U+0F6B TIBETAN LETTER KKA dan TIBETAN U+0F6C LETTER RRA) dalam piawaian-piawaian ISO 10646 dan Unicode untuk menyokong jelahan kata pinjaman Urdu yang terdapat dalam Balti moden menggunakan abjad Yige.
Taburan
suntingKini, Balti dituturkan di seluruh Baltistan di utara Pakistan dan beberapa bahagian India Utara di Jammu dan Kashmir. Dikatakan bahawa dialek Purki di lembah Purgi dan Suru-Kartse masuk ke dalam kelompok bahasa Balti secara linguistik. Bagaimanapun, Balti dituturkan oleh orang-orang yang tinggal di Baltistan (Pakistan), bahagian-bahagian yang berlainan di India utara seperti Dehradun, Mussoori, Kalsigate, Chakrotta, Ambadi di Uttrakhand dan kawasan-kawasan di Jammu dan Kashmir seperti Jammu dan Ramban di rantau Jammu, Hariparbat, Dalgate dan Tral di rantau Kashmir. Di daerah kembar di rantau Ladakh (Kargil & Leh) ia ditutur di bandar Kargil dan perkampungan sekitarnya seperti Hardass, Lato, Karkitchhoo dan Balti Bazar, dan di Leh- Turtuk, Bogdang, Tyakshi termasuk bandar Leh dan kampung-kampung berdekatan.
Perkembangan
suntingSejak Pakistan menguasai rantau ini pada tahun 1948, perkataan Urdu telah diperkenalkan ke dialek dan bahasa tempatan, termasuk Balti. Di zaman kini, Balti tidak mempunyai nama asli atau perbendaharaan kata untuk berpuluh-puluh perkara baru yang dicipta dan diperkenalkan; sebaliknya, kata-kata Urdu dan Inggeris digunakan di Balti.
Balti telah mengekalkan banyak kata-kata hormat yang merupakan ciri-ciri dialek Tibet dan pelbagai bahasa-bahasa lain.
Tatabahasa Balti yang pertama ditulis dalam bahasa Urdu adalah oleh Ghulam Hassan Lobsang. Berikut adalah beberapa contoh:
Balti biasa | Ditulis | Kata hormat | Bahasa Ladakhi | Maksud |
---|---|---|---|---|
Ata | اتا | Baba | Aba | Bapa |
kho | کھو | kho | - | dia |
gashay | گشے | liakhmo | liakhmo | Cantik |
paynay | پینے | khumul | painay | Duit |
bila | بلا | Bila | bilo | Kucing |
su | سُو | su | sou | Siapa |
Ano/Amo | انو/امو | Zizi | Ama | Ibu |
Kaka | ککا | Kacho | Acho | Abang |
Bustring | بُسترنگ | Zung | Nama | Wanita/Isteri |
Momo | مومو | Jangmocho | Ajang | Bapa saudara (sebelah ibu) |
Nene | نےنے | Nenecho | Ane | Mak saudara |
Bu | بُو | Bucho | Tugu | Anak lelaki |
Fru | فُرو | Nono | Busa | Budak lelaki |
Apo | اپو | Apocho | Meme | Datuk |
Api | اپی | Apicho | Abi | Nenek |
Ashe | اشے | Ashcho | Singmo | Kakak |
Zo | زو | bjes | Zo | Makan |
Thung | تُھونگ | bjes | Thung | Minum |
Ong | اونگ | Shokhs | Yong | Datang |
Song | سونگ | Shokhs | Song | Pergi |
Zair | زیر | Kasal-byung | Zer | Cakap |
Ngid tong | نِت تونگ | gزim tong | Ngid tong | Beradu |
Lagpa | لقپا | Phyaq-laq/g | Lagpa | Lengan |
Khyang | کھیانگ | Yang/Yari-phyaqpo | Khyorang | Kamu |
Kangma | کنگما | gzok-po | kang | Kaki |
Sastera
suntingTiada sastera prosa kecuali koleksi peribahasa telah ditulis dalam bahasa Balti. Beberapa epik dan hikayat muncul dalam sastera lisan seperti Epic of King Gesar (Epik Maharaja Gesar), dan kisah rgya lu cho lo bzang dan rgya lu sras bu. Semua sastera lain adalah dalam puisi. Sastera Balti telah menyerap pelbagai puisi dan sajak Parsi dan kata-kata yang menonjolkan keindahan dan melodi puisinya.
