Bank Islam Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad (MYX: BIMB) (didaftarkan sebagai Bank Islam; tulisan Jawi: بڠک اسلام مليسيا برحد) mula beroperasi sebagai Bank Islam pertama Malaysia pada tarikh 1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada orang Islam di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.

Bank Islam Malaysia Berhad
بڠک اسلام مليسيا برحد
Jenis/bentuk sah[[Syarikat berhad|Berhad]] (MYX: BIMB)
IndustriPerbankan
Ditubuhkan1 Mac 1983; 41 tahun yang lalu (1983-03-01)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDIRECTOR OF THE BANK TAN SRI DR ISMAIL HJ BAKAR (TAHUN 2020) DIRECTORS ((2023 START JULAI) ENCIK RISWAN NOR ALAM BIN ALI, Pengerusi Majlis Syariah
KeluaranPerbankan Pengguna, Perbankan Komersil, Perbankan Korporat
PerkhidmatanPerbankan Islam
HasilRM 2,174 juta (2010)
Pendapatan kendalianRM 1,354 juta (2010)
Pendapatan bersihRM 503.4 juta (2010)
Bilangan kakitangan3,610 (Dis 2010)
Syarikat indukLembaga Tabung Haji
Anak syarikatBIMB Investment Management Sdn Bhd
Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
Bank Islam Trust Company (Labuan) Sdn Bhd
BIMB Foreign Currency Clearing Agency Sdn Bhd
Farihan Corporation Sdn Bhd
Tapak webwww.bankislam.com.my
Facebook: BankIslamFB Instagram: bankislam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ditubuh dengan modal disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar berjumlah RM80 juta, dana pemegang saham Bank Islam melonjak kepada RM 2.5 bilion pada Disember 2010, suatu bukti kejayaan pelan pertumbuhan jangka panjangnya.[1]

Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992, Bank Islam telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini. Dengan 89 buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 pelbagai produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Laporan keuntungan sunting

Bank Islam meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM 503.4 juta dalam tempoh 18 bulan berakhir 31 Disember 2010. Prestasi itu merupakan peningkatan 44% berbanding RM 233.1 juta pada akhir Jun 2009. Bahkan, keuntungan Bank Islam ketika ini boleh menewaskan Citibank. Bank Islam melaporkan prestasi kewangan dalam tempoh 18 bulan berikutan perubahan tahun kewangan Bank Islam untuk diselaraskan dengan tahun kewangan Lembaga Tabung Haji ("Tabung Haji") selaku syarikat pegangan utamanya.[2]

Prestasi Bank yang melepasi lebih setengah juta Ringgit tersebut adalah hasil daripada pertumbuhan kukuh kewangan dan pemulihan dalam kualiti aset. Selain itu, pengembangan pengagihan daripada pendapatan berasaskan bukan dana, penurunan nisbah kos-kepada-pendapatan dan peningkatan deposit berterusan melalui akaun semasa dan simpanan turut menyokong prestasi tersebut. Bagi tempoh kewangan itu, Lembaga Pengarah Bank Islam telah mencadangkan dividen bersih 4.75% berjumlah RM 80.7 juta.

Pelan pemulihan selepas rugi sunting

 
Logo lama BIMB sebelum 31 Disember 2001

Pelan Pemulihan dilaksanakan dengan segera untuk menghentikan pendarahan seterusnya dan meletakkan semula Bank di landasan yang betul selepas Bank mengalami kerugian besar pada tahun 2006 dan tahun 2005. Dilancarkan pada bulan Oktober 2006 di bawah kepimpinan baharu Pengarah Urusan Dato' Sri Zukri Samat, Pelan Pemulihan terdiri daripada strategi utama berikut:[3]

  • Komponen 1: Pemodalan Semula & Penstrukturan Semula Lembaran Imbangan
  • Komponen 2: Pembaharuan Infrastruktur IT
  • Komponen 3: Program Transformasi
  • Komponen 4: Latihan Rasionalisasi Kos
  • Komponen 5: Pembangunan Modal Insan

Dato' Sri Zukri Samat berkata bahawa penyumbang kepada pemulihan yang luar biasa adalah kerana pelaksanaan agresif pelan pemulihan yang terdiri daripada lima komponen sejak September 2006 bagi memulihkan Bank. Pelan tersebut meliputi pelaksanaan perubahan strategi untuk tumbuh perniagaan baharu dan program pemulihan pembiayaan intensif, bersama-sama dengan aktiviti penjenamaan semula yang agresif untuk mengubah peranggu minda dan budaya kerja serta pendekatan Bank untuk menjalankan perniagaan di pasaran yang semakin luas dan canggih.

