Briged Abu Ali Mustafa

Sayap ketenteraan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP)

Briged Abu Ali Mustafa (Arab: كتائب الشهيد أبو علي مصطفى, rumi: Katāʾib Al-Shaheed Abū ʿAlī Muṣṭafā) ialah sayap bersenjata Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP), parti beraliran Marxisme–Leninisme di wilayah Palestin.

Briged Abu Ali Mustafa
كتائب الشهيد أبو علي مصطفى
Katāʾib Abū ʿAlī Muṣṭafā
Tarikh operasi1967–kini
MotifPenubuhan sebuah negara merdeka, sekular dan sosialis di wilayah Palestin.
Kawasan utamaIsrael, Genting Gaza, Tebing Barat
Ideologi
SekutuSekutu negara:
 Iran
 Syria
Sekutu bukan negara:
Lawan Israel
Bendera Palestin
Laman sesawangabuali.ps

Orang penting sunting

  • Abu Jamal (Arab: أبو جمال, rumi: Abū Jamāl) ialah nama samaran bagi panglima yang menjadi jurucakap bagi pertubuhan ini.[4][5]

Sejarah sunting

Pada asalnya dinamakan sebagai Briged Helang Merah (Arab: كتائب النسر الأحمر, rumi: Katā’ib al-Nasr al-Aḥmar), mereka menukar nama pada 2001 sempena nama Abu Ali Mustafa, pemimpin PFLP, yang dibunuh Israel pada Ogos 2001. Mereka giat menyerang tentera Israel semasa Intifadah Kedua

Pada 16 Julai 2007, Presiden Mahmud Abbas meminta semua kumpulan penentangan di Palestin untuk menyerahkan senjata mereka kepada Pihak Berkuasa Palestin. Walaupun beberapa anggoota sayap bersenjata Fatah, Briged Syuhada al-Aqsa mematuhi, Briged Abu Ali Mustafa menolaknya, dan menyatakan bahawa mereka tidak akan berhenti menentang sehingga Israel keluar dari semua bahagian Tebing Barat dan Genting Gaza.

Briged Abu Ali Mustafa menyertai perang Israel–Palestin 2021. Mereka turut menyertai perang Israel–Palestin 2023 menentang Israel dan tentera mereka menyertai operasi yang dilancarkan Hamas.[6]

Sokongan luar sunting

PFLP, dan Briged Abu Ali Mustafa, menerima sokongan kewangan dan ketenteraan dari Iran. Hubungan ini mungkin bermula sekitar 2013, dan walaupun tahap sebenar sokongan ini tidak jelas, PFLP dan Briged Abu Ali Mustafa berulang kali mengaku mereka bersekutu dengan Iran, Syria dan Paksi Perjuangan.[7][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Popular Front for the Liberation of Palestine (1) Diarkibkan 2011-10-17 di Wayback Machine." Terrorist Group Symbols Database. Anti-Defamation League.
  2. ^ "Platform of the Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP)" (1969). From Walter Laqueur and Barry Rubin, eds., The Israel-Arab Reader (New York: Penguin Books, 2001).
  3. ^ "Background Information on Foreign Terrorist Organizations ." Office of the Coordinator for Counterterrorism, United States Department of State
  4. ^ "الناطق باسم كتائب أبو علي مصطفى: ايغال العدو في دماء المدنيين لن يلوي ذراعنا أو يوقف قتالنا". الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين (dalam bahasa Arab). 2021-05-24. Dicapai pada 2023-10-31.
  5. ^ Hazem, Balousha (2013-09-17). "Iran Increases Aid to PFLP Thanks to Syria Stance - Al-Monitor: Independent, trusted coverage of the Middle East". www.al-monitor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-31.
  6. ^ Tollast, Robert; Oweis, Khaled Yacoub (2023-11-15). "Who are Hamas's allies in Gaza? From Islamic Jihad to Marxist militants". The National (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-02.
  7. ^ "Iran Increases Aid to PFLP Thanks to Syria Stance". Al-Monitor. 17 September 2013. Dicapai pada 17 July 2015.
  8. ^ Truzman, Joe (11 November 2021). "PFLP Boasts About its Ties to Iran". FDD's Long War Journal. Dicapai pada 13 November 2021.