Dongchimi adalah sejenis kimchi mengandungi lobak putih, baechu (hangul: 배추, kubis Cina), daun bawang, cili hijau ditapai, halia, bae (hangul 배: pear Korea) dan air garam dalam masakan Korea. Nama dong (hangul: 동; hanja: ; harfiah "musim sejuk") dan chimi (hangul: 치미, istilah kuno bagi kimchi), mencadangkan, kimchi ini secara tradisinya dimakan pada musim sejuk.[1]

Dongchimi
Dongchimi dihidang sebagai banchan
JenisKimchi
Tempat asalKorea
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaLobak putih, baechu, daun bawang, cili hijau, halia, bae
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Dongchimi
Hangul동치미
Hanja冬치미
Perumian Semakandongchimi
McCune–Reischauertongchi'mi

Dongchimi juga diperam seperti kimchi lain, tetapi tempoh matang yang agak pendek (2-3 hari). Walaupun ia boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun, ia biasanya dibuat semasa musim gimjang. Kawasan utara yang terdiri daripada Hamgyeong-do dan Pyeongan-do di Korea Utara amat terkenal dengan dongchimi mereka.[2]

Dongchimi yang berair ini mempunyai rasanya yang jelas dan jernih dan digunakan sebagai sup untuk membuat dongchimi guksu (동치미 국수 sup mi sejuk dibuat dengan dongchimi) dan naengmyeon , atau disajikan dengan tteok atau keledek kukus untuk mengimbangi rasanya yang kuat.[3]

Bahan-bahan sunting

Lobak adalah bahan yang paling penting dalam dongchimi. Lada merah juga digunakan, tetapi dongchimi mempunyai rasa yang kurang pedas daripada kimchi yang lain. Daun mustard, bawang putih, halia dan sayur, serta bahan-bahan lain yang diasin juga boleh dimasukkan.[4]

Types sunting

  • Baechu dongchimi (Dongchimi kubis, 배추동치미)

Lobak dan baechu disumbat dengan bahan-bahan seperti lobak yang dihiris julien, daun kucai Korea, lada merah, bawang putih, dan halia jeruk dalam air garam. Stok kelpa ditambah untuk rasa tambahan sebelum diperam.[5]

  • Daenamu dongchimi (Dongchimi buluh, 대나무동치미)

Daun buluh digunakan sebagai bahan utama, memberi dongchimi rasa yang tajam dan bersih sambil menambah tekstur. Proses penapaian mengambil masa lebih lama daripada dongchimi jenis lain kerana kandungan natrium yang lebih rendah tetapi ia juga boleh disimpan lebih lama.[6] Ia adalah keistimewaan tempatan wilayah Jeolla Selatan.

  • Gungjung dongchimi (Dongchimi diraja, 궁중 동치미)

Diperbuat daripada lobak kecil, yuja, delima, dan pear Korea ditambahuntuk versi wangi.[7]

Terdapat banyak variasi lain bergantung kepada kawasan dan citarasa.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dongchimi (Radish Liquid Kimchi)
  2. ^ (Korea) 주말 매거진: 김치, 8道 8味 originally from Chosun Ilbo 2003-10-09 10:50
  3. ^ (Korea) Ibuk cuisine (이북음식) from 전통항토음식문화연구원
  4. ^ http://www.hanbitcook.co.kr/hanbitcook/cooks/hanvit_cookmake_007.html (Kor)
  5. ^ "Baechu dongchimi (배추동치미)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Daenamu dongchimi (대나무동치미)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Gungjung dongchimi (궁중동치미)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting