Dejan Lovren

Pemain bola sepak

Dejan Lovren (lahir 5 Julai 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Croatia yang bermain sebagai posisi bek tengah untuk kelab Liga Perdana Rusia, Zenit Saint Petersburg dan pasukan kebangsaan Croatia.

Dejan Lovren
Lovren bersama Croatia di Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Dejan Lovren[1]
Tarikh lahir (1989-07-05) 5 Julai 1989 (umur 34)
Tempat lahir Zenica, SR Bosnia and
Herzegovina, SFR Yugoslavia[2]
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[3]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Zenit Saint Petersburg
Nombor 6
Kerjaya remaja
BSC Sendling
1999–2002 NK Ilovac
2002–2004 NK Karlovac
2004–2006 Dinamo Zagreb
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 Dinamo Zagreb 37 (1)
2006–2008Inter Zaprešić (pinjam) 50 (1)
2010–2013 Lyon 72 (2)
2013–2014 Southampton 31 (2)
2014–2020 Liverpool 131 (5)
2020– Zenit Saint Petersburg 21 (2)
Pasukan kebangsaan
2004–2005 Croatia B17 18 (2)
2006 Croatia B18 2 (0)
2006–2008 Croatia B19 10 (1)
2007–2009 Croatia B20 5 (0)
2007–2010 Croatia B21 19 (3)
2009– Croatia 64 (4)
Pengalaman
Mewakili  Croatia
Piala Dunia FIFA
Pingat perak – tempat kedua Piala Dunia FIFA 2018 Croatia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 April 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2021 (UTC)

Lovren memulakan kariernya di Dinamo Zagreb sebelum berpindah ke Olympique Lyonnais pada Januari 2010. Beliau menghabiskan tiga setengah musim bersama pasukan Ligue 1 dan memenangi Piala Perancis 2012 sebelum menandatangani kontrak bersama Southampton pada tahun 2013. Setelah satu musim bersama Southampton, Loveren menyertai Liverpool dengan harga bernilai £20 juta. Beliau terus membuat 185 penampilan untuk Liverpool dengan memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada tahun 2019 dan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2020. Setelah 6 tahun berkhidmat bersama Liverpool, beliau telah menyertai juara Rusia, Zenit St. Petersburg pada bulan Julai 2020.

Lovren telah mewakili pasukan kebangsaan Croatia di pelbagai peringkat belia dan membuat penampilan senior pertamanya pada tahun 2009. Sejak itu, beliau telah membuat lebih dari 50 penampilan untuk negaranya. Lovren terpilih dalam skuad Croatia untuk bertanding di kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil dan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Beliau juga merupakan naib juara bagi pasukannya yang terakhir dikalahkan oleh Perancis di kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Kehidupan awal sunting

Lovren telah dilahirkan di Zenica, Yugoslavia dan pada hari ini ia terletak di Bosnia dan Herzegovina. Ibu bapa beliau merupakan berbangsa Croatia.[4]

Apabila Perang Bosnia bermula pada tahun 1990an, keluarga Lovren mula berpindah ke Munich, Jerman. Lovren baru berusia tiga tahun ketika keluarganya berpindah dari Yugoslavia. Beliau menghabiskan masanya selama tujuh tahun di Jerman. Bagaimanapun, keluarganya akhirnya terpaksa pulang ke Croatia kerana mereka tidak mempunyai dokumentasi yang diperlukan. Mereka sekeluarga menetap di Karlovac, Croatia, 50 kilometer barat daya ibu negara Zagreb.[5][6]

Kerjaya kelab sunting

GNK Dinamo Zagreb sunting

Dejan Lovren memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja NK Karlovac. Beliau sertai kelab teratas Croatia, GNK Dinamo Zagreb pada 2004. Pada 10 Jun 2006, beliau membuat debut untuk Dinamo dalam perlawanan Prva HNL menentang Inter Zaprešić. Pada 17 Julai 2007, beliau dipinjam ke Inter Zaprešić selama dua musim dan beliau membuat 50 penampilan liga dan menjaringkan satu gol menentang NK Osijek, Inter tewas 2–1 pada 10 Mei 2008. Selepas beliau kembali ke Dinamo, Lovren bermain 38 perlawanan ketika musim 2008–09 dan menjaringkan tiga gol. Dalam musim 2009–10, beliau bermain empat perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA menentang Pyunik Yerevan dan Red Bull Salzburg.

