Double Trouble 2
Double Trouble 2 ialah kali kedua kumpulan rock terbesar di Malaysia pada 1990-an, Search dan Wings, berduet dalam sesebuah album, mengikuti album Double Trouble pertama pada tahun 1992. Ini juga album terakhir Amy bersama Search sebelum meninggalkan kumpulan ini dan label Sony BMG untuk mengembangkan kerjaya solonya.
Double Trouble 2 | |
---|---|
Album studio oleh Search | |
Dikeluarkan pada | 1998 |
Genre | Rock |
Syarikat | BMG Go-Search Fly-Wings |
Penerbit | Search Joe Wings |
Maklumat amSunting
DT2 banyak berlainan dari DT asal kerana DT2 merupakan album himpunan yang memuatkan tujuh lagu lama nyanyian kedua-dua kugiran ini sendiri, dan hanya tiga lagu baru. Apatah lagi, kumpulan Wings kali ini diketuai oleh Mustaffa Din (Mus) dan bukan Awie seperti sebelum ini. Berlainan juga dengan DT asal yang menyaksikan Amy dan Awie beradu vokal dalam dua lagu, dalam DT2 setiap lagu didendangkan oleh satu kugiran sahaja.
Senarai runutSunting
No. | Tajuk | Lirik | Gubahan | Masa |
---|---|---|---|---|
1. | "Di Pintu Sepi" (Amy & Search, dari album Di Pintu Sepi) | Bakri Johari | M. Nasir | 4.09 |
2. | "Masalah Berganda" (Mus & Wings, lagu baru) | Andi Rahman | Sarah Nisa | 5.56 |
3. | "Suratku Untukmu" (Amy & Search nyanyian asal J. Sham) | 4.21 | ||
4. | "Terharu" (Mus & Wings, nyanyian asal Sweet Charity) | A. Husaini Ajmain | Murry | 3.01 |
5. | "Ku Cuba" (Amy & Search, nyanyian asal Clique Fantastic) | 3.11 | ||
6. | "Blues Ular Sawa" (Mus & Wings, lagu baru) | Cepot | Wings | 4.54 |
7. | "Balada Pemuzik Jalanan" (Amy & Search, dari album Cinta Buatan Malaysia) | S. Amin Shahab | Zainol Ali | 4.52 |
8. | "Penunggu" (Mus & Wings, nyanyian asal Sweet Charity) | Rosli | Ramli Sarip | 7.46 |
9. | "Yale Yale" (Amy & Search, nyanyian asal Herman Tino) | 4.15 | ||
10. | "Gelora Membara" (Mus & Wings, lagu baru) | Mus | Mus | 4.03 |
Pautan luarSunting
- MuzikROCK: Double Trouble 2 (1998) Diarkibkan 2010-08-18 di Wayback Machine