Hampir semua bahasa dan dialek pergunungan di utara Pakistan seperti Pashto, Khowar dan Shina adalah bahasa Indo-Arya atau rumpunan Iran, tetapi Balti adalah salah satu bahasa Sino-Tibet. Oleh itu, ia tidak mempunyai persamaan dengan bahasa-bahasa jiran kecuali beberapa perkataan pinjaman diserap, hasil daripada interaksi anatara bahasa-bahasa. Balti dan Ladakhi adalah hampir sama.
Isu utama yang dihadapi pengkembangan sastera Balti adalah pemencilannya selama berabad-abad dari Tibet, kerana perpecahan politik dan perbezaan agama yang kuat dan bahkan juga dari jirannya, Ladakh, yang terdekat selama 50 tahun terakhir. Terasing dari saudara bahasanya, Balti berada di bawah tekanan dari bahasa yang lebih dominan seperti Urdu. Ini diburukkan lagi dengan kekurangan cara yang sesuai untuk mentranskipsikan bahasa Balti setelah peninggalan aksara Tibet asalnya. Warga Baltistani tidak mempunyai kesedaran untuk memulihkan abjad asal mereka, dan tidak ada institusi yang boleh memulihkannya mahupun memujuk rakyat untuk menggunakannya lagi. Walaupun jika aksara ini dikembalikan semula, ia pasti memerlukan pengubahsuaian untuk mengungkapkan nada kata (fonem) Urdu tertentu yang berlaku dalam kata-kata pinjaman dalam bahasa Balti kini.
Sajak contoh:
تھونما زینب قتلگاہ عباس چھوزورکھا سھوکفامید
تھون نارے ستریمو لا تعزیم چی بیک پارگولا نین مہ مید
- Youq fangsay thalang paqzi na mandoq na mabour na
- Na drolbi laming yani si soq fangse chi thobtook
- Nasir Karmi
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Census of India, 1961: Jammu and Kashmir (dalam bahasa Inggeris). Registrar General and Census Commissioner of India. 1961. m/s. 357.
- ^ Sprigg, R. K. (1966). "Lepcha and Balti Tibetan: Tonal or Non-Tonal Languages?". Asia Major. 12: 185–201.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ N. Tournadre (2005) "L'aire linguistique tibétaine et ses divers dialectes." Lalies, 2005, n°25, p. 7–56 [1]
- ^ Heinrich, Heinrich August (1881). A Tibetan-English Dictionary, with Special Reference to the Prevailing Dialects: To which is Added an English-Tibetan Vocabulary. Unger Brothers (T. Grimm).CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Bashir 2016.
- ^ a b Pandey 2010.
Bibliografi
sunting- Bashir, Elena L. (2016). "Perso-Arabic adaptions for South Asian languages". Dalam Hock, Hans Henrich; Bashir, Elena L. (penyunting). The languages and linguistics of South Asia: a comprehensive guide. World of Linguistics. Berlin: De Gruyter Mouton. m/s. 803–9. ISBN 978-3-11-042715-8.CS1 maint: ref=harv (link)
- Pandey, Anshuman (2010). Introducing Another Script for Writing Balti (PDF) (Laporan).CS1 maint: ref=harv (link)
- Muhammad Yousuf Hussainabadi, 'Baltistan per aik Nazar'. 1984.
- Hussainabadi, Mohamad Yusuf. Balti Zaban. 1990.
- Muhammad Hassan Hasrat, 'Tareekh-e-Adbiat;.
- Muhammad Yousuf Hussainabadi, 'Tareekh-e-Baltistan'. 2003.
- Engineer Wazir Qalbi Ali, 'Qadam Qadam Baltistan'. 2006.
- "A Short Sketch of Balti English Grammar" by Ghulam Hassan Lobsang, 1995.
- Everson, Michael. ISO/IEC JTC1/SC2/WG2 N2985: Proposal to add four Tibetan characters for Balti to the BMP of the UCS. 2005-09-05
- Read, A.F.C. Balti grammar.London:The Royal Asiatic society, 1934.
- Sprigg, Richard Keith. Balti-English English-Balti dictionary. Richmond: RoutledgeCurzon, 2002.
- Backstrom, Peter C. Languages of Northern Areas (Sociolinguistic Survey of Northern Pakistan, 2), 1992. 417 pp. ISBN 969-8023-12-7.