Dataran Tiananmen
Dataran Tiananmen (Cina Ringkas: 天安门广场 ; Cina Tradisional: 天安門廣場 ; pinyin: Tiān'ānmén Guǎngchǎng) ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina (Lihat Peristiwa di bawah). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.
Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar)[1], menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.
Sejarah
suntingPintu Tiananmen mula-mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, perbalahan besar di antara Li Zicheng dan maharaja Qing awal telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan. Sepanjang zaman-zaman Ming dan Qing, tiadanya dataran awam di Tiananmen; sebaliknya, adanya sebidang laman dalam bertembok berbentuk T courtyard yang dikitari pejabat-pejabat kementerian, biro dan agensi. [perlu rujukan] Laman dalam itu dibesarkan menjadi saiz sekarang serta disaluti simen pada tahun 1958. [2]
Tentera-tentera British dan Perancis yang menyerang Beijing pada tahun 1860 mendirikan khemah berhampiran pintu Tiananmen dan pernah sesekali ingin meranapkan pintu dan seluruh Kota Larangan, namun akhirnya memutuskan agar istana besar itu dibiarkan, sebaliknya Istana Musim Panas maharaja dimusnahkan. Maharaja Qing ketika itu pun bersetuju untuk membenarkan kuasa-kuasa asing menubuhkan markas di kawasan tersebut. Sewaktu tercetusnya Pemberontakan Boxer pada tahun 1900, bangunan pejabat dan kementerian teruk dimusnahkan akibat serbuan. Pada peleraian konflik ini, kawasan ini menjadi ruang bagi kuasa-kuasa asing menghimpunkan askar-askar dan kuda-kudanya. Kawasan terbabit dikosongkan serta merta untuk memberi laluan kepada kelahiran apa yang dikenali sebagai Dataran Tiananmen.
Dekat dengan pusat dataran sekarang, berhampiran tapak Makam Mao Zedong, pernah didirikan salah sebuah pintu besar yang terpenting di Beijing. Pintu ini dikenali sebagai "Pintu Ming Besar" (大明门 ) ketika Dinasti Ming, "Pintu Qing Besar" (大清门 ) ketika Dinasti Qing, dan "Pintu China" (中华门 ) ketika zaman Republik China. Berbeza daripada pintu=pintu besar lain di Beijing seperti Tiananmen dan Qianmen, pintu ini sekadar beristiadat, bergerbang tiga tanpa benteng, serupa gayanya dengan pintu istiadat yang didapati di Makam Dinasti Ming. Pintu ini berkedudukan tinggi selaku "Pintu Negara", seperti yang boleh dilihat dari berbilang namanya yang berturut-turut. Pintu besar ini biasanya tertutup, melainkan apabila Maharaja hendak merentasinya. Lalu lintas awam dilencongkan ke dua buah pintu tepi, masing-masing di sisi utara dan selatan dataran sekarang. Oleh sebab berlakunya pelencongan inilah, wujudnya sebuah tapak pasar bernama Jalan Papan Catur (棋盘街 ) di dataran besar berpagar di selatan pintu ini.
Pada 1950-an, Pintu China (namanya ketika itu) diruntuhkan bersama-sama Jalan Papan Catur di selatan, maka lengkapnya peluasan Dataran Tiananmen ke saiznya hari ini.
Ciri-ciri
suntingDigunakan sebagai tempat bperhimpunan besar-besaran sejak dibina lagi, dataran ini beralaskan Tugu Wira Rakyat berketinggian 38 meter (125 batu) yang lengkap pada tahun 1958, serta Makam Mao Zedong yang disiapkan pada tahun 1977 [3]. Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi yang dibina pada zaman silam, iaitu Tian'anmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen (Cina Ringkas: 前门 ; Cina Tradisional: 前門 ; pinyin: Qiánmén, "Pintu Hadapan") di selatan. Di sepanjang sisi barat Darat terdapat Dewan Besar Rakyat. Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan terletak antara pintu Tiananmen dan Dataran Tiananmen. Pokok-pokok menghiasi sisi-sisi timur dan barat Daratan, tetapi dataran itu sendiri terbuka tanpa kelihatan pokok ataupun bangku.
