Chan Phei Yong

personaliti YouTube Malaysia

Chan Phei Yong (dikenali dengan Phei Yong) ialah seorang personaliti media sosial di Malaysia. Beliau dikenali sebagai personaliti YouTube[1] yang aktif melalui saluran YouTube miliknya sendiri. Beliau juga pernah menjadi penyampai radio MY FM.

Phei Yong
Kelahiran
Chan Phei Yong

(1994-02-04) 4 Februari 1994 (umur 30)
Pusat pendidikanUniversiti Tun Abdul Razak
PekerjaanPersonaliti media sosial
Tahun aktif2015–kini
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2017–kini
Genre
  • Vlog
  • Filem pendek
  • Uji kaji
Pelanggan779 ribu
Jumlah tontonan121,945,839
Dikemaskini pada 2 April 2024

Kerjaya sunting

Phei Yong memulakan kerjaya sebagai penyampai radio MY FM setelah memenangi rancangan pencarian penyampai radio, "MY FM Be My Star DJ” pada 2015. Pada 2016, beliau mewujudkan saluran YouTube "Dumpling Soda" bersama Lizz Chloe. Dalam saluran ini, mereka memaparkan kandungan seperti video perburuan makanan Malaysia, cabaran kecergasan dan sebagainya.[2] Pada 2017, beliau mula bergiat dalam saluran YouTube miliknya sendiri[3] dengan kandungan seperti video usikan, filem pendek, blog video dan uji kaji makanan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Training session offers to develop skills in creating social media content". news.utar.edu.my. Dicapai pada 2024-04-01.
  2. ^ a b Sevenpie, Friends Of (2018-03-02). "5 Malaysian YouTubers Whose Subscription Buttons Might Interest You To Click On". SevenPie.com: Because Everyone Has A Story To Tell (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-01.
  3. ^ "Why so serious? - Focus Malaysia". focusmalaysia.my (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-03. Dicapai pada 2024-04-01.