Empangan Semberong merupakan empangan bagi membekalkan air bersih di negeri Johor, Malaysia. Empangan ini terletak di hulu Sungai Semberong. Loji Air Semberong di dibina bagi memproses air bersih.

Pada 20 Januari 2007, Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail mendapati empangan itu penuh dengan sampah dan menghalang aliran air dan bila tersumbat inilah yang akan menyebabkan banjir. Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dalam misi Kembara TMJ telah singgah di Empangan Sembrong sebagai satu usaha mempromosikan sektor perlancongan. Masalah bekalan air dikesan sejak 20 Mei 2005 lagi. Loji Air Semberong iaitu disekitar Kampung Sri Semangat 20 km daripada Kangkar Baru, Yong Peng berlaku pencerobohan tanah sehingga bukit-bukit gondol dapat dilihat dengan jelas. