Ekuestrian di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Ekuestrian di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 7 Ogos 2021 di Baji Koen dan Sea Forest Cross-Country Course. Sebanyak tiga jenis disiplin dipertandingkan dalam perlawanan ini iaitu dressage, eventing dan jumping.

Ekuestrian
di Sukan Olimpik XXXII
TempatBaji Koen
Sea Forest Cross-Country Course
Tarikh24 Julai - 7 Ogos 2021
Bil. acara6
Pesaing200 dari 50 negara

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 25 Julai hingga 8 Ogos 2020, namun ditangguhkan ke 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Kelayakan sunting

200 tempat kuota yang disediakan bagi sukan ini dibahagikan antara tiga disiplin iaitu 75 tempat bagi jumping, 65 tempat bagi eventing dan 60 tempat bagi dressage. Pasukan dalam setiap disiplin terdiri daripada tiga ekor kuda dan penunggangnya; setiap negara yang melayakkan satu pasukan (20 pasukan bagi jumping, 15 pasukan masing-masing bagi eventing dan dressage) juga mendapat tiga tempat dalam acara individu bagi disiplin itu. Negara yang tidak melayakkan pasukan boleh mendapat satu tempat acara individu dalam dressage dan jumping, serta tidak melebihi dua tempat individu dalam eventing, bagi memenuhi 15 penyertaan dalam jumping dan dressage serta 20 penyertaan dalam eventing.

Setiap pasukan mendapat tempat dalam acara berpasukan melalui beberapa pertandingan (Sukan Ekuestrian Dunia dan perlawanan antara benua), manakala setiap individu mendapat tempat dalam acara individu mengikut ranking. Jepun sebagai tuan rumah dapat melayakkan satu pasukan dalam setiap disiplin.[2][3][4]

Penyertaan sunting

Jadual sunting

Mengikut waktu piawai Jepun (UTC+9).[5][6]

Tarikh Mula Tamat Acara Fasa
24 Julai 2021 17:00 22:00 Dressage individu Grand Prix Hari 1
Dressage berpasukan
25 Julai 2021 17:00 22:00 Dressage individu Grand Prix Hari 2
Dressage berpasukan
27 Julai 2021 17:30 22:40 Dressage berpasukan Grand Prix Istimewa
28 Julai 2021 17:30 21:25 Dressage individu Grand Prix Gaya Bebas
30 Julai 2021 8:00 11:10 Eventing individu Hari 1 - Sesi 1
Eventing berpasukan
17:30 20:55 Eventing individu Hari 1 - Sesi 2
Eventing berpasukan
31 Julai 2021 8:00 11:10 Eventing individu Hari 1 - Sesi 3
Eventing berpasukan
1 Ogos 2021 8:30 11:55 Eventing individu Merentas Desa
Eventing berpasukan
2 Ogos 2021 17:00 22:25 Eventing individu Final Jumping
Eventing berpasukan
3 Ogos 2021 19:00 22:45 Jumping individu Kelayakan
4 Ogos 2021 19:00 21:40 Jumping individu Final
6 Ogos 2021 19:00 22:05 Jumping berpasukan Kelayakan
7 Ogos 2021 19:00 21:20 Jumping berpasukan Final

Pungutan pingat sunting

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Jerman3104
2  Great Britain2125
3  Sweden1102
4  Amerika Syarikat0202
5  Australia0112
6  Belanda0011
  Belgium0011
  Perancis0011
Jumlah (8 NOC)66618
Sukan Emas Perak Gangsa
Dressage individu   Jessica von Bredow-Werndl (GER)   Isabell Werth (GER)   Charlotte Dujardin (GBR)
Dressage berpasukan   Jerman
Jessica von Bredow-Werndl
Dorothee Schneider
Isabell Werth
  Amerika Syarikat
Sabine Schut-Kery
Adrienne Lyle
Steffen Peters
  Great Britain
Charlotte Fry
Carl Hester
Charlotte Dujardin
Eventing individu   Julia Krajewski (GER)   Tom McEwen (GBR)   Andrew Hoy (AUS)
Eventing berpasukan   Great Britain
Laura Collett
Tom McEwen
Oliver Townend
  Australia
Kevin McNab
Andrew Hoy
Shane Rose
  Perancis
Nicolas Touzaint
Karim Laghouag
Christopher Six
Jumping individu   Ben Maher (GBR)   Peder Fredricson (SWE)   Maikel van der Vleuten (NED)
Jumping berpasukan   Sweden
Henrik von Eckermann
Malin Baryard-Johnsson
Peder Fredricson
  Amerika Syarikat
Laura Kraut
Jessica Springsteen
McLain Ward
  Belgium
Pieter Devos
Jérôme Guery
Grégory Wathelet

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Qualification System – Games of the XXXII Olympiad – Dressage" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). FEI. 28 Oktober 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  3. ^ "Qualification System – Games of the XXXII Olympiad – Eventing" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). FEI. 14 Oktober 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
  4. ^ "Qualification System – Games of the XXXII Olympiad – Jumping" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). FEI. 14 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 Julai 2021. Dicapai pada 23 November 2019.
  5. ^ "Schedule - Equestrian Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2020.
  6. ^ "Equestrian Competition Schedule". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2020.