Mexico di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Mexico telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Ia merupakan penyertaan ke-24 Mexico dalam Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1900.

Mexico di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCMEX
NOCMajlis Olimpik Mexico
Laman sesawangwww.com.org.mx (dalam bahasa Sepanyol)
di Tokyo, Jepun
Peserta162 dalam 27 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Gabriela López
Rommel Pacheco
Pembawa bendera (penutupan)Mayan Oliver
Pingat
Kedudukan ke-84
Emas
0
Perak
0
Gangsa
4
Jumlah
4
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Pemenang pingat

sunting
Pingat Nama Sukan Acara Tarikh
  Gangsa Luis Álvarez
Alejandra Valencia
Memanah Kumpulan campuran 24 Julai
  Gangsa Gabriela Agúndez
Alejandra Orozco
Terjun 10 m platform segerak wanita 27 Julai
  Gangsa Aremi Fuentes Angkat berat 76 kg wanita 1 Ogos
  Gangsa Pasukan bola sepak Mexico Bola sepak Kejohanan lelaki 6 Ogos

Peserta

sunting

Seramai 97 orang atlet lelaki dan 65 orang atlet wanita mewakili Mexico dalam 27 sukan;[2]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Angkat berat 2 2 4
Badminton 1 1 2
Besbol 24 0 24
Bola sepak 22 0 22
Bola tampar 2 0 2
Ekuestrian 4* 1 5
Gimnastik 1 3 4
Golf 2 2 4
Gusti 1 1 2
Judo 0 1 1
Lawan pedang 1 0 1
Lumba basikal 2 4 6
Lumba dayung 0 1 1
Lumba kanu 0 1 1
Lumba layar 2 2 4
Memanah 1 3 4
Menembak 3 2 5
Olahraga 12 8 20
Pentatlon moden 2 2 4
Renang 3 1 4
Renang berirama 0 2 2
Sofbol 0 15 15
Taekwondo 1 1 2
Tenis 0 2 2
Terjun 8 6 14
Tinju 1 2 3
Triatlon 2 2 4
Jumlah 97 65 162

*Seorang atlet dihantar sebagai simpanan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Team Mexico - entries". olympics.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-25. Dicapai pada 2021-09-15.