Damasutra
Kumpulan Damasutra merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada awal tahun 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Damasutra | |
---|---|
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock, Slow Rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1991–1996 2015 |
Syarikat rakaman | 1991–1993: Sinar Muzik Production 1996: BMG Music |
Pengkarya berkait | Awang BPR, S. Amin Shahab |
Ahli | Baggio - Vokal Amran - Bass Assu - Dram |
Bekas ahli | Alok - Gitar Utama (meninggal dunia) |
Sejarah sunting
Kumpulan ini telah diasaskan oleh bekas pemain bass kumpulan Fotograf, Amran yang pada ketika itu masih bersemangat untuk meneruskan kerjaya muziknya bersama Sinar Muzik Productions selepas anggota-anggota Fotograf yang lain mengambil keputusan untuk fokus dengan kerjaya tetap mereka. Ingin menampilkan satu keunikan pada muzik rock, Amran telah menjemput 2 orang rakan sekampungnya iaitu Alok (Gitar) dan Assu (Dram) untuk merealisasikan impiannya itu seterusnya mengikat kontrak di bawah label yang sama. Kemudian, mereka telah mengambil seorang pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak iaitu Baggio untuk dijadikan sebagai vokalis melalui satu demo tape yang diberi oleh Baggio kepada Amran.
Kemunculan Damasutra di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Dinamik, WOW, Blackrose, Kris dan Laksamana. Gitaris kumpulan Bumiputra Rockers, Awang bertindak selaku penerbit album-album Damasutra kecuali album terakhir mereka.
Mereka kemudiannya membawa haluan masing-masing pada akhir dekad 90-an berikutan faktor kegawatan ekonomi yang turut melanda industri muzik Malaysia yang menyebabkan jualan album artis-artis tempatan jatuh merudum. Namun begitu, lagu-lagu mereka yang sangat unik dari segi lirik dan komposisi akan terus berada dalam lembar sejarah muzik tanahair. Sehingga kini, masih ada forum-forum yang membahaskan tentang lirik-lirik lagu mereka yang lebih bersifat spiritual dari kisah-kisah yang berkisar tentang cinta yang sehingga kini masih menjadi santapan telinga peminat-peminat tempatan.
Keahlian sunting
Kumpulan Damasutra terdiri daripada 4 orang anggota iaitu :
- Baggio - Vokal
- Amran - Bass
- Alok - Gitar Utama
- Assu - Dram
Diskografi sunting
Album studio sunting
Tahun | Tajuk | Jualan |
---|---|---|
1991 | Antara Sutra Dan Bulan
|
|
1992 | Asyik
|
|
1993 | Kurnia
|
|
1996 | Penawar
|
Album Kompilasi sunting
- Eksklusif (1995)
- Terbaik & Terbaru (1997)
- Kompilasi Kenangan (1999)
- The Best Of / Baggio Damasutra (2000)
Pencapaian sunting
Anugerah Juara Lagu sunting
Tahun | Judul Lagu | Komposer | Penulis lirik | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1991 | Umpama Mimpi Dalam Mimpi | Awang BPR | S. Amin Shahab | Tempat Kedua Persembahan Terbaik |
Trivia sunting
- Vokalis Damasutra, Baggio bukan hanya berbakat sebagai penyanyi malah turut menceburi bidang lakonan. Beliau pernah membintangi beberapa buah drama dan telefilem di luar waktu kerjanya bersama Damasutra.
- Amran merupakan pemain bass asal kumpulan Fotograf sebelum mengasaskan Damasutra pada tahun 1990.
- Damasutra merupakan satu-satunya kumpulan muzik yang tidak pernah menggunakan khidmat sifu muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang selalu digunakan oleh kumpulan-kumpulan muzik tanah air khususnya Search dan Wings.
- Satu persembahan istimewa telah diadakan di Hard Rock Cafe Melaka pada 31 Mei 2015 bersempena kemunculan semula (reunion) Damasutra.
Rujukan sunting
Pautan luar sunting
- Cikgu Meera, Slash, Baggio Damasutra bergabung dalam Jom Chat malam ini., Utusan Online, 13 Disember 2017.
- Damasutra kembali semula
- Reunion Damasutra Baggio harap ada pihak sudi taja album baru.
- Baggio terharu Damasutra ada peminat fanatik
- Damasutra adakan konsert mini untuk dana Rohingya, 17 Dis ini