Dodoi Si Manja adalah sebuah album khas yang diterbitkan dalam bentuk CD dan VCD untuk kempen Dodoi Anak anjuran bersama Kementerian Kebudayaan Kesenian Malaysia bersama pengeluar susu tepung Nespray, Nestle Product Sdn. Bhd. Ia dijayakan oleh lima penyanyi wanita tersohor negara iaitu Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Fauziah Latiff, Amy Mastura & Ziana Zain.

Dodoi Si Manja
Album studio oleh
Dilancarkan pada31 Julai 2005
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreKlasik, Dodoi
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatNestle
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bagi memastikan lagu-lagu dodoi tidak pupus ditelan zaman, Nestle telah mengambil inisiatif merakamkan semula 10 lagu dodoi popular menerusi album berjudul Dodoi Si Manja. 10 lagu dodoi yang biasanya dinyanyikan oleh masyarakat Melayu ketika hendak menidurkan anak kecil itu banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam mendidik anak. Atas kesedaran itulah Nestle tidak teragak-agak menerbitkan 10,000 unit Dodoi Si Manja dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai.

Menurut Pengarah Jualannya, Ganesan R. Ampalavanar, usaha itu dilakukan sebagai salah satu sumbangan Nestle menghidupkan semula lagu rakyat kepada generasi hari ini. Sejak Nestle ditubuhkan pada tahun 1912, kami telah melakukan pelbagai kegiatan dan kerja-kerja amal. Penerbitan VCD Dodoi Si Manja ini satu daripadanya. Semua kos rakaman dan penerbitan VCD itu ditanggung sepenuhnya oleh Nestle. Bagi merealisasikan niat murni itu, Nestle telah menyumbangkan 10,000 VCD Dodoi Si Manja kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) untuk diagih-agihkan kepada institusi-institusi pendidikan terpilih. Sepanjang kempen berlangsung 90,000 unit telahpun diedarkan secara percuma bagi setiap pembelian pek susu Nespray 1+ 1.3 kilogram dan lagu Suriram nyanyian Dayang Nurfaizah merupakan lagu dodoi yang paling diminati ramai. Lagu itu turut dimuatkan dalam album penyanyi itu yang berjudul Kasih.

Runut sunting

  1. Tidurlah Intan - Sheila Majid
  2. Timangan Untung - Ziana Zain
  3. Burung Kenek-Kenek - Fauziah Latiff
  4. Tidurlah Adik - Dayang Nurfaizah
  5. Manja - Amy Mastura
  6. O Bulan - Sheila Majid
  7. Can Mali Can - Ziana Zain
  8. Harapan - Fauziah Latiff
  9. Suriram - Dayang Nurfaizah
  10. Ikan Kekek - Amy Mastura