Serangan pimpinan Hamas terhadap Israel 2023

(Dilencongkan dari Perang Israel−Palestin 2023)

Perang Israel-Palestin 2023 atau dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa (Dalam Bahasa Arab: طوفان الأقصى) manakala serangan balas Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Kherevot Barzel).[1] Bermula dengan sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket yang digalakkan oleh pejuang kemerdekaan Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam dari Semenanjung Gaza. Unit itu juga menggalakkan penyusupan kilat ke bandar-bandar Israel yang mengelilingi sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza.

Perang Israel−Palestin 2023
Sebahagian daripada Konflik Israel–Palestin

     Gaza

     Wilayah Jajahan Israel dengan keberadaan Mujahidin Palestin      Kawasan dipindahkan

  Sempadan maksimum kemaraan Palestin
Tarikh7 Oktober 2023 – kini
(7 bulan, 2 minggu dan 6 hari)
Lokasi
Status

Sedang berlaku

  • Pihak Palestin menembusi sempadan Gaza–Israel dan memasuki Daerah Selatan
  • Ketenteraan Israel melancarkan serangan udara ke Gaza dan mengenakan sekatan penuh terhadap Gaza
  • Israel mengarahkan rakyat Palestin untuk mengosongkan Gaza Utara termasuk Kota Gaza pada 13 Oktober
  • Israel melancarkan serangan darat ke atas Gaza pada 27 Oktober
  • Israel mengepung Kota Gaza pada 2 November
  • Gencatan senjata empat hari antara Palestin dan Israel (dilanjutkan kepada tujuh hari) dari 24-30 November
Pihak yang terlibat
 Israel
Komandan dan pemimpin
Unit terlibat

Pasukan bukan Palestin

  • Pasukan Redwan
Kerugian dan korban

Setakat 3 April 2024
Genting Gaza[6][7][8]

  • 32,975 maut
    • 14,000+ kanak-kanak
    • 9,220+ wanita
    • 364 staf perubatan
    • 135 wartawan
    • 152 anggota PBB
  • 75,577 cedera
  • 8,000+ hilang
  • 4000+ ditangkap

Tebing Barat

  • 457 maut[7][8]
    • 117 kanak-kanak
  • 4,750+ cedera
  • 7,990 ditangkap[9][8]

Lubnan

  • 398+ maut[10]
    • 257 anggota Hizbullah
    • 73 orang awam

Syria

  • 40+ maut

Israel

  • 1,200+ maut[6]
    • 590 anggota tentera[11]
  • 8,730+ cedera
  • 240+ ditangkap[12]
    • 105 dibebaskan
1,900,000+ penduduk dipindahkan di Gaza[13]
2000+ penduduk dipindahkan di Tebing Barat
65,000 dipindahkan di Lubnan[14]
200,000+ dipindahkan di Israel[15]

Latar Belakang sunting

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Genting Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain, juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza. Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip bagi memasuki wilayah jajahan 1948 melalui jalan darat dan laut. Kebanyakan kem tentera Israel berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh unit pejuang Palestin. Pejuang Hamas juga menawan sejumlah pegawai, pasukan tentera dan rakyat Israel. Salah satu komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni. Kesemua tawanan itu telah dibawa ke Genting Gaza.

Permulaan serangan Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[16] Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan Palestin yang selama ini dizalimi Zionis Israel. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[17] Serangan roket dari Gaza juga terus dilancarkan ke Israel sejauh Tel Aviv dan Jerusalem.

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Carikan Gaza.[18][19] Sejurus serangan ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mula mengadakan mesyuarat tergempar dan mengisytiharkan perang ke atas Palestin. Netanyahu juga memberi amaran kepada pejuang Palestin bahawa mereka akan berdepan dengan akibat yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan.[20] Israel memulakan serangan balasnya yang digelar "Operasi Pedang Besi" dengan serangan udara ke atas Carikan Gaza, terutama di bahagian utara dengan tujuan bagi "memusnahkan keupayaan Hamas" di Gaza. Puluhan penduduk disahkan maut akibat serangan yang disasarkan ke kawasan kem pelarian dan kawasan awam.[21] Israel juga telah menyerang masjid dan hospital yang telah menjejaskan khidmat perubatan di Gaza. Sekatan penuh juga dikenakan rejim Israel ke atas Carikan Gaza merangkumi bekalan elektrik, air dan bantuan makanan.