Lyon sunting

Pada Januari 2010, Lovren menandatangani kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais dengan kontrak selama empat tahun serta bayaran sebanyak €8 juta.[7] Beliua membuat debut untuk Lyon pada 24 Januari 2010, 2–1 menewaskan AS Monaco dalam saingan Coupe de France. Beliau membuat debut liga pada 31 Januari, ketika Lyon menang 2–1 ke atas Paris Saint-Germain. Ketika separuh kedua musim, beliau membuat 10 penampilan. Beliau tidak mengambil bahagian dalam perlawanan Lyon di Liga Juara-Juara Eropah kerana beliau sudah bermain dalam kejohanan itu bersama Dinamo Zagreb.

Pada November 2010, Lovren tersenarai dalam Don Balón, iaitu senarai 100 pemain muda terbaik di dunia.[8]

Pada 23 Januari 2012, pertahanan Croatia itu melanjutkan lagi kontraknya selama dua musim bersama Lyon dan beliau kekal bersama kelab Perancis itu sehingga 2016.

Southampton sunting

Pada 14 Jun 2013, Lovren menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Inggeris, Southampton dengan bayaran yang tidak didedahkan[9] tetapi dianggarkan sekitar £8.5 juta.[10] Beliau membuat debut untuk Southampton pada 17 Ogos 2013, menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion.[11] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Southampton ketika menentang Liverpool pada 21 September 2013, gol yang dijaringkan oleh beliau ialah gol kemenangan buat Southampton.[12]

Beliau menjaringkan gol keduanya ketika seri 2-2 menentang Sunderland pada 18 Januari 2014[13] tetapi beliau dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.[14] Pada 23 Januari, Lovren dilaporkan perlu dikeluarkan enam hingga lapan minggu akibat kecederaan pada buku lali.[15]

Dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris, Lovren dinamakan dalam senarai 50 pemain 'Bloomberg Sports', iaitu kedudukan pemain yang beraksi di lima liga teratas Eropah.[16] Beliau kedudukan kelima di Liga Perdana Inggeris daripada kedudukan ke-31.[17]

Pada 25 Julai 2014, akhbar Liverpool Echo melaporkan Southampton telah bersetuju bersama Liverpool untuk menjual Lovren.[18]

Liverpool sunting

Pada 27 Julai 2014, Lovren menjadi pemain ketiga Southampton yang berpindah ke Liverpool Rickie Lambert and Adam Lallana. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab itu dengan bayaran £20 juta (RM85 juta).[19][20] Pada 10 Ogos, beliau membuat debut untuk Liverpool dalam satu perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di Anfield dan beliau menjaringkan gol kedua Liverpool dan keputusannya Reds menang 4–0.[21] Beliau membuat debut liga pada 17 Ogos ketika perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang bekas kelabnya Southampton, Liverpool menang 2-1.[22]

Beliau menjaringkan gol pertama untuk Liverpool pada 28 Oktober ketika beliau menanduk masuk gol kemenangan dari sepakan percuma pada waktu kecederaan dalam saingan Piala Liga Inggeris menentang Swansea City, menang 2–1.[23]

Zenit St. Petersburg sunting

Pada 27 Julai 2020, Lovren menandatangani kontrak tiga tahun bersama Zenit St. Petersburg dengan harga berjumlah €12 juta setelah enam tahun berkhidmat dengan Liverpool.[24]

Kerjaya antarabangsa sunting

Lovren menerima panggilan pertama untuk ke pasukan kebangsaan Croatia pada 2009 oleh pengurus Slaven Bilić untuk persiapan menentang Belarus pada 12 Ogos. Lovren telah memiliki 48 kaps untuk pasukan remaja Croatia dan menjaringkan empat gol.[25]

Pada 2 September 2011, Lovren menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Malta dalam kelayakan UEFA Euro 2012. Beliau termasuk dalam 23 pemain Croatia yang beraksi di UEFA Euro 2012. Tetapi beliau dikeluarkan dari skuad itu akibat mengalami kecederaan seminggu sebelum sepak mula kejohanan.[26]

Lovren menjaringkan gol keduanya untuk Croatia pada 26 Mac 2013 dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Wales.

Pada Mei 2014, Lovren termasuk dalam 30 pemain Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil oleh pengurus Niko Kovač.[27] Dalam perlawanan pembukaan pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil, Lovren dipersalahkan oleh pengadil Jepun, Yuichi Nishimura kerana menjatuhkan Fred pada minit ke-69 ketika keputusan seri 1–1. Penalti yang berkontroversi itu diambil oleh Neymar untuk memberikan kedudukan yang melegakan buat Brazil, keputusan perlawanan itu berkesudahan Brazil menang 3-1.[28][29]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 27 Julai 2020[30][31]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Dinamo Zagreb 2005–06 Prva HNL 1 0 0 0 0 0 1 0
2008–09 22 1 8 1 8[c] 1 38 3
2009–10 14 0 4 0 11[d] 1 29 1
Jumlah 37 1 12 1 19 2 68 4
Inter Zaprešić (Pinjaman) 2006–07 Druga HNL 21 0 4 0 25 0
2007–08 Prva HNL 29 1 2 0 31 1
Jumlah 50 1 6 0 56 1
Lyon 2009–10 Ligue 1 8 0 1 0 1 0 0 0 10 0
2010–11 28 0 2 0 1 0 6[e] 1 37 1
2011–12 18 1 3 0 2 0 8[e] 0 31 1
2012–13 18 1 0 0 1 0 5[f] 0 24 1
Jumlah 72 2 6 0 5 0 19 1 102 3
Southampton 2013–14[32] Liga Perdana Inggeris 31 2 0 0 0 0 31 2
Liverpool 2014–15[33] 26 0 4 0 2 1 6[g] 0 38 1
2015–16[34] 24 0 1 0 4 0 10[f] 1 39 1
2016–17[35] 29 2 0 0 3 0 32 2
2017–18[36] 29 2 0 0 0 0 14[e] 0 43 2
2018–19[37] 13 1 1 0 1 0 3[e] 0 18 1
2019–20[38] 10 0 1 0 1 0 3[e] 1 15 1
Jumlah 131 5 7 0 11 1 36 2 185 8
Zenit Saint Petersburg 2020–21 Liga Perdana Rusia 0 0 0 0 0[e] 0 0 0
Jumlah karier 321 11 31 1 16 1 74 5 442 18
  1. ^ Penampilan di Piala Croatia, Piala Perancis, Piala FA Inggeris dan Piala Rusia
  2. ^ Penampilan di Piala Liga Perancis dan Piala Liga Bola Sepak Inggeris
  3. ^ Tiga penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, lima penampilan dan satu gol di Liga Europa UEFA
  4. ^ Empat penampilan dan satu gol di Liga Juara-Juara UEFA, tujuh penampilan di Liga Europa UEFA
  5. ^ a b c d e f Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  6. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA
  7. ^ Empat penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa sunting

Sehingga perlawanan yang dimainkan 13 Oktober 2019[39][40]
Penampilan dan jaringan gol pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol
Croatia 2009 2 0
2010 3 0
2011 8 1
2012 1 0
2013 9 1
2014 7 0
2015 0 0
2016 1 0
2017 6 0
2018 13 0
2019 7 1
Jumlah 57 3

Goal antarabangsa sunting

Skor dan keputusan menyenaraikan gol pertama Croatia.[40]
Gol Tarikh Tempat Kap Lawan Skor Keputusan Perlawanan
1 2 September 2011 Ta'Qali Stadium, Ta' Qali, Malta 10   Malta 3–1 3–1 Kelayakan UEFA Euro 2012
2 26 Mac 2013 Liberty Stadium, Swansea, Wales 17   Wales 1–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3 6 September 2019 Anton Malatinský Stadium, Trnava, Slovakia 54   Slovakia 4–0 4–0 Kelayakan UEFA Euro 2020

Penghargaan sunting

 
Lovren bersama bekas rakan sepasukannya Mohamed Salah sehari selepas memenangi kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2018–19.

Kelab sunting

Inter Zaprešić

  • Druga HNL: 2006–07[41]

Dinamo Zagreb

  • Prva HNL: 2008–09[41]
  • Piala Croatia: 2008–09[41]

Lyon

  • Piala Perancis: 2011–12[41]

Liverpool

Croatia

Individu

Pingat Bakti

  • Pingat Bakti Duke Branimir: 2018[46]

