Bahasa Inggeris Kanada

dialek dalam bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris Kanada (CanE, CE, en-CA)[5] ialah bentuk bahasa Inggeris yang lazim dipertuturkan di Kanada.[6] Menurut bancian 2016, bahasa Inggeris ialah bahasa pertama bagi 19.4 juta orang Kanada atau 58.1% daripada jumlah penduduk; selebihnya bercakap dalam bahasa Perancis (20.8%) atau bahasa lain (21.1%).[7] Bahkan di Quebec, hanya 7.5% daripada penduduk berbahasa dengan bahasa Inggeris secara lazim, dengan kebanyakan penduduk Quebec sebaliknya menggunakan bahasa Perancis Quebec.[8]

Dialek Inggeris Kanada
KawasanKanada
Penutur bahasa
[1]
Sekitar 15 juta, sekitar 7 juta bersama-sama Bahasa Perancis sebagai bahasa utama
Bentuk awal
Rumi (abjad Inggeris)
Unified English Braille[2]
Kod bahasa
ISO 639-3
Glottologcana1268
IETFen-CA[3][4]
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Dari segi fonologi, bentuk Inggeris baku Kanada (Standard Canadian) dan Inggeris Amerika boleh dikumpulkan bersama sebagai Inggeris Amerika Utara, dengan penekanan inventori fonemik yang serupa dalam kedua-dua jenis, tetapi berbeza daripada realisasinya.[9] Walaupun bahasa Inggeris Kanada cenderung terhadap bahasa Inggeris Amerika dalam kebanyakan hal,[10][11] bahasa ini tetap mempunyai unsur-unsur daripada bahasa Inggeris British serta beberapa ciri khas Kanada. [12] Pengaruh tepat bahasa Inggeris Amerika, British serta sumber lain pada loghat Kanada telah menjadi tumpuan berterusan kajian sistematik sejak 1950-an.

Orang Kanada dan Amerika sendiri kadangkala menghadapi masalah membezakan dua loghat mereka sendiri, terutamanya apabila seseorang bercakap dengan loghat Bahasa Inggeris Kanada oleh kerana bunyinya serupa dengan bahasa Inggeris Amerika Barat. Bahasa Inggeris Kanada yang dipakai di bandar agak sedikit berbeza dengan dialek Kanada Tengah hingga British Columbia. Akan tetapi, beberapa pelat yang ketara berbeza boleh didapati di wilayah Atlantik, terutamanya di Newfoundland. Perbezaan pelat kadangkala boleh didengari antara mereka yang tinggal di pusat bandar berbanding mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.[13]

Pada awal abad ke-20, Kanada barat sebahagian besarnya dihuni oleh petani dari Eropah Tengah dan Timur yang tidak berbahasa Inggeris.[14] Pada masa itu, kebanyakan bahasa Inggeris terdapat peneroka semula dari Ontario atau Quebec yang mempunyai keturunan British, Ireland dan/atau Loyalist.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ English (Canada) di Ethnologue (edisi ke-18, 2015)
  2. ^ "History of Braille (UEB)". Braille Literacy Canada. 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2017. Dicapai pada 2 January 2017.
  3. ^ Error: Unable to display the reference properly. See the documentation for details.
  4. ^ Error: Unable to display the reference properly. See the documentation for details.
  5. ^ en-CA is the language code for Canadian English, as defined by ISO standards (see ISO 639-1 and ISO 3166-1 alpha-2) and Internet standards (see IETF language tag).
  6. ^ Chambers, J. K. (1998). Edwards, John (penyunting). English in Canada (dalam bahasa Inggeris). Language in Canada. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 252.
  7. ^ Dollinger, Stefan (2020). "English in Canada". Handbook of World Englishes (ed. 2nd). Wiley-Blackwell. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2021. Dicapai pada 19 Apr 2023.
  8. ^ "Population by mother tongue and age groups, percentage distribution (2006), for Canada, provinces and territories – 20% sample data". Statistics Canada. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2009. Dicapai pada 4 December 2007.
  9. ^ Dollinger, Stefan (2011). "Canadian English". Public OED.com. Oxford University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2016. Dicapai pada 16 May 2016.
  10. ^ Boberg, Charles (2004) Standard Canadian English Diarkibkan 11 April 2023 di Wayback Machine.
  11. ^ Labov, p. 222.
  12. ^ Dollinger, Stefan (2008).
  13. ^ Butler, Colin (2016-08-24). "Southwestern Ontario accent to be documented in study". CBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 11 April 2023.
  14. ^ Gagnon, Erica, Collections Researcher "Settling the West: Immigration to the Prairies from 1867 to 1914".
  15. ^ Lambrecht, Kirk N (1991). The Administration of Dominion Lands, 1870-1930.