Dialek Yorkshire
Dialek Yorkshire (juga dikenali sebagai Broad Yorkshire, Tyke, Yorkie atau Inggeris Yorkshire) ialah dialek bahasa Inggeris, atau kontinum dialek, yang dituturkan di wilayah Yorkshire di England Utara.[1] Dialek ini mempunyai akar dalam bahasa Inggeris Kuno, dan dipengaruhi oleh bahasa Viking Kuno. Dialek Yorkshire telah memudar dan menghadapi kepupusan,[2][3] tetapi organisasi seperti The Yorkshire Dialect Society dan East Riding Dialect Society wujud bagi memartabatkan penggunaannya. Dialek ini telah dipakai dalam karya sastera klasik Inggeris seperti Wuthering Heights, Nicholas Nickleby dan The Secret Garden, dan ahli-ahli bahasa telah mendokumentasikan ragam jenis dialek itu sejak abad ke-19. Pada pertengahan abad ke-20, badan tinjauan dialek Inggeris berjaya mengumpul berpuluh-puluh rakaman berharga dialek Yorkshire asli.
Dialek Yorkshire | |
---|---|
Bahasa Inggeris Dialek Yorkshire | |
Asli kepada | England |
Kawasan | Yorkshire |
Etnik | Inggris Yorkshire; pelbagai macam |
Bentuk awal | Bahasa Inggris Kuno (Northumbria)
|
Dialek/loghat | Pelbagai pelat dalam loghat, terkongsi dan dipengaruhi oleh perkembangan geografi dan sejarah |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Kedudukan Yorkshire di wilayah England | |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Buku yang ditulis dalam dialek Yorkshire
sunting- Yorkshire Ditties (Siri 1) oleh John Hartley
- Yorkshire Ditties (Siri 2) oleh John Hartley
- Yorkshire Puddin' oleh John Hartley, 1876
- Yorkshire Tales (Siri 3) oleh John Hartley
- Puisi Dialek Yorkshire (1673–1915) dan puisi tempatan oleh Frederic William Moorman
- Songs of the Ridings oleh Frederic William Moorman
- A Yorkshire Dialect Reciter yang disusun oleh George H. Cowling, karyawan "A Yorkshire Tyke", "The Dialect of Hackness", &c. Penerbitan London: Folk Ltd, [1926]
- A Kind of Loving and Joby oleh Stan Barstow (khususnya Dewsbury dan Ossett)
- Kebanyakan dialog dalam GB84 oleh David Peace
- A Kestrel for a Knave, kemudian bertukar menjadi wayang gambar Kes
- (Sebahagian daripada) The Secret Garden oleh Frances Hodgson Burnett
- (Sebahagian daripada) Wuthering Heights oleh Emily Brontë (dialek Haworth yang dianggap sangat kuno dituturkan di Yorkshire sekarang)
Rujukan
sunting- ^ Keane, Peter. "Tyke: It's all the Vikings' fault (sort of)". BBC Bradford and West Yorkshire. BBC. Dicapai pada 16 April 2008.
- ^ "Yorkshire dialect faces extinction, report says". The Northern Echo. Dicapai pada 14 May 2021.
- ^ "Do you speak Swardle?". BBC News. Dicapai pada 14 May 2021.