Pencapaian utama:[3][4]

  • Pemodalan semula Bank Islam (RM1.02 bilion pada Oktober 2006 dan RM540 juta sehingga Oktober 2009)
  • Mengembalikan bank kepada keadaan yang menguntungkan dengan Keuntungan Sebelum Zakat & Cukai (PBZT) seperti berikut: -
  • Tahun Kewangan (TK) Jun 2007 - RM236.7 juta
    • TK Jun 2008 - RM308.3 juta
    • TK Jun 2009 - RM233.1 juta
    • TK Jun 2010 - RM503.4 juta
  • Penurunan signifikan nisbah pembiayaan tak berbayar (NPF) bersih dari 13.6% (akhir September 2006) menjadi 4.9% (akhir Jun 2009 atau akhir TK2009)
  • Portfolio aset baharu dengan kualiti yang lebih baik dari campuran aset (asset mix). Nisbah NPF pasca-2006 berada pada 1.0%.
  • Pendapatan urus niaga atau pendapatan berasaskan bukan dana sebagai peratusan daripada jumlah keseluruhan pendapatan meningkat menjadi 11% pada akhir Jun 2009 berbanding 8.1% pada akhir Jun 2006 (disebabkan pengenalan pelbagai sumber hasil baharu iaitu produk pelaburan berstruktur Perbankan Pelaburan Korporat, dll)
  • Penurunan nisbah kos-kepada-pendapatan dari 60.2% pada akhir tahun 2007 menjadi 56.7% pada akhir TK2009, walaupun dengan pelaburan agresif untuk membina semula bank.
  • Kepelbagaian jaluran perniagaan: -
  • Penubuhan Perbankan Pelaburan Korporat (Pasaran Modal & Kewangan Korporat) pada TK2007
  • Pengenalan perkhidmatan pengurusan kekayaan pada TK2008
  • Pembentukan perkhidmatan biro pertukaran wang asing pada TK2009
  • Penyelesaian aktiviti penjenamaan semula korporat, identiti baharu, nilai teras dan inti pati jenama.
  • Pengubahsuaian cawangan dengan penampilan baharu yang segar dan perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Pengambilan bakat baharu yang berkemampuan dan berpengalaman bagi mengisi jawatan pengurusan kanan
  • Penyempurnaan urus niaga kewangan korporat yang pertama (sebagai penasihat dalam tawaran awam mandatori bagi syarikat tersenarai awam) pada TK2008. Bank merupakan bank komersil pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan tersebut di bawah lesen perbankan borong Islam
  • Pengiktirafan jenama dengan penerimaan Anugerah Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Dipercayai bagi Perkhidmatan Kewangan Islam pada Mei 2009.

Pelan pertumbuhan mampan sunting

Rangka tindakan strategik baharu sunting

Pada 29 Jun 2009, Lembaga Pengarah meluluskan pelan perniagaan untuk tahun kewangan antara Julai 2009 hingga Jun 2012, di samping Pelan Pertumbuhan Mampan (“SGP”) Bank yang baharu yang akan menggantikan Pelan Pemulihan yang sedia ada. SGP ini terbahagi kepada enam tunggak, iaitu Inovasi Perniagaan, Pengurusan risiko yang Mantap, Pengukuhan Prasarana yang Kondusif, Pembinaan Kebolehan dan Kapasiti, Perluasan Francais, Pertumbuhan Tak Organik dan Pengembangan Korporat. Rangka tindakan strategik baharu ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan organik yang lebih tinggi dan mengukuhkan kedudukan domestik Bank menerusi pertumbuhan pembiayaan yang lebih mantap dan bahagian lebih besar daripada pendapatan boleh guna pelanggan. Inovasi produk, pakej, penetapan harga, pemasaran yang tertumpu, penjualan silang dan strategi penjenamaan yang proaktif akan menjadi faktor utama bagi kejayaan Bank pada masa depan.[4]

Pada tahun 2010, Bank memfokuskan kepada kecemerlangan dalam setiap aspek operasi dan bersaing dengan jayanya dalam persekitaran yang semakin mencabar. Perjalanan Bank Islam diletakkan pada panduan SGP yang menggariskan enam tunggak strategik sebagai pemacu utama pertumbuhan Bank sehingga 31 Disember 2012.

