Dataran Keris

(Dilencongkan dari Dataran Alor Gajah)

Dataran Keris terletak di tengah Bandar Alor Gajah, Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Persekitarannya dulu merupakan suasana yang permai dan sunyi kini telah bertukar menjadi sebuah bandar yang sibuk dengan pembangunan. Di tengah dataran ini mempunyai sebuah replika keris yang besar.

Dataran Keris

Namun Dataran Keris, Alor Gajah tetap menjadi tumpuan dan keutamaan orang ramai datang untuk beristirahat terutamanya pada hujung minggu dan waktu petang.

Dataran Keris, Alor Gajah juga sering menjadi tumpuan untuk majlis-majlis rasmi dan program-program kemasyarakatan. Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi kemudahan pengunjung, diantaranya adalah pentas terbuka, bilik persalinan, taman permainan kanak-kanak, gerai-gerai dan tandas awam.

Di kawasan dataran ini terdapat Muzium Adat Istiadat yang bersebelahan dengan replika keris yang besar.

Tugu Kemerdekaan sunting

Terdapat sebuah tugu yang dinamakan Tugu Kemerdekaan, di atas pentas terbuka yang terdapat di Dataran Keris.

Tugu ini menandakan tempat berlakunya upacara pembacaan 'pemasyhuran' Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Lihat juga sunting