Bikini adalah sejenis pakaian renang wanita terdiri daripada dua bahagian yang menutupi payudara secukupnya manakala satu lagi menutupi bahagian faraj malah juga punggung. Bentuk kedua-dua bahagian baju ini menyerupai pakaian dalam wanita, dan pada bagian bawahnya dapat berupa seluar dalam yang sangat kecil (g-string) sampai brief atau celana pendek square-cut.

Dua orang wanita mengenakan bikini di pantai Salvador, negeri Bahia, Brazil.

Sejarah sunting

Pakaian renang dua potong digunakan wanita untuk kegunaan atletik telah ditemukan di lukisan-lukisan Yunani kuno dari tahun 1400 SM. Bikini modern diperkenalkan oleh Louis Réard, seorang jurutera Perancis, pada 1946 dan menimbulkan kegemparan ketika dipakai di pantai-pantai Perancis pada 1947.

Pakaian jenis ini diberi nama "bikini" sempena Atol Bikini yang menjadi lokasi pengujian bom atom dilangsungkan tentera Amerika Syarikat di sana - berita ini sangat menggemparkan saat pakaian renang ini juga segera menjadi masyhur pada masa sama, maka kejadian dahsyat itu menjadi kiasan dipakai Réard menamakan pakaian renang jenis ini kepada meluasnya pemakaian ia yang diharapkan beliau.[1][2][3][4] Nama atol tersebut serapan nama setempatnya Pikinni dalam bahasa Marshall: pik bermaksud "muka datar" and ni bermaksud "nyiur" (ni dan nyiur turunan seakar Malayo-Polinesia *niuR)[5] sekaligus bermaksud "kawasan nyiur".[6]

Penggunaan sunting

Bikini merupakan pakaian renang pantai yang paling banyak digunakan di dunia, namun penggunaan ia tidak lazim malah ditegah untuk tujuan bersukan misalnya pada pertandingan lumba renang di mana pakaian renang sepotong lebih biasa digunakan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The History of the Bikini". Time. July 3, 2009. Dicapai pada August 20, 2013.
  2. ^ "Tiny Swimsuit That Rocked the World: A History of the Bikini". Randomhistory.com. May 1, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2012. Dicapai pada December 3, 2011.
  3. ^ Brij V. Lal; Kate Fortune (2000). The Pacific Islands: an Encyclopedia. University of Hawaii Press. m/s. 259. ISBN 978-0-8248-2265-1. Dicapai pada July 5, 2011.
  4. ^ Ruth Foster (June 2007). Nonfiction Reading Comprehension: Social Studies, Grade 5. Teacher Created Resources. m/s. 130. ISBN 978-1-4206-8030-0. Dicapai pada July 5, 2011.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*niuR: coconut". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  6. ^ "Marshallese-English Dictionary-Place Name Index". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Ogos 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting