Dak galbi, juga dirumikan dalk galbi, adalah hidangan popular Korea yang dibuat dengan gorengan kilas ayam dipotong dadu yang diperap dalam sos gochujang (pes cili), dan hirisan kubis, keledek, daun bawang, bawang, daun perilla dan tteok (kek beras) di atas pinggan panas.[1] Ia adalah makanan istimewa tempatan bagi bandar Chuncheon, Gangwon Province, di mana dak galbi berasal. Disebabkan asal-usulnya, hidangan ini juga dikenali sebagai Chunchŏn dak galbi.[2]

Dak galbi
Dak galbi
Nama Korea
Hangul닭갈비
Hanja[none ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Perumian Semakandak galbi
McCune–Reischauertak kalbi

Dikatakan bahawa dak galbi muncul selepas tahun 1960-an sebagai anju murah (makanan yang dimakan ketika minum arak) di kedai minuman keras kecil di pinggir bandar untuk menggantikan gui yang agak mahal yang dipanggang atas arang. Hidangan ini telah tersebar ke daerah utama Chunchŏn, kawasan industri ternakan yang subur dan menawarkan bahan-bahan segar tanpa perlu penyejukan. Jalan tersebut dikenali sebagai dak galbi golmok (lorong dak galbi) yang mempunyai banyak restoran dak galbi.[3] Disebabkan lokasinya di utara bandar ini, ia adalah satu destinasi yang biasa untuk tentera kerahan ketika bercuti.[2]

Ia juga merupakan satu hidangan popular untuk pelajar universiti yang mempunyai bajet yang rendah, memandangkan dak galbi adalah agak murah dan dihidang dengan banyak.[4] Ia memperoleh nama samaran "galbi orang kebanyakan" atau "galbi pelajar universiti" ketika tahun 1970-an.[2]

Walaupun namanya bermaksud tulang rusuk ayam, tidak ada rusuk dalam dak galbi.[5]

Bandar Chunchŏn telah mengadakan festival musim luruh tahunan khusus untuk dak galbi sejak 2005.[6][7]

See also sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kim, Violet "Food map: Eat your way around Korea" CNN Go. 6 April 2012. Retrieved 2012-04-12
  2. ^ a b c (Korea) 춘천닭갈비 Chuncheon dak galbi Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine at Doosan Encyclopedia
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-25. Dicapai pada 2015-08-19.
  4. ^ (Korea) Chuncheon dak galbi, Kyeong Hyang News, 2003-04-16. Retrieved 2010-06-25.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2015-08-19.
  6. ^ Chuncheon Dalkgallbi & Makkuksu Festival, Chuncheon City Official site
  7. ^ (Korea) Chuncheon Dalkgallbi & Makkuksu Festival, Kangwon Ilbo, 2010-4-8. Retrieved 2010-06-25.

Pautan luar sunting