Peristiwa
suntingDataran Tiananmen pernah dijadikan tapak berlakunya sebilangan peristiwa politik dan bantahan golongan pelajar. Ini termasuklah pengisytiharan Republik Rakyat China oleh Mao Zedong pada 1 Oktober 1949; pameran ketenteraan besar-besaran tahunan pada setiap Hari Kebangsaan sehingga 1 Oktober 1959; perarakan tentera ulang tahun ke-35 Republik Rakyat China pada tahun 1984 dan ulang tahun ke-50 pada tahun 1999; dan juga perhimpunan besar-besaran ketika Revolusi Kebudayaan.
Tapak ini juga pernah menempatkan berbagai-bagai demonstrasi oleh pihak yang berkuasa, termasuk Perarakan Kemenangan Tentera Berikat bagi meraikan pendudukan Beijing pada tahun 1900, perarakan besar Jeneral Zhang Xun pada Jun 1917 sebagai memperingati pemulihan perintah agung oleh beliau, pengasasan rejim boneka di bawah pemerintahan Jepun, perarakan tentera Republik setelah menawan kembali Beijing, dan juga "pearakan Hari Kebangsaan panjang lebar tidak lama selepas Tentera Pembebasan Rakyat melimpahkan Dataran dengan darah pada tahun 1989."[4]
Dataran Tiananmen juga menjadi tapak berlakunya berbilang pergerakan tunjuk perasaan.
- Pergerakan 4 Mei 1919
- Tunjuk perasaan 18 Mac 1926[5]
- Demonstrasi 9 Disember 1935 yang melancarkan pertahanan menentang serangan Jepun
- Pergerakan anti-autokrasi pada 20 Mei 1947 ketika Perang Saudara
- Bantahan Tiananmen 1976 selepas kematian Zhou Enlai
- Bantahan Dataran Tiananmen 1989
- Insiden bunuh diri Dataran Tiananmen 2001
Bantahan tahun 1989 mengakibatkan pembunuhan ramai sekali penunjuk perasaan China di jalan-jalan di sebelah barat dataran dan kawasan sekitar. Sesetengah wartawan Barat yang berada di dataran itu ketika peristiwa itu berlaku melaporkan bahawa mereka tidak menjumpai sesiapa yang sebenarnya mati apabila berada di dataran, namun dapat melihat orang ramai dibasahi darah but tetapi tidak pasti sama ada mereka sudah mati atau cuma cedera[6][7].
Catatan
sunting- ^ Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New Encyclopædia Britannica, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^ Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New Encyclopædia Britannica, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^ Safra, J. (Ed.). (2003). Tiananmen Square. In New Encyclopædia Britannica, The (15th ed., Chicago: Vol. 11). Encyclopædia Britannica INC. page: 752
- ^ Wu, Hung. "Tiananmen Square: A Political History of Monuments." Representations 35 (Summer 1991): 84
- ^ Morning Sun | Stages of History
- ^ "Graham Earnshaw". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-06. Dicapai pada 2008-04-18.
- ^ "Columbia Journal Review". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-24. Dicapai pada 2008-04-18.
Rujukan
sunting- Spence, Jonathan. "The Gate and the Square". Morning Sun. accessed 13 March 2008. <http://www.morningsun.org/stages/tsquare/spence_gate.html>.
- Human Rights in China (Organization). Children of the dragon : the story of Tianamen Square. New York/London: Collier Books ;Collier Macmillan Publishers, 1990.
- Wu, Hung. "Tiananmen Square: A Political History of Monuments." Representations 35 (Summer 1991): 84-117.
- Wu, Hung. Remaking Beijing : Tiananmen Square and the creation of a political space. Chicago: University of Chicago Press, 2005.
Galeri
sunting-
Stesen kereta api
-
Pintu Zhengyangmen
-
Tugu di hadapan Makam Mao di Dataran Tiananmen
-
Tugu Wira Rakyat dan Dewan Agung Rakyat
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dataran Tiananmen. |
- Video-1 detailing the Tiananmen Square Massacre in 1989 Diarkibkan 2009-03-02 di Wayback Machine
- Video-2 detailing the Tiananmen Square Massacre in 1989 Diarkibkan 2011-06-28 di Wayback Machine
- Tiananmen Square in 360°
- Another Tiananmen Square in 360°
- Tiananmen Square
- Satellite photo of Tiananmen Square