Serangan Israel sunting

Pemindahan penduduk Gaza sunting

Pada 13 Oktober, tentera Israel mula mengancam dan memaksa lebih sejuta penduduk di Gaza Utara untuk berpindah ke selatan Gaza. Ancaman ini dicetuskan bagi meneruskan serangan udara Israel ke atas utara Gaza. Ribuan penduduk terpaksa berlindung di beberapa hospital dan bangunan sekolah di selatan Gaza. Israel juga mula menyerang bangunan hospital sehingga mengakibatkan ratusan penduduk yang berlindung terkorban.[22] Israel juga terus mengebom masjid dan gereja di Carikan Gaza mengakibatkan puluhan korban. Beberapa aktiviti ketenteraan Israel turut dijalankan di Tebing Barat mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh sejak serangan 7 Oktober.[23] Israel juga telah mengehadkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Carikan Gaza yang merangkumi keperluan harian penduduk dan mencetuskan masalah kebuluran dan kesihatan yang serius.

Pada 27 Oktober, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel mendakwa serangan ini dilakukan bagi memusnahkan rangkaian terowong Hamas di Gaza, melemahkan aktiviti mereka dan membebaskan semua tahanan Israel di Gaza.[24] Ratusan penduduk yang sedang berpindah dari utara ke selatan Gaza terbunuh akibat serangan Israel. Israel juga mendakwa mereka telah membunuh beberapa anggota tertinggi Hamas dalam serangan darat mereka. Beberapa serangan dilakukan Israel ke atas kem Jabalia kerana didakwa menjadi pusat pergerakan Hamas.[25] Pada 2 November, Israel mendakwa mereka telah menguasai dan mengepung sekeliling Bandar Gaza yang dianggap sebagai pusat utama kegiatan Hamas. Pada 15 November, Israel telah menceroboh hospital terbesar di Gaza, Hospital As-Shifa yang didakwa sebagai pusat kegiatan bawah tanah Hamas. Beberapa minggu berikutnya, kesemua hospital di utara Gaza telah berhenti daripada berfungsi akibat serangan Israel, ketiadaan elektrik dan bantuan perubatan.

Gencatan senjata sunting

Pada 21 November, Israel dan Hamas telah berjaya menandatangani satu perjanjian gencatan senjata yang berlangsung selama empat hari. Antara perjanjian yang dibuat termasuklah pertukaran antara tawanan Israel di Gaza dan tahanan Palestin di Israel serta kemasukan bantuan yang lebih banyak ke dalam Carikan Gaza.[26] Gencatan senjata ini kemudiannya dilanjutkan kepada tujuh hari menyaksikan 105 tawanan Israel dan 240 tahanan Palestin dibebaskan.[27]

Korban sunting

Israel sunting

Media Israel melaporkan jumlah kematian mencecah 1200 orang, manakala lebih 6000 lagi tercedera. Hampir 500 yang maut merupakan anggota tentera dengan lebih 2000 tercedera.[28]

Palestin sunting

Berikutan serangan udara Israel sebagai tindak balas, Kementerian Kesihatan Palestin yang diketuai oleh kerajaan Hamas di Gaza melaporkan bahawa hampir 21 ribu orang rakyatnya telah terbunuh manakala lebih 54 ribu yang lain tercedera.[29] Lebih 7000 orang dilaporkan hilang di dalam runtuhan bangunan. Hampir dua juta penduduk juga telah berpindah dari Genting Gaza.

Tebing Barat sunting

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bawaha 313 orang telah terbunuh di Tebing Barat manakala lebih 3,300 lain tercedera.

