Chelodina burrungandjii

Chelodina (Macrochelodina) burrungandjii atau dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Batu Pasir ialah kura-kura bersaiz sederhana, iaitu 316 mm.[3] Spesies ini dijumpai di kawasan tanah tinggi batu pasir di Arnhem Land di Wilayah Utara, Australia.[1][2][3] Spesies ini telah direkod dan disahkan. Bagaimanapun, kesukaran kajian adalah disebabkan oleh lokasi habitatnya.[3] Spesies ini wujud bersama spesies Chelodina oblonga, yang dikatakan mempunyai pertalian rapat. Namun, habitat kedua-dua spesies ini adalah parapatrik di mana Kedua-dua spesies ini boleh ditemui dalam lokasi yang sama dan kemungkinan terdapat kacukan antara mereka.[3]

Chelodina burrungandjii
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Macrochelodina
Spesies:
C. (M.) burrungandjii
Nama binomial
Chelodina burrungandjii
Thomson, Kennett & Georges, 2000[1]
Sinonim[2]
  • Chelodina burrungandjii Thomson, Kennett & Georges, 2000:650

Taksonomi sunting

Pada mulanya, populasi dari wilayah Kimberley juga disenaraikan ke dalam spesies ini.[1] Kemudian spesies Chelodina walloyarrina (McCord dan Joseph-Ouni 2007:59)[4] diangkat dan disinonimkan dengan Chelodina burrungandjii,[3] yang kemudiannya kini disahkan sebagai spesies asing.[2] Haiwan ini mempunyai pertalian dengan Chelodina walloyarrina, Chelodina oblonga,[1] Chelodina expansa, Chelodina kuchlingi dan Chelodina parkeri yang kesemuanya membentuk subgenus Macrochelodina[5] yang bersifat piskivor, berplastron kecil, kaki belakang besar, kepala rata dengan mulut yang lebar. Mereka berbeza berbanding subgenus Chelodina yang mempunyai plastron sempurna, leher lebih kecil dan tidak menerkam mangsa.[6] Kumpulan terakhir dari Chelodina ialah Macrodiremys mengandungi satu-satunya spesies, iaitu Chelodina colliei dari selatan-barat Australia. Spesies ini lebih hampir dengan Hydromedusa.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Thomson S., Kennett R. and Georges A. (2000). A new species of long necked turtle (Chelidae:Chelodina) from the sandstone plateau of Arnhem Land, Northern Australia. Chelonian Conservation and Biology 3:675-685.
  2. ^ a b c Turtle Taxonomy Working Group [van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Rhodin, A.G.J., Shaffer, H.B., and Bour, R.]. (2014). Turtles of the world, 7th edition: annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution with maps, and conservation status. In: Rhodin, A.G.J., Pritchard, P.C.H., van Dijk, P.P., Saumure, R.A., Buhlmann, K.A., Iverson, J.B., and Mittermeier, R.A. (Eds.). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs 5(7):000.329–479, doi:10.3854/ crm.5.000.checklist.v7.2014.
  3. ^ a b c d e Thomson, S., Kennett, R., Tucker, A., FitzSimmons, N.N., Featherston, P., Alacs, E.A., and Georges, A. (2011). Chelodina burrungandjii Thomson, Kennett, and Georges 2000 – Sandstone Snake-Necked Turtle. In: Rhodin, A.G.J., Pritchard, P.C.H., van Dijk, P.P., Saumure, R.A., Buhlmann, K.A., Iverson, J.B., and Mittermeier, R.A. (Eds.). Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group. Chelonian Research Monographs No. 5, pp. 056.1–056.7.
  4. ^ McCord, William P. and Joseph-Ouni, Mehdi (2007). A new genus of Australian longneck turtle (Testudines: Chelidae) and a new species of Macrochelodina from the Kimberley region of Western Australia (Australia). Reptilia (GB) (Barcelona) 55:56–64.
  5. ^ Georges, A. & Thomson, S. (2010). Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species. Zootaxa 2496: 1–37.
  6. ^ Thomson, Scott (2003). "Long necks, flat heads and the evolution of piscivory". World Chelonian Trust. Dicapai pada 2014-07-29.

Pautan luar sunting