Rujukan sunting

  1. ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 February 2018. Dicapai pada 11 February 2018.
  2. ^ "VIDEO: DEJAN LOVREN SE VRATIO U KRAJ U KOJEM JE ODRASTAO Dočekalo ga nekoliko tisuća fanova, on ih iznenadio: 'Ovdje ću otvoriti Dom za starije osobe'". Jutarnji list (dalam bahasa Croatia). 26 July 2018. Dicapai pada 25 December 2019.
  3. ^ "First Team Profiles". Liverpoolfc.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 20 September 2014.
  4. ^ name="SFC profile">"Dejan Lovren". Player profile. Southampton FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2 December 2013.
  5. ^ name="Mail 2519005">Cunningham, Sam (5 December 2013). "Lovren is always in top gear for Saints..." Daily Mail. Dicapai pada 8 December 2013.
  6. ^ Doyle, Paul (30 November 2013). "Dejan Lovren puts traumas behind him to enjoy Southampton high life". The Guardian. Dicapai pada 15 June 2014.
  7. ^ "Reference Document 2008/09" (PDF). Olympique Lyonnais. www.actusnews.com. m/s. 101. Dicapai pada 15 June 2013.
  8. ^ "Don Balon's list of the 100 best young players in the world". Don Balón. 2 November 2010. Dicapai pada 9 April 2013.
  9. ^ "Saints Land Lovren". Southampton FC. 14 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-18. Dicapai pada 14 June 2013.
  10. ^ Simpson, Gordon (14 June 2013). "Saints make £8m swoop for defender". Southampton Echo. Dicapai pada 15 June 2013.
  11. ^ "West Brom 0 – 1 Southampton". BBC Sport. 17 August 2013. Dicapai pada 19 August 2013.
  12. ^ "Liverpool 0 - 1 Southampton". BBC Sport. 21 September 2013. Dicapai pada 21 September 2013.
  13. ^ "Sunderland 2 – 2 Southampton". BBC Sport. 18 January 2014. Dicapai pada 20 January 2014.
  14. ^ Slavin, Harry (19 January 2014). "Pochettino admits concern over Lovren and Ramirez injuries". Goal.com. Dicapai pada 20 January 2014.
  15. ^ "Gaston Ramirez and Dejan Lovren out for up to eight weeks". BBC Sport. 23 January 2014. Dicapai pada 23 January 2014.
  16. ^ "Saints trio in Bloomberg Power 50". Southampton FC. 22 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 24 May 2014.
  17. ^ "Power 50 List". Bloomberg Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 24 May 2014.
  18. ^ "Liverpool FC agree £20m deal for Lovren". The Liverpool Echo. 25 July 2014. Dicapai pada 26 July 2014.
  19. ^ "Liverpool sign Dejan Lovren from Southampton". BBC Sport. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  20. ^ "Dejan Lovren seals Liverpool transfer". Liverpool Football Club. 27 July 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  21. ^ "Liverpool 4-0 Borussia Dortmund". BBC Sport. 10 August 2014. Dicapai pada 10 August 2014.
  22. ^ "Liverpool 2 – 1 Southampton". BBC Sport. 17 August 2014. Dicapai pada 17 August 2014.
  23. ^ "Liverpool 2 – 1 Swansea". BBC Sport. 28 October 2014. Dicapai pada 29 October 2014.
  24. ^ "Dejan Lovren is a Zenit player!". en.fc-zenit.ru. 27 Julai 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.
  25. ^ List of national team appearances at official website of Croatian Football Federation
  26. ^ "Croatia Euro 2012 squad sees Lovren and Kalinic miss out". Daily Mail. 29 May 2012. Dicapai pada 2013-11-11.
  27. ^ "Provisional Croatia call for Lovren". Southampton FC. 14 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-14. Dicapai pada 24 May 2014.
  28. ^ "Brazil 3-1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai pada 12 June 2014.
  29. ^ "World Cup 2014: Brazil v Croatia referee scandalous - Dejan Lovren". BBC Sport. 13 June 2014. Dicapai pada 13 June 2014.
  30. ^ "Dejan Lovren: Club Matches". worldfootball.net.
  31. ^ "Ligue1.com – Player profile Dejan LOVREN (Olympique Lyonnais)". www.ligue1.com.
  32. ^ Templat:Soccerbase season
  33. ^ Templat:Soccerbase season
  34. ^ Templat:Soccerbase season
  35. ^ Templat:Soccerbase season
  36. ^ Templat:Soccerbase season
  37. ^ Templat:Soccerbase season
  38. ^ Templat:Soccerbase season
  39. ^ (Inggeris) Profil Lovren, Dejan di National-Football-Teams.com
  40. ^ a b "Dejan Lovren profile". eu-football.info. Dicapai pada 27 June 2018.
  41. ^ a b c d Biodata Dejan Lovren di Soccerway. Capaian 12 July 2014.
  42. ^ "Premier League: 2019/20: Current table". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 June 2020.
    "Liverpool: Squad details: 2019/20". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 June 2020.
    "Premier League Handbook Season 2019/20" (PDF). Premier League. m/s. 56. Dicapai pada 25 June 2020.
  43. ^ McNulty, Phil (1 Jun 2019). "Tottenham Hotspur 0–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  44. ^ McNulty, Phil (15 Julai 2018). "France 4–2 Croatia". BBC Sport. Dicapai pada 1 September 2018.
  45. ^ "World 11: The Reserve Team for 2017–18". FIFPro.org. 24 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2019. Dicapai pada 25 September 2018.
  46. ^ "News: President Decorates Croatian National Football Team Players and Coaching Staff". Office of the President of the Republic of Croatia. 13 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-09. Dicapai pada 11 Januari 2019. the Order of Prince Branimir with Ribbon was awarded to Mr. Dejan Lovren...