Dayang Madinah Abang Openg

Dato Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Openg adalah seorang senator Malaysia mulai 11 Julai 2010. Beliau merupakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dayang Madinah merupakan usawan wanita yang berjaya. Beliau merupakan wanita Melayu pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai senator.

Dato Hajah

Dayang Madinah Abang Openg

P.S.B.S., P.P.N.
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
19 Julai 2010 – 18 Julai 2016
LantikanDewan Undangan Negeri Sarawak
Didahului olehEmpiang Jabu
Digantikan olehZaiedi Suhaili
Butiran peribadi
Ibu bapaAbang Haji Openg (bapa)
SaudaraAbang Johari Tun Openg

Pendidikan sunting

Dayang Madinah bersekolah di Sekolah Rendah dan Menengah St Mary, Kuching. Kemudian ke UiTM dalam bidang sains pengurusan dan pentadbiran.

Keluarga sunting

Ayah beliau Tun Abang Openg Abang Sapiee iaitu Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama. Abangnya merupakan Ketua Menteri Sarawak keenam, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Politik sunting

Dayang Madinah mulai menceburi bidang politik Sarawak pada 1983. Dilantik menjadi setiausaha pergerakan wanita (1989-1995) dan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (1987-sekarang). Beliau aktif sebagai Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).

Beliau adalah wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang Jabu dari PBB dan Doris Sophia Brodi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Sarawak
    • Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) - Dato (2013)
  •   Malaysia
    • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) - 2009

Rujukan sunting