Laksamana Muda Eberhard Godt (15 Ogos 1900 – 13 September 1995) adalah seorang pegawai tentera laut Jerman yang berkhidmat di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II, dimana beliau memerintah operasi U-boot Kriegsmarine.

Eberhard Godt
Fail:RearAdmiralGodt.jpg
Godt pada April 1944
Nama lahirEberhard Friedrich Clemens Godt
Kelahiran(1900-08-15)15 Ogos 1900
Lübeck
Meninggal dunia13 September 1995(1995-09-13) (umur 95)
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine (1918)
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine (1920–1935)
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine (1935–1945)
Tahun perkhidmatan1918, 1920–1945
Pangkat Konteradmiral
UnitSMS Schlesien
Marinebrigade Ehrhardt
Kruiser Emden
ArahanU-25
Ketua operasi U-bot
PertempuranPerang Dunia I
Perang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II
AnugerahGerman Cross in Gold (1942)

Biografi sunting

Artikel ini menggabungkan maklumat dari artikel yang setara di German Wikipedia

Godt memasuki Kaiserliche Marine pada musim panas 1918 sebagai pegawai kadet dan berkhidmat di atas kapal ''SMS Schlesien''. Selepas perang beliau bertugas di Marinebrigade Ehrhardt. Pada Mac 1920 beliau diterima masuk ke Reichsmarine, menjadi seorang pegawai (Leutnant zur See) pada April 1924. Beliau berkhidmat di atas banyak kapal perang dan pangkalan laut sehingga tahun 1935; apabila beliau bertugas di atas kapal kruiser ringan Emden sebagai adjutan kepada Kapitän zur See Karl Dönitz. Kemudian Korvettenkapitän (Leftenan Komander) Godt ditukarkan ke pasukan U-bot yang baru ditubuhkan; memerintah U-25 semasa Perang Saudara Sepanyol.

Pada Januari 1938 beliau dilantik ke staf komander angkatan U-bot (Führer der Unterseeboote atau FdU), Komodor Dönitz. Pada Oktober beliau menjadi ketua operasi angkatan itu. Beliau meneruskan tugas ini sehingga Januari 1943 apabila mengambil alih seluruh pemerintahan taktikal operasi U-Bot selepas Dönitz menjadi Panglima Besar Kriegsmarine. Pada Mac Godt dinaikkan pangkat ke Konteradmiral (Laksamana Muda) dan dilantik, disamping tugas-tugasnya di U-bot, ketua bahagian pemerintahan di Markas Besar Tentera Laut. Pada Mei 1945 beliau menjadi POW dan kekal dalam tahanan British sehingga tahun 1947. Pada waktu ini juga beliau memberi keterangan sebagai saksi dalam Perbicaraan Nuremberg.

Selepas perang beliau menulis sejarah operasi-operasi Kriegsmarine dalam Perang Dunia II sebagai anggota Pasukan Sejarah Tentera Laut.[1]

Godt telah meninggal dunia ketika berusia 95 tahun pada 13 September 1995. Pada saat sebelum kematiannya, beliau merupakan Konteradmiral terakhir Kriegsmarine yang masih tinggal, dan pegawai berbendera terakhir Kriegsmarine yang masih hidup.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Eberhard Godt". uboat.net. Dicapai pada 16 August 2009.

Bibliografi sunting

  • Busch, Rainer; Röll, Hans-Joachim (1999). German U-boat commanders of World War II : a biographical dictionary. Diterjemahkan oleh Brooks, Geoffrey. London, Annapolis, Md: Greenhill Books, Naval Institute Press. ISBN 1-55750-186-6.