Dewi (album Klangit)


Dewi ialah album studio pertama Klangit, dan dianggap ‘buah hati’ buat para peminat mereka. Album ini memuatkan lagu-lagu terbaik yang dipilih khas kerana hampir kesemua lagu di dalam album ini dianggap dekat dengan hati dan jiwa Klangit sendiri.[1] Panji Sakti selaku penulis lirik mengakui kagum pada susunan muzik, pemilihan kata dan nada catchy yang ditampilkan dalam album ini. Malah beliau setuju perkataan "Dewi" menjadi tajuk album ini, yang dianggapnya sesuai dengan tema albumnya yang berkisar mengenai wanita.[2]

Dewi
Album studio oleh
Dilancarkan pada5 Oktober 2012 (5 Oktober 2012)
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop Rock
BahasaBahasa Melayu Malaysia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSony Music
PenerbitZimi (Sofazr)
Single daripada Dewi
  1. "Sesal Mendua"
  2. "Dia Lydia"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan & latar belakang

sunting

Klangit memilih Zimi Sofazr sebagai komposer kerana percaya pada bakat dan anugerah seni yang ada pada beliau.[1]

Sesal Mendua merupakan single pertama dari album ini. Lagu hasil ciptaan Panji Sakti ini menceritakan tentang penyesalan seorang kekasih yang telah menduakan kekasihnya. Pada mulanya kekasih tadi beranggapan perbuatan menduakan kekasihnya itu adalah yang baik, namun kekasih barunya tidak sebaik yang disangkakan dan lelaki itu menyesal kerana curang terhadap kekasihnya.[1]

Lagu Dewi dicipta sendiri oleh Klangit beberapa tahun yang lalu sebelum singlenya diterbitkan. Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang telah menduakan kekasihnya tetapi tidak dapat memilih antara keduanya. Dia ingin memohon maaf kepada kekasihnya itu kerana tidak berdaya membuat keputusan.[1]

Manakala Dia Lydia pula dicipta khas untuk perempuan dan wanita yang bernama Lydia. Lydia ialah seorang wanita yang berjaya menambat hati seorang lelaki untuk menjadi kekasih hatinya sampai mati. Lelaki ini berusaha untuk membuktikan cinta sejatinya pada Lydia.[1] Malah, Panji Sakti menyatakan bahawa, Lydia ialah representasi dari kekagumannya pada seorang sahabat bernama Lydia. Tambahnya lagi, Lydia berasal dari Melaka dan bekerja di Kuala Lumpur.[2]

Saat Cinta merupakan satu-satunya lagu duet yang terdapat di dalam album ini. Klangit memilih Zizi kerana vokalnya amat sesuai untuk lagu ini. Saat Cinta menceritakan kepada semua betapa indahnya saat ketika bercinta. Cinta antara insan lelaki dan wanita mampu memberi apa saja dan kita harus hadapi saja semua dugaan.[1]

Honey Hani pula sebuah lagi lagu untuk wanita. Menurut Klangit lagi, lagu ini amat sesuai untuk mereka dan harus didengar kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ingin cepat bernikah sekiranya sudah ketemu wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isteri terutamanya Honey Hani.[1]

Ratu Bohong ditulis oleh Panji dengan secara tidak sengaja. Menurut Panji, lagu ini dicipta ketika mendengar luahan isi hati rakannya yang sering dibohongi oleh kekasih hatinya. Malah Klangit sendiri menganggap lagu ini sesuai untuk para peminat remaja mereka kerana liriknya yang bersahaja.[1]

Senarai Runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sesal Mendua"Panji SaktiPanji Sakti3:50
2."Dia Lydia"Panji SaktiPanji Sakti3:25
3."Saat Cinta" (menampilkan Zizi Kirana) Zimi (Sofazr)Zimi (Sofazr)4:33
4."Dewi"KlangitKlangit3:17
5."Honey Hani"Panji SaktiPanji Sakti3:48
6."Ratu Bohong"Panji SaktiPanji Sakti3:21
7."Sesal Mendua" (minus one) Panji SaktiPanji Sakti3:50
8."Dia Lydia" (minus one) Panji SaktiPanji Sakti3:23


Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h Budiey Isma (11 Okt 2012). "Klangit Lancar Album Terbaru Berjudul DEWI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Sep 2018.
  2. ^ a b Panji Sakti (2 Nov 2012). "KLangit Makin Melangit Bersama Dewi, Lydia dan Hani". Panji Go Blog. Dicapai pada 2 Sep 2018.

Pautan luar

sunting