Korban warga asing sunting

Duta Nepal ke Israel, Kanta Rijal, berkata sekurang-kurangnya tujuh rakyatnya di negara itu cedera dalam serangan itu, dan mereka bersama sepuluh yang lain telah ditahan oleh Hamas di sebuah ladang pertanian di Alumim.[30][31] Media Israel juga melaporkan bahawa pekerja asing dari Thailand dan Filipina turut ditawan oleh militan Palestin. Kerajaan Thailand mengakui kemungkinan penculikan dua rakyatnya.

Doktor Tanpa Sempadan menyatakan bahawa Israel menyerang hospital yang dikendalikan Indonesia di Semenanjung Gaza, membunuh seorang jururawat, seorang pemandu ambulans dan mencederakan beberapa yang lain.[32]NGO Indonesia, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), mengesahkan bahawa salah seorang kakitangannya telah terbunuh dan IDF telah menyasarkan hospitalnya.[33]

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza dibom oleh tentera Israel pada 2 November 2023, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang,hasil laporan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).[1]

Tindakan sunting

Israel sunting

Siasatan telah dilancarkan berhubung kegagalan pihak berkuasa Israel menghalang serangan daripada berlaku.[34]

Palestin sunting

Kementerian Pendidikan dan Pengajian Palestin mengumumkan penutupan kesemua sekolah di Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak.[35] Kementerian Kesihatan Palestin telah merayu untuk sumbangan darah dan bantuan perubatan kritikal.

Antarabangsa sunting

Pelbagai reaksi antarabangsa yang diterima. Reaksi yang diberikan pemimpin negara termasuk Argentina, Brazil, India[36][37], Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan bersenjata dan menyifatkan taktik Hamas sebagai keganasan.

Beberapa negara dari Liga Arab termasuk Oman, Yemen, Qatar dan juga negara bukan arab seperti Iran dan Pakistan menyuarakan sokongan mereka kepada Palestin, dan menyalahkan pendudukan Israel atas peningkatan keganasan berikut.[38][39][19][40]

Pada 11 Oktober 2023, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad berkata beliau menyokong tindakan Palestin khususnya pejuang Hamas yang melakukan serangan mengejut terhadap Israel. Beliau berkata, tindakan Hamas adalah akibat tekanan teruk yang dialami oleh rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga tidak mampu berbuat apa melainkan mengatur serangan mengejut.[41]

