Bukan Gadis Biasa ialah novel oleh penulis novel Malaysia, Liza Nur, diterbitkan pada tahun 2019 oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2020.[1]

Bukan Gadis Biasa
PengarangLiza Nur
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
7 Januari 2019
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman1,382
ISBNISBN 9789678609272

SinopsisSunting

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jeans dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya 'emak'. Cinta adalah sesuatu yang alien baginya. Pertemuan dengan semula dengan Johana membuatkan Amirul yakin terhadap perasaannya. Hidup Johana pula sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil. Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Johana rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap Johana di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah?

Adaptasi dramaSunting

Novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 23 April 2020 di TV3, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak.[2][3]

RujukanSunting

  1. ^ Bukan Gadis Biasa by Liza Nur Goodreads. Dicapai pada 24 April 2020.
  2. ^ Bukan Gadis Biasa TV3 My Infotaip. (23 April 2020). Dicapai Pada 18 April 2020.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 April 2020). Sukar dapat 'feel' bercinta Harian Metro. Dicapai pada 24 April 2020.

Pautan luarSunting