Burung penyanyi

(Dilencongkan daripada Burung Kicau)

Burung penyanyi adalah sejenis burung yang tergolong dalam klade Passeri burung tenggek (Passeriformes). Nama lain yang kadang kala dilihat sebagai satu nama saintifik atau vernakular adalah Oscines, daripada perkataan Latin oscen, "seekor burung penyanyi". Kumpulan ini mengandungi 5000 lebih spesies[1][2] yang boleh ditemui di seluruh dunia, di mana organ vokal tipikalnya dibentuk untuk menghasilkan kepelbagaian dan rentak siulan burung.

Burung penyanyi
Julat zaman: Eocene Awal hingga kini
Murai Kuning Timur (Eopsaltria australis)
Siulan seekor chipping sparrow (Spizella passerina)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Suborder: Passeri
Linnaeus, 1758
Keluarga

Banyak, lihat teks

Sinonim

Lihat teks

Burung penyanyi adalah salah satu daripada dua warisan utama burung tenggek, selain Tyranni, yang mana didapati di Neotropik dan tidak boleh ditemui di banyak bahagian di dunia. Tyranni mempunyai syrinx yang lebih ringkas, meskipun siulannya sama kompleks dan merdu seperti burung penyanyi. Terdapat warisan ketiga burung tenggek iaitu Acanthisitti daripada New Zealand, yang mana hanya mempunyai dua spesies yang masih hidup.[3] Beberapa bukti mencadangkan bahawa burung penyanyi berevolusi sejak 50 juta tahun dahulu di kawasan Gondwana yang mana kemudian menjadi India, Sri Lanka, Australia, New Zealand, New Guinea dan Antarctika, sebelum merebak ke seluruh dunia.[4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ IOC World Bird List 5.1. doi:10.14344/IOC.ML.5.1.
  2. ^ Edwards, Scott V. and John Harshman. 2013. Passeriformes. Perching Birds, Passerine Birds. Version 06 February 2013 (under construction). http://tolweb.org/Passeriformes/15868/2013.02.06 in The Tree of Life Web Project, http://tolweb.org/[Accessed[pautan mati kekal] 2017/12/11].
  3. ^ Barker, F. K; Cibois, A; Schikler, P; Feinstein, J; Cracraft, J (2004). "Phylogeny and diversification of the largest avian radiation". Proceedings of the National Academy of Sciences. 101 (30): 11040–5. Bibcode:2004PNAS..10111040B. doi:10.1073/pnas.0401892101. JSTOR 3372849. PMC 503738. PMID 15263073.
  4. ^ Low, T. (2014), Where Song Began: Australia's Birds and How They Changed the World, Tyre: Penguin Australia[halaman diperlukan]
  5. ^ Reilly, John (2018). The Ascent of Birds. Pelagic Publishing. m/s. 182. ISBN 978-1-78427-203-6.

Pautan video

sunting

Pautan luar

sunting
  • Oscines Tree of Life web project article July 31, 2006