Beri
Takrifan botani bagi beri adalah buah-buahan berisi yang dihasilkan daripada ovari tunggal. Ia adalah sejenis buah-buahan dimana keseluruhan dinding ovarinya apabila masak boleh menjadi perikarp yang boleh dimakan. Beri juga mempunyai satu atau lebih karpel dengan kulit yang nipis dan bahagian dalam yang berisi.
Kismis merah, sejenis beri "benar"

"Beri" liar Alaska yang didapati dari Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Innoko, campuran beri sebenar dan buah sepudung
Kebanyakkan buah beri seperti tomato dan anggur boleh dimakan. Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya adalah beracun kepada manusia seperti kentang jenis Solanum tuberosum.
Ada juga buah yang dirujuk sebagai beri, tetapi bukan beri "sebenar" dalam istilah botani. Mereka sebaliknya merupakan:
- Drup, seperti ceri dan zaitun.
- Pom, seperti Crataegus.
- Buah sepudung, seperti beri hitam dan raspberi.
- Buah berbilang, seperti mulberi.
- Buah semu, seperti strawberi.
Bacaan lanjutSunting
- Bowling, B.L. (2005). The Berry Grower's Companion. Timber Press. ISBN 978-0-88192-726-9
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Beri |
Cari Beri dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Inisiatif Tanaman Beri Kebangsaan Amerika Syarikat
- Rangkaian Faedah Kesihatan Beri – Hasil kerja ahli sains mengenai ciri-ciri kesihatan pada buah beri