David Odonkor (lahir 21 Februari 1984) merupakan bekas pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi sayap. Beliau kini merupakan pengurus bagi pasukan TuS Dornberg.

David Odonkor
Maklumat peribadi
Nama penuh David Odonkor
Tarikh lahir (1984-02-21) 21 Februari 1984 (umur 40)
Tempat lahir Bünde, Jerman Barat
Ketinggian 1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
Posisi permainan Sayap
Kerjaya remaja
1991–1995 JSG Holsen-Ahle
1995–1998 Bünder SV
1998–2001 Borussia Dortmund
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2005 Borussia Dortmund II 49 (7)
2002–2006 Borussia Dortmund 75 (2)
2006–2011 Betis 51 (2)
2011–2012 Alemannia Aachen 23 (2)
2012–2013 Hoverla 14 (2)
Jumlah 212 (15)
Pasukan kebangsaan
2004–2007 Jerman B21 15 (3)
2006–2008 Jerman 16 (1)
Pasukan diurus
2013–2014 SC Verl (pembantu)
2014–2015 SC Herford (pembantu)
2015– TuS Dornberg
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada usia awal 20an. Beliau bermain bersama Borussia Dortmund hampir kira-kira 100 perlawanan. Pada akhir kariernya, beliau menghabiskan masanya di Real Betis dengan kecederaan panjang yang dialaminya[1][2]

Odonkor tampil dengan pasukan kebangsaan Jerman pada satu edisi Piala Dunia dan satu Kejohanan Eropah.

Kerjaya kelab sunting

Borussia Dortmund sunting

Odonkor dilahirkan di Bünde, Jerman Barat. Ibu beliau merupakan orang Jerman manakala sebelah bapanya adalah orang Ghana. Beliau membuat debut untuk Borussia Dortmund pada 3 Mac 2002 ketika usianya 18 tahun pada perlawanan menentang FC St. Pauli. Selepas menghabiskan satu musim bersama pasukan kedua Dortmund, beliau ditawarkan untuk bermain pasukan pertama Borussia dan membantu pasukannya untuk menduduki tempat keenam liga pada musim 2003-04.

Pada musim 2005-06, Odonkor hanya terlepas satu perlawanan liga. Pada 26 November 2005, beliau menjaringkan satu gol dan membuat hantaran pada perlawanan menentang 1. FC Nürnberg, Dortmund menang 2-1. Selepas perlawanan itu, beliau telah menarik perhatian Real Betis lalu membelinya dengan harga 6 juta euro.[3]

Real Betis sunting

Musim pertama Odonkor di Real Betis tampak lebih mundur apabila beliau hanya bermain 13 perlawanan liga kerana beliau mengalami kecederaan lutut yang serius. Pada musim keduanya, beliau mengalami kecederaan lutut sekali lagi menyebabkan beliau berehat selama tiga bulan.

Pada 4 Mei 2008, Odonkor kembali dari bangku simpanan dengan menjaringkan gol pertamanya untuk Betis pada perlawanan seri 1-1 bertemu Almeria.[4] Selepas pulang dari perlawanan antarabangsa, Odonkor sekali lagi membuat pembedahan buat kali ketiga pada perpindahan musim sejuk 2008-09. Pada 2009, Real Betis tersingkir dari La Liga lalu bertanding di divisyen kedua. Ini membuatkan beliau terlepas baki perlawanan musim 2009-10.

Betis kembali ke La Liga semula pada hujung musim 2010-11 tetapi Odonkor bukan sebahagian daripada pasukan tersebut kerana mengalami kecederaan.

Tahun-tahun akhir sunting

Pada 28 Julai 2011, Odonkor tiba di Rangers untuk perbicaraan kontrak selepas kontraknya di Real Betis hampir tamat.[5] Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menandatangani kontrak bersama Rangers lalu menandatangani kontrak bersama Alemannia Aachen yang bermain di divisyen kedua.

Pada musim panas 2012, selepas Alemannia tersingkir ke divisyen ketiga, Odonkor berpindah ke FC Hoverla Uzhhorod di Liga Perdana Ukraine.

Pada September 2013, selepas mengalami kecederaan buat beberapa bulan, Odonkor secara rasminya membuat persaraan bola sepak.

Kerjaya antarabangsa sunting

Odonkor menerima panggilan daripada Jürgen Klinsmann untuk skuad Piala DUnia 2006.[6] Odonkor membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada perlawanan persahabatan menentang Jepun. Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia 2006, bermain bermain sebagai perlawanan gantian lalu membuat hantaran kepada Oliver Neuville untuk menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menentang Poland.[7]

Odonkor dipanggil oleh Joachim Löw untuk perlawanan Euro 2008. Beliau bermain sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menentang Croatia, Jerman tewas 1-2.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 12 September 2007 Cologne, Jerman   Romania 2–1 3–1 Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Borussia Dortmund

Antarabangsa sunting

Jerman

Catatan sunting

  1. ^ Acedo, Francisco. "Odonkor blow for Betis". Sky Sports. Dicapai pada 5 May 2011.
  2. ^ "Soccer-Round-up-Injured Odonkor hopes to be back next month". Reuters. 23 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-05. Dicapai pada 5 May 2011.
  3. ^ "Odonkor steps into Joaquín's shoes". UEFA.com. 29 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-05. Dicapai pada 15 May 2010.
  4. ^ "Almeria 1–1 Real Betis". ESPN Soccernet. 4 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 5 May 2011.
  5. ^ "Odonkor in Gers trial". Rangers FC. 28 July 2011. Dicapai pada 28 July 2011.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Germany's Eilts opts for experience". UEFA.com. 15 May 2006. Dicapai pada 15 May 2010.[pautan mati kekal]
  7. ^ "Germany 1–0 Poland". BBC Sport. 14 June 2006. Dicapai pada 15 September 2011.

Pautan luar sunting