Bijan, wijen, lenga[1] atau nama saintifiknya Sesamum indicum adalah tumbuhan berbunga dalam genus Sesamum. Asal sebenar spesies ini tidak jelas, walaupun beberapa tumbuhan berkaitan spesies ini tumbuh liar di Afrika dan sejumlah kecil di India. Ia ditanam secara meluas di kawasan tropika seluruh dunia untuk mendapatkan bijinya yang lazim dijadikan rempah masakan seluruh dunia.[3][4]

Bijan
Pokok bijan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. indicum
Nama binomial
Sesamum indicum
Sinonim[2]
  • Dysosmon amoenum Raf.
  • Sesamum africanum Tod.
  • Sesamum occidentalis Heer & Regel
  • Sesamum oleiferum Sm.
  • Sesamum orientale L.
  • Volkameria orientalis (L.) Kuntze

Botani sunting

Ia merupakan pokok tahunan yang tumbuh setinggi 50 hingga 100 cm bahkan setinggi 2 m. Daun-daunnya tumbuh bersetentangan 4 hingga 14 cm (5.5 in) panjang dengan sepanjang ruang; berdaun lebar (lanceolate), sehingga 5 cm (2 in) lebar, pada pangkal pokok, menirus kepada hanya selebar 1 cm (setengah inci) pada batang berdaun.

Pokok bijan berbunga putih kemerahan hingga ungu, berbentuk tiub, sepanjang 3 hingga 5 cm (1 hingga 2 in), dengan empat kelopak. Buah yang dihasilkan dari persenyawaan bunga-bunga ini berupa lenggai kapsul 2-8 sm panjang mengandungi biji kehitaman atau keputihan;[1] biji-biji bijan ini mempunyai dimensi berpurata 2·80 panjang dan 1·69 lebar dengan berat terkumpul sekitar 0.203 g/100 biji.[5]

Kegunaan sunting

Biji-biji bijan digunakan dalam masakan secara ditabur atas roti atau biskut mahupun sebagai salutan; ia juga ditekan untuk mendapatkan minyak bijan.[6]

Ia merupakan bahan utama dalam pembuatan tahini, antara ramuan asas menghasilkan hummus, serta halva yang lazim dalam masakan Timur Tengah.[6]

Isu kesihatan sunting

Bijan baik dalam bentuk mentah atau minyak dapat menyebabkan tindak balas alahan termasuk komplikasi anafilaksis seperti mana bahan penyebab alahan lain,[7] tetapi dengan kadar dikira paling terbanyak antara bahan makanan yang seumpama.[7] Individu yang mempunyai alahan ini juga digalakkan menjauhi makanan diproses yang barangkali menggunakan minyak sayuran "umum"[7][8][9] serta berwaspada dengan kemungkinan besar alahan yang dialami disebabkan penggunaan produk bukan makanan tertentu seperti bahan kosmetik, minyak pelincir dan ubat-ubatan tertentu.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Hean Chooi Ong (2008). Rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 72-73. ISBN 978-967-61-2105-3 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  2. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 14 January 2015.
  3. ^ Ray Hansen (August 2011). "Sesame profile". Agricultural Marketing Resource Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-31. Dicapai pada 2021-04-14.
  4. ^ E.S. Oplinger; D.H. Putnam; dll. "Sesame". Purdue University.
  5. ^ Tunde-Akintunde, T. Y.; Akintunde, B. O. (2004-05-01). "Some Physical Properties of Sesame Seed". Biosystems Engineering (dalam bahasa Inggeris). 88 (1): 127–129. doi:10.1016/j.biosystemseng.2004.01.009. ISSN 1537-5110.
  6. ^ a b "Sesame Profile". Agriculture Marketing Resource Center. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 2021.
  7. ^ a b c Adatia, A; Clarke, AE; Yanishevsky, Y; Ben-Shoshan, M (2017). "Sesame allergy: current perspectives (Review)". Journal of Asthma and Allergy. 10: 141–151. doi:10.2147/JAA.S113612. ISSN 1178-6965. PMC 5414576. PMID 28490893.
  8. ^ "Sesame seed allergy and cross-reactivity". VeryWell Health. 4 October 2020. Dicapai pada 7 October 2020.
  9. ^ a b "Sesame - A priority food allergen". Health Canada, Government of Canada. 2017. Dicapai pada 7 Oktober 2020.

Pautan luar sunting