Sintar Kecil

(Dilencongkan dari Burung Tikus Siberia)

Sintar Kecil atau Burung Tikus Siberia (bahasa Inggeris: Baillon's Crake ) ialah sejenis burung air yang amat kecil dalam famili Rallidae. Dalam bahasa Inggeris, burung ini dinamai sempena nama ahli alamiah Perancis, Louis Antoine Francois Baillon. Nama saintifiknya Porzana pusilla.

Sintar Kecil
Porzana pusilla - Mount Annan Botanical Garden.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Gruiformes
Keluarga: Rallidae
Genus: Porzana
Spesies:
P. pusilla
Nama binomial
Porzana pusilla
(Pallas, 1776)
PorzanaPusillaIUCN2019 2.png
Range of P. pusilla     Breeding      Resident      Non-breeding
Sinonim

Zapornia pusilla

Telur Porzana pusilla

Spesies ini ialah unggas hijrah yang menghabiskan musim sejuknya di Afrika barat serta Asia selatan. Secara menghairankan, adanya suatu catatan Amerika Utara yang tunggal mengenai spesies ini di Pulau Attu pada bulan September 2000.

Sintar Kecil ialah salah satu spesies yang diliputi oleh "Persetujuan mengenai Pemuliharaan Burung-burung Air Bermigrasi Afrika-Eurasia" (AEWA).


RupaSunting

Sintar Kecil adalah antara 16-18 sentimeter panjangnya, dengan paruh yang pendek serta lurus dan yang berwarna kuning atau hijau (tanpa pangkal merah). Bahagian atas burung dewasa terutamanya berwarna perang dengan sebilangan bintik putih, serta muka dan bahagian bawah yang berwarna perang-biru. Rusuk belakang dan bahagian bawah ekornya yang pendek mempunyai jalur-jalur hitam dan putih, manakala kakinya berwarna hijau dengan jari kaki yang panjang.

Anak Sintar Kecil serupa sahaja dengan burung dewasa, tetapi mempunyai jalur-jalur yang lebih meluas di bahagian bawah. Serupa dengan semua burung dalam famili Rallidae, bulu kapas anak burung berwarna hitam.

MakananSunting

Sintar Kecil menggunakan paruhnya untuk mencari makanan di dalam lumpur atau air cetek, serta melalui penglihatan. Makanan utama burung ini ialah serangga dan haiwan akua.

PembiakanSunting

Sintar Kecil amat berahsia semasa musim pembiakan, dan biasanya boleh didengar tetapi tidak dapat dilihat. Semasa musim tersebut, burung-burung ini amat bising, dengan bunyi yang berdetar-detar seperti katak Rana kl. esculenta, atau mungkin juga seperti Garganey (Anas querquedula ). Burung ini lebih mudah dilihat semasa penghijrahan atau ketika menghabiskan masa musim sejuk.

Sintar Kecil bersarang di tempat yang kering di rawa rumput sendayan yang lembap, dan mengeluarkan 4-8 biji telur setiap kali. Habitat pembiakan ialah dasar-dasar rumput sendayan di Eropah, khususnya di timur merentasi Asia. Ia juga merupakan pembiak tempatan di Afrika dan Australasia. Burung ini membiak di Great Britain sehingga pertengahan abad ke-19, tetapi bilangannya kemudian merosot, akibat penyaliran.

RujukanSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ BirdLife International (2012). "Zapornia pusilla". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2012. Dicapai pada 2 June 2015.