Beelzebub (べるぜバブ Beruzebabu) ialah sebuah manga Jepun yang ditulis dan ilustrasi oleh Ryūhei Tamura dan telah disirikan di majalah Weekly Shōnen Jump. Beelzebub mula-mula diterbitkan sebagai komik one-shot di Weekly Shōnen Jump tahun 2008, ia telah memenangi Gold Future Cup kali ke-4,[1] kemudian ia disirikan di majalah yang sama pada 2009. Sebuah OVA diterbitkan oleh Pierrot+ ditunjukkan semasa Jump Super Anime Tour pada Oktober 2010,[2] diikuti siri anime yang mula ditayangkan di Jepun pada 9 Januari, 2011[3].

Beelzebub
Kulit buku jilid pertama, siri manga Beelzebub yang memaparkan tiga watak utama, Tatsumi Oga, Beelzebub, dan Hildegarde.
べるぜバブ
(Beruzebabu)
GenreAksi, Komedi, Fantasi
Manga
PengarangRyūhei Tamura
PenerbitShueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Tarikh PengeluaranFebruari, 2009 – kini
Jilid12
Video animasi original
PengarahNobuhiro Takamoto
StudioPierrot+
Dikeluarkan pada23 Oktober, 2010
Jangka masa tayangan34 minit
Anime
PengarahNobuhiro Takamoto
StudioPierrot+
Penyiaran AsalYomiuri TV
Dikeluarkan pada9 Januari, 2011 – kini
Portal Anime dan Manga

Plot sunting

Cerita ini mengisahkan tentang pelajar yang bermasalah juvana serta kuat, Oga Tatsumi yang merupakan pelajar tahun satu di Ishiyama High, sebuah sekolah juvana. Kisah ini bermula apabila dia menceritakan tentang bayi tersebut kepada kawan baiknya, Furuichi Takayuki. Satu hari, Tatsumi terjumpa seorang lelaki yang terapung di sungai, dia menarik lelaki tersebut ke darat dan lelaki tersebut terbelah dua bersama seorang bayi lelaki di dalamnya. Bayi tersebut ialah anak kepada raja syaitan dan Tatsumi telah dipilih untuk menjaga bayi tersebut bersama penjaga bayi tersebut, Hilda. Cerita berikutnya mengisahkan hidupnya bersama bayi di sekolah juvana. Pada awal cerita, Oga cuba untuk memberi Beel kepada pelajar sekolah Ishiyama. Teorinya, jika dia boleh jumpa orang yang lebih kuat dan jahat dari dia, Beel akan tertarik kepada orang tersebut selain dari Oga. Akhirnya, dia menemui Touhoushinki (Empat orang yang terkuat di Ishiyama). Pertama, dia menemui Hajime Kanzaki, orang pertama diantara empat orang Touhoushinki yang hampir berjaya menguasai sekolah. Selepas mengalahkan Kanzaki, Oga, pada asalnya kagum dengan sikap Kanzaki, yang didapati lebih menarik dari Oga.

Watak Utama sunting

Tatsumi Oga (Jepun: 男鹿 辰巳, Hepburn: Oga Tatsumi)

Oga gemar bertarung dan sanggup buat apa saja jika dirinya diganggu. Dia terpilih menjadi ayah kepada seorang bayi iaitu Beelzebub iaitu anak lelaki kepada Devil King. Oga terpilih kerana memiliki kelayakan untuk menjadi ayah kepada bakal Devil King kerana kuat, angkuh dan tidak berfikir seperti manusia biasa

Kaiser de Emperana Beelzebub IV (Jepun: カイゼル・デ・エンペラーナ・ベルゼバブ4世, Hepburn: Kaizeru De Enperāna Beruzebabu Yonsei)

Hildegarde (Jepun: ヒルデガルダ, Hepburn: Hirudegaruda)
Takayuki Furuichi (Jepun: 古市 貴之, Hepburn: Furuichi Takayuki)
Batim do Emuna Alaindelon (Jepun: バティム・ド・エムナ・アランドロン, Hepburn: Batimu Do Emuna Arandoron)

Rujukan sunting