Bendera Seychelles

Bendera Seychelles terdiri daripada lima warna berbeza yang memancar kembang dari satu hujung ke satu hujung yang lain.[1][2]

Bendera Seychelles

Rekaan bendera ini mula digunapakai sebagai rekaan bendera rasmi ketiga negara tersebut sejak ia merdeka dari Britain[3] pada 8 Januari 1996.[4]

Reka bentuk

sunting

Perlembangan

sunting

Setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri:[1][5]

Kelima-lima jalur ini memancar dari hujung kiri bawah ke hujung kanan atas melambangkan keberadaan sebuah negara yang bergerak dinamis menuju masa hadapan.

Bendera lama yang pernah dipakai

sunting

Terdapat seberapa bendera terdahulu yang digunapakai sepanjang sejarah negara ini sebelum rekaan bendera terkini rasmi digunapakai pada hari ini:[3]

Rekaan pertama, 1976-1977

sunting
 
Bendera pertama dipakai Seychelles setelah merdeka, 1976-1977

Rekaan pertama bendera diperkenalkan sebaik sahaja kepulauan Seychelles merdeka pada 29 Jun 1976 - ia terdiri daripada sepasang segi tiga bairu menegak dan sepasang segi tiga merah mebdatar yang saling bermuatan.[5]

Rekaan kedua, 1977-1996

sunting
 
Bendera rasmi kedua Seychelles, 1977-1996

Setelah pemerintahan presiden James Mancham digulingkan dalam suatu rampasan kuasa pimpinan France-Albert René, suatu bendera baru diperkenalkan berdasarkan parti Seychelles People's United Party pimpinan René.

Setelah parti SPUP kalah majoriti dalam pilihan raya tahun 1995, parti-parti lain mula menuntut agar suatu bendera baru diusulkan agar tidak memihak mana-mana parti politik lalu mendapat persetujuan parlimen sana.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b New National Symbols of the Republic of Seychelles - Republic of Seychelles Ministry of Foreign Affairs
  2. ^ Lyn Mair; Lynnath Beckley (2012). Seychelles. Bradt Travel Guides. m/s. 23. ISBN 978-1-84162-406-8.
  3. ^ a b "Seychelles flag". World Flags. Dicapai pada 15 September 2014.
  4. ^ DK Publishing (2009). Complete Flags of the World. DK Publishing. m/s. 105. ISBN 978-0-7566-5486-3.
  5. ^ a b c Smith, Whitney. "flag of Seychelles". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 September 2014.