Chanpurū
Chanpurū (チャンプルー ) ialah masakan khas Okinawa berupa tumisan sayur-sayuran dengan telur ayam, tauhu, atau sering ditambah daging babi dalam tin (spam). Ramuan berupa garam, kicap, dan sedikit lada. Salah satu jenis masakan chanpurū yang paling dikenali ialah Gōyā Chanpurū (sayur goreng peria). Dalam bahasa Ryukyu, "chanpuru" bermaksud "campur aduk".
Antara sayuran yang boleh dimasak sebagai chanpurū ialah peria, kubis, bawang bombay, lobak, shiitake, tauge, dan kucai. Selain telur ayam, chanpurū sering menggunakan daging babi (daging babi dalam tin dan ikan tuna dalam tin). Selain itu, somen dan tauhu sering menjadi bahan utama chanpurū. Garam dan kicap tidak lagi ditambah apabila memasak chanpurū yang ditambah daging babi tin yang rasanya sudah masin.
Ada pelbagai penjelasan tentang asal-usul nama masakan ini. Penjelasan yang sering dikutip mengatakan perkataan "chanpurū" yang berasal daripada perkataan "campur" dalam bahasa Melayu.[1] Walaupun begitu, perbendaharaan kata bahasa Jepun mempunyai istilah "champon" yang bermaksud "mencampur" atau "masakan campur aduk".[2] Dalam bahasa Mandarin, "chān" (摻 ) juga bererti "mencampur".
Orang Okinawa sangat bangga dengan budaya Ryukyu yang bercampur-aduk dengan kebudayaan asing dari Asia Tenggara, Cina, dan Amerika. Budaya Okinawa disebut orang Okinawa sebagai budaya chanpurū (chanpurū bunka).
Variasi
suntingDaripada nama bahan utama, terciptalah pelbagai jenis masakan champurū.
- Gōyā chanpurū (orak-arik peria)
- Bahan utama ialah peria dengan tambahan tauhu, daging babi tin (spam) atau ikan tuna dalam tin untuk mengatasi rasa pahit peria. Tauhu yang digunakan ialah tahu Okinawa yang keras dan tidak mudah hancur.
- Tamanā chanpurū (campuran kubis dan bawang bombay)
- Bahan utama ialah bawang bombay dan kubis, dan biasanya tidak menggunakan tauhu atau daging babi.
- Māminā chanpurū (campuran tauge)
- Bahan utama ialah tauge, dan biasanya tidak memakai tahu atau daging babi.
- Papayā chanpurū (campuran betik)
- Bahan utama ialah betik muda yang dihiris seukuran batang korek api.
- Nābērā chanpurū (campuran petola)
- Bahan utama ialah petola muda yang ditumis dengan tauhu dan daging babi.
- Yasai chanpurū (campuran sayuran)
- Aneka ragam sayuran seperti tauge, lobak, shiitake ditumis dengan tauhu dan daging babi.
- Tōfu chanpurū (campuran tauhu)
Bahan utama ialah tauhu dengan sedikit sayuran, dan biasanya tidak memakai daging babi.
- Fū chanpurū
- Bahan utama ialah fū (makanan kering daripada gluten) yang ditumis dengan sayuran setelah disebatikan dengan air atau campuran telur ayam.
- Sōmin chanpurū (campuran somen)
- Setelah direbus setengah matang, somen ditumis dengan kucai, daun bawang. Masakan jenis ini sering juga ditambahkan daging babi atau ikan tuna dalam tin.
- Irichi
- Irichi ialah masakan serupa chanpurū. Apabila menggunakan kombu maka disebut Kūbu Irichi.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Chanpurū shokubunka". Doraku asahi.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 12 Januari. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Sanseidō kokugo jiten (ed. Ed.3). Sanseidō. 1982. ISBN 4-385-13187-2. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chanpurū |
- (Inggeris) Budaya kuliner Okinawa
- (Inggeris) Resep chanpurū peria
- (Jepun) Foto berbagai jenis masakan chanpurū[pautan mati kekal]