Keli sebenar

keluarga ikan
(Dilencongkan dari Clariidae)

Keli sebenar, atau hanya dipanggil keli,[1] ialah kelompok ikan yang membentuk keluarga Clariidae order Siluriformes. Enam belas genus dan sekitar 117 spesies ikan klariid telah digambarkan; kesemuanya spesies air tawar.[2] Kumpulan keli lain pun sama-sama menghirup udara, contohnya Callichthyidae dan Loricariidae.

Keli sebenar
Clarias batrachus di Zoo Brno
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Superkeluarga: Siluroidea
Keluarga: Clariidae
Bonaparte, 1846
Genus

Bathyclarias
Channallabes
Clariallabes
Clarias
Dinotopterus
Dolichallabes
Encheloclarias
Gymnallabes
Heterobranchus
Horaglanis
Platyallabes
Platyclarias
Pseudotanganikallabes
Tanganikallabes
Uegitglanis
Xenoclarias

Taburan sunting

Sungguhpun klariid ditemukan di India, Syria, selatan Turkey, dan sebahagian besar Asia Tenggara, kerencamannya paling besar di Afrika.[3]

Penerangan sunting

Ikan duri klariid dicirikan dengan tubuh yang memanjang, keberadaan empat sesungut, sirip dubur dan belakang yang panjang, dan khusus dengan keberadaan organ suprabrankia autapomorfik, yang terbentuk melalui struktur bak pokok daripada lengkung insang keempat dan keduanya.[2][3] Organ suprabrankia atau organ labirin ini, memberikan sesetengah spesies kemampuan untuk mengembara pada jarak dekat di daratan (cth. keli kayu).[2]

 
Organ penghirup udara pada keli kayu

Pangkal sirip belakangnya sangat panjang dan tidak didahului oleh duri sirip. Sirip belakangnya boleh jadi berterusan ataupun tidak dengan sirip ekornya, yang mana membulat. Sirip dada dan sirip punggung pula adakalanya tiada pada sesetengah spesies. Sesetengah ikan ini bermata kecil dan susut atau tiada sirip dada dan punggung untuk gaya hidup mengorok. Beberapa spesies pula buta.[2]

Dalam keluarga Clariidae, bentuk tubuh menjulat dari fusiform (bak torpedo) hingga anguiliform (bak belut). Setelah spesies ini berubah bentuk lebih kepada belut, kesemua aturan pertukaran morfologi telah diperhatikan, semacam kehilangan atau pengurangan sirip adipos, sirip tak berpasangannya berterusan, penyusutan sirip berpasangan, penyusutan tulang tengkorak, dan otot rahangnya terhipertropi.[3]

Taksonomi sunting

Heteropneustidae yang mengandungi genus Heteropneustes sesetengahnya dianggap sebagai keluarga dan subkeluarga berasingan. Dengan Heteropneustidae dan Clariidae sebagai keluarga yang berasingan, kertas kajian terkini telah mengumpulkannya ke dalam superkeluarga yang dipanggil Clarioidea. Hubungan antara klarioid dengan keluarga lain tetap tidak jelas.[4]

Hubungan dengan manusia sunting

Kebanyakan klariid membentuk sebahagian besar perikanan artisan. Clarias gariepinus dianggap menjadi salah satu spesies akuakultur yang paling diandal di Afrika.[5]

Keupayaan penghirupan udara ikan ini membolehkan ikan semacam Clarias batrachus menjadi spesies ceroboh di Florida.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Abd.Kadir, S. A. S. (2012). "Penentuan spesis-spesies ikan keli (Clariidae) di Semenanjung Malaysia berdasarkan kepada morfometrik dan meristik". Universiti Pertanian Malaysia. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ a b c d e Nelson, Joseph S. (2006). Fishes of the World. John Wiley & Sons, Inc. ISBN 0-471-25031-7.
  3. ^ a b c Devaere, Stijn; Adriaens, Dominique; Teugels, Guy G.; Verraes, Walter (2006). "Morphology of the cranial system of Platyclarias machadoi: interdependencies of skull flattening and suspensorial structure in Clariidae". Zoomorphology. 125 (2): 69. doi:10.1007/s00435-005-0012-7.
  4. ^ Sullivan, JP; Lundberg JG; Hardman M (2006). "A phylogenetic analysis of the major groups of catfishes (Teleostei: Siluriformes) using rag1 and rag2 nuclear gene sequences". Mol Phylogenet Evol. 41 (3): 636–62. doi:10.1016/j.ympev.2006.05.044. PMID 16876440.
  5. ^ Skelton, Paul H.; Teugels, Guy G. (1991). "A review of the clariid catfishes (Siluroidei, Clariidae) occurring in southern Africa". Rev. Hydrobiol. Trop. 24 (3): 241–260.