Rujukan sunting

  1. ^ "Hamas announces 'Al-Aqsa Storm,' claims to have fired 5,000 rockets". CNN. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  2. ^ PFLP (7 Oktober 2023). "صادر عن كتائب الشهيد أبو علي مصطفى الجناح العسكري للجبهة الشعبية لتحرير فلسطين".
  3. ^ "الحرية – بيان عسكري صادر عن كتائب المقاومة الوطنية (قوات الشهيد عمر القاسم) استشهاد ثلاثة من مقاتلينا داخل اراضينا المحتلة عام 48". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  4. ^ a b "Qassam Brigades announces control of 'Erez Crossing'". Roya News. 7 Oktober 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  5. ^ "Israel Army Fires Artillery at Lebanon as Hezbollah Claims Attack". Asharq Al-Awsat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  6. ^ a b "164 Palestinians killed in Gaza in last 24 hours, taking death toll to 28,340" (dalam bahasa Inggeris). Anadolu Ajansi. 12 Februari 2024. Dicapai pada 12 Februari 2024.
  7. ^ a b "Israel-Gaza war in maps and charts: Live tracker". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  8. ^ a b c "Palestinian Central Bureau of Statistics - Main Page". PCBS State of Palestine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.
  9. ^ Abu Samra, Qais (3 April 2024). "Israeli army rounds up 30 more Palestinians in West Bank raids". Anadolu Ajansi. Dicapai pada 4 April 2024.
  10. ^ "1 killed, 2 injured in Israeli strikes in S. Lebanon". Xinhua (dalam bahasa Inggeris). 3 April 2024. Dicapai pada 4 April 2024.
  11. ^ Mac 2024 "Another Israeli soldier killed in Gaza, military says" Check |url= value (bantuan). Anadolu Ajansi. Dicapai pada 13 Mac 2024.
  12. ^ "Hamas hostages: Stories of the people taken from Israel". BBC News. 9 Oktober 2023. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  13. ^ "Hostilities in the Gaza Strip and Israel". reliefweb. 2023-12-20. Dicapai pada 2023-12-22. Text "Flash Update #74 [EN/AR/HE]" ignored (bantuan)
  14. ^ Canli, Enes (19 Disember 2023). "Israeli Arab citizens hope for peace amid escalating border conflicts". Anadolu Ajansi. Dicapai pada 25 Disember 2023.
  15. ^ "Around Half A Million Israelis Displaced Inside Israel: Military". Barron's (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2023. Dicapai pada 18 November 2023.
  16. ^ Kayyem, Juliette (7 Oktober 2023). "A Devastating Attack by Hamas". The Atlantic (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2023. Dicapai pada 7 Oktober 2023.
  17. ^ Airports close in southern, central Israel following rocket fire
  18. ^ "N12 - תיעוד: מחבלים חדרו לשדרות עם נשקים שלופים - וירו על..." N12. 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  19. ^ a b "Rocket Barrage From Gaza Strikes Israel, Several Wounded". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-07. Dicapai pada 2023-10-07.
  20. ^ Shahira, Nini (2023-10-07). "Rejim Israel isytihar perang terhadap Palestin". Buletin TV3 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-01.
  21. ^ "32 Palestinians killed as Israel launches fresh airstrikes on Gaza". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  22. ^ "Over 500 killed as Israel strikes Al-Ahli Baptist Hospital in Gaza: Health Ministry". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  23. ^ "Israeli army continues to bomb Gaza, storm cities in West Bank". www.aa.com.tr. Dicapai pada 2024-03-01.
  24. ^ Carroll, Rory (2023-10-27). "Israeli troops mount second ground raid into Gaza". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-03-03.
  25. ^ Psaropoulos, John. "'Extremely challenging': Israel's Gaza ground assault faces stumbles". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  26. ^ "Israel-Hamas four-day truce starts: How day one unfolded". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  27. ^ "Israel and Hamas agree to extend truce for seventh day". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
  28. ^ Arnaout, Abdelraouf (27 Disember 2023). "3 Israeli soldiers killed, 16 injured every day in Gaza". Anadolu Ajansi (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Disember 2023.
  29. ^ "Hampir 21,000 rakyat Palestin terkorban". Harian Metro. 27 Disember 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama nepal
  31. ^ "At least 7 Nepali injured, 17 held captive by Hamas in Israel: Nepal's envoy". ANI. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  32. ^ "Doctors Without Borders says healthcare facilities 'cannot become targets' after Israeli forces struck a hospital and ambulance in Gaza". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  33. ^ "Indonesia's MER-C condemns Israeli strikes killing its staff in Gaza". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  34. ^ Gardner, Frank (7 October 2023). "How did Israeli intelligence fail to stop major attack from Gaza?". BBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  35. ^ Aisha, Nour Abu. "Israeli army declares state of readiness of war". Anadolu Agency (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 October 2023. Unknown parameter |arcjive-url= ignored (bantuan)
  36. ^ "India sides with West, condemns 'terrorist attacks in Israel' by Palestine's Hamas group". The Telegraph.
  37. ^ "PM Modi affirms solidarity with Israel, surprise assault chills recent thaw in region". Indian Express. 7 October 2023.
  38. ^ "Saudi Arabia joins global calls for de-escalation of conflict between Palestinians, Israelis". Arab News. 7 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  39. ^ Kwen, James (7 October 2023). "Nigeria Reacts To Israel, Palestine Hostilities, Calls For De-escalation". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 October 2023. Dicapai pada 8 October 2023.
  40. ^ "Saudi Arabia, Qatar, Oman and Bahrain call for immediate de-escalation between Israel and Palestine". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2023. Dicapai pada 7 October 2023.
  41. ^ ADNAN, TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD (2023-10-11). "'Saya sokong Hamas 100 peratus' - Tun M". Sinar Harian.