Chris Hadfield
Chris Austin Hadfield OC OOnt MSC CD (lahir 29 Ogos 1959) ialah seorang jurutera, penerbang pesawat juang dan angkasawan Kanada.
Chris Hadfield | |
---|---|
Kelahiran | Chris Austin Hadfield 29 Ogos 1959 |
Status | Bersara |
Warganegara | Kanada |
Pusat pendidikan | Royal Roads Military College Maktab Tentera Diraja Canada Universiti Waterloo |
Pekerjaan | Penerbang uji Pemuzik |
Anugerah | Order of Canada (2014) Diamond Jubilee Medal (2012) NASA Exceptional Service Medal (2002) Golden Jubilee Medal (2002) Vanier Award (2001) Order of Ontario (1996) |
Kerjaya angkasa | |
Angkasawan CSA | |
Pangkat | Commander, CSA & NASA Colonel, RCAF fighter pilot (retired) |
Tempoh di angkasa | 166 hari |
Pemilihan | 1992 CSA Group |
Jumlah EVA | 2 |
Jumlah masa EVA | 14 jam 53 minites dan 38 saat |
Misi | STS-74, STS-100, Soyuz TMA-07M (Expedition 34/35) |
Lambang misi | |
Bersara | 3 Julai 2013 |
Laman web rasmi | chrishadfield |
Beberapa lama selepas menganggotai Tentera Udara Diraja Kanada, beliau memasuki misi STS-74 pada November 1995. Beliau menjalani pemanduan bolak-balik angkasa sebanyak 2 kali sepanjang misinya di angkasa selain melawat Stesen Angkasa Mir. Beliau ditugaskan sebagai komander Stesen Angkasa Antarabangsa dalam Ekspedisi 35 pada Mac 2013. Beliau bertanggungjawab terhadap penjalanan uji kaji terhadap kesan graviti rendah terhadap tubuh badan manusia. Pada masa yang sama juga, beliau turut mendokumentasikan kegiatan dan pekerjaan sehariannya di angkasa dalam media sosial mendekatkan pengetahuan mengenai kajian angkasa kepada orang ramai seluruh dunia..
Beliau bersara tidak lama setelah menamatkan jawatannya sebagai pengurus SAA serta melakukan pendaratan kembali ke Bumi pada 2013.[1]
Awal hidup
suntingHadfield lahir kepada Roger and Eleanor Hadfield di Sarnia, Ontario; beliau sendiri beketurunan kacukan Scotland dan Inggeris.[2] Beliau dibesarkan di sebuah ladang jagung di selatan provinsi tersebut.
Beliau berputik minat mahu menjadi seorang penerbang dan angkasawan setelah melihat pendaratan Bulan Apollo 11 di televisyen.[3][4]
Beliau mendapat pelajaran di White Oaks Secondary School dan Milton District High School di Oakville tahun 1977. Beliau mendapat biasiswa penerbang pada usia 16 tahun yang membolehkan beliau menyertai Angkatan Bersenjata Kanada setelah menamatkan persekolahan.
Kerjaya tentera
suntingBeliau meluangkan masa selama dua tahun di Royal Roads Military College dan dua tahun di Maktab Tentera Diraja Kanada di mana beliau lulus ijazah kejuruteraan mekanikal tahun 1982.[3] Beliau turut menyambung kajian pascaraduannya di Universiti Waterloo tahun 1982.[5]
Kerjaya di angkasa
suntingDi Nasa
suntingDi ISS
suntingPersaraan
suntingRujukan
sunting- ^ Canadian Press (10 Jun 2013), "Astronaut Chris Hadfield to retire from Canadian Space Agency", The Toronto Star, dicapai pada 10 Jun 2013
- ^ An Astronaut's Guide to Life on Earth (Hadfield), p. 91.
- ^ a b Davison, Janet (December 7, 2012). "Chris Hadfield ready for 'surreal' space station odyssey". CBC News. Dicapai pada December 7, 2012.
- ^ Hadfield, Chris (2013). An Astronaut's Guide to Life on Earth: What Going to Space Taught Me About Ingenuity, Determination, and Being Prepared for Anything. New York City: Little, Brown and Company. m/s. 2–6. ISBN 978-0-316-25301-7. LCCN 2013943519.
- ^ "Chris Hadfield comes home". Waterloo Stories (dalam bahasa Inggeris). 2013-12-03. Dicapai pada 2020-06-30.
Bacaan lanjut
sunting- Dr. Richard Arthur Preston (1982). Canada's RMC – A History of Royal Military College (ed. 2nd).
- R. Guy C. Smith, penyunting (1984). As You Were! Ex-Cadets Remember. II. Kingston, Ontario: Royal Military College of Canada.