Diaspora Cinta
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Drama Diaspora Cinta ini ditayangkan di Slot Widuri TV1 pada tahun 2016. Mula bersiaran pada pukul 7 malam hingga 8 malam. Penggambarannya di Malaysia dan Turki.
Diaspora Cinta | |
---|---|
Genre | Cinta Konflik |
Dibintangi oleh | Nur Fathia Afiq Muiz |
Lagu pembukaan | "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi ft. Marsha Milan |
Lagu penutup | "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi ft. Marsha Milan |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Syarikat pengedaran | Saujana Media Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Siaran asal | 2016 |
SinopsisSunting
Drama ini mengisahkan tentang hubungan tiga sahabat ketika melanjutkan pelajaran di Australia. Ketika bergelar pelajar tahun akhir, Qalif (Afiq Muiz) jatuh cinta pada Irma (Nur Fathia). Mereka menyulam bunga-bunga cinta.
Namun hubungan mereka tidak disenangi rakan rapat Qalif yang merupakan rakan sekampungnya. Diana (Zarina Zainoordin) sanggup menggunakan cara kotor untuk memisahkan mereka. Dalam diam rupanya Diana menaruh hati pada Qalif namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Apabila Irma hadir dalam hidup Qalif, Diana semakin membenci mereka. Bahkan ibu Diana, Mak Kintan (Liza Abdullah) memberitahu anaknya bahawa hanya Qalif sahaja calon menantu dia akan terima didalam rumah itu.
Irma terpaksa menunda satu semester lagi apabila assignmentnya gagal sampai ke tangan pensyarah. Semuanya berpunca daripada Diana apabila dia berang melihat Qalif dan Irma berpacaran tanpa menghiraukan dirinya. Irma yang menyampaikan amanah kepada Diana untuk diberikan kepada pensyarah tetapi tugasan tersebut dibuang ke dalam tong sampah.
Disebabkan itu, Irma terpaksa meneruskan satu lagi semester untuk mengulang subjek tersebut. Qalif berjanji akan terus melamar Irma sebaik sahaja pengajiannya tamat. Diana yang menyaksikan semua itu berasa semakin menyampah.
Sekembalinya di Malaysia, Qalif membuat persiapan ingin melamar Irma. Diana yang tidak mahu mereka bersatu mula menghasut Irma tentang keluarga Qalif. Irma terkejut, rupa-rupanya hubungan mereka masih dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga Qalif dan Irma sendiri tidak faham mengapa Qalif tidak berterus-terang dengannya.
Diana berjaya membuat hubungan Qalif dan Irma semakin renggang. Apakah akan ada jodoh diantara mereka? Apakah rancangan jahat Diana untuk menghancurkan hubungan mereka? Siapa pula Saiful (Zain Saidin) yang menjadi teman rapat Irma? Saksikan segalanya dalam drama Diaspora Cinta.
PelakonSunting
- Nur Fathia sebagai Irma
- Afiq Muiz sebagai Qalif
- Zain Saidin sebagai Saiful
- Zarina Zainoordin sebagai Diana
- Khaty Azean sebagai Aida
- Liza Abdullah sebagai Mak Kintan
- Nazeera Sardi sebagai Ain
- Haleeda Mazlin
Lagu TemaSunting
- "Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi ft. Marsha Milan