Perintis produk & perkhidmatan perbankan Islam sunting

Mengambil kedudukan dan reputasinya sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan salah satu daripada perintis di dunia, Bank Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadi peneraju yang inovatif bagi kerajaan Malaysia dalam menjadikan Negara sebagai Hab Kewangan Islam Global yang penting. Dalam usaha untuk membersihkan imej yang tercalar akibat kerugian pada tahun 2005, Bank Islam telah memperkenalkan beberapa produk yang dianggap sebagai yang pertama di dunia untuk mengekalkan kesetiaan dan persepsi pelanggan.

Berikut adalah beberapa pencapaian dan inovasi terkini:[5]

  • Bank Islam adalah satu-satunya bank Islam dan bank komersil yang tersenarai dalam Senarai Pertama Penasihat Utama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti
  • Melancarkan Al-Awfar, iaitu kombinasi akaun simpanan-i dan pelaburan-i yang pertama seumpamanya yang menawarkan hadiah wang tunai
  • Pengurus bagi Program Nota Islam Bertempoh Sederhana Badan Pelaburan Terengganu bernilai RM5 bilion yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia; terbitan mercu tanda 30-tahun, iaitu merupakan bon yang diterbitkan di Malaysia dengan tempoh matang paling lama untuk pasaran Sukuk dan bon konvensional
  • Bank pertama yang menjalan usaha sama dengan LTH dalam melancarkan Khidmat Uniteller yang membolehkan urus niaga LTH dan pendaftaran Haji dilaksanakankan di semua cawangan Bank Islam di seluruh negara
  • Melancarkan Ziyad NID-i, satu produk pelaburan berstruktur bagi mengambil kesempatan sempena pasaran ekuiti Asia yang sedang baik pulih. Ziyad NID-i ialah produk pelaburan berjangka masa 5 tahun dalam bentuk Instrumen Boleh Niaga Islam
  • Melancarkan Waheed-i, produk pertama seumpamanya di Malaysia untuk pelanggan korporat. Produk deposit terma tetap dalam matawang Ringgit Malaysia ini berasaskan kontrak Syariah Wakalah (Agensi). Produk ini mematuhi piawaian Syariah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi bank yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perbankan melalui telefon bimbit tanpa akses internet. Melalui Transact at Palm atau TAP Mobile Banking-i, pemegang akaun kini boleh menjalankan transaksi perbankan mereka tidak kira dimana dan pada bila-bila masa sahaja.
  • Melakar sejarah dunia korporat Malaysia dengan menjadi bank Islam pertama untuk memberi nasihat tentang aktiviti penyenaraian. APFT Berhad, penyedia pendidikan dan perkhidmatan latihan penerbangan terkemuka di Malaysia, telah melantik Bank Islam sebagai Penasihat Utama, Pengurus Taja Jamin dan Ejen Penempatan untuk melakukan tawaran umum awal (IPO) dalam penyenaraiannya di Pasar Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
  • Mengumumkan penyelesaian permohonan beli saham 20% oleh Bank Islam dalam kepentingan strategik Amana Bank Limited ("Amana Bank") di Sri Lanka. Amana Bank adalah bank Islam komersil pertama Sri Lanka.

Kad-i Bank Islam sunting

Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berasaskan kontrak Syariah dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia[6]. KBI adalah kad yang bebas dari riba dan gharar. Riba biasanya diterjemahkan sebagai "faedah" iaitu amaun lebihan yang dicajkan ke atas sebarang transaksi urus niaga yang melibatkan perak, emas dan wang. Gharar ialah ketidakpastian atau keraguan dan unsur ini tidak terlibat di dalam KBI memandangkan keuntungan maksima telah pun dijelaskan terdahulu. Pusat Kad Bank Islam beroperasi berasaskan konsep Syariah yang dikenali sebagai konsep Tawarruq.[7]

Tawarruq sunting

Tawarruq ialah membeli barangan (komoditi) secara pembayaran tangguh (kos + untung) dan menjualnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah kepada pihak selain daripada penjual asal.

Secara umumnya, tawarruq dan bai'inah mempunyai objektif yang sama, iaitu bertujuan mendapatkan hasil tunai daripada transaksi jual-beli, tetapi berbeza dalam dua aspek iaitu; pertama, bai’ ‘inah tidak melibatkan pihak ketiga sebagai pembeli (aset/komoditi), di mana tawarruq melibatkan penglibatan pihak ketiga. Kedua, aset yang terlibat dalam jual-beli bai’ ‘inah akan dikembalikan semula kepada pemilik asal, manakala proses itu tidak terlibat langsung dalam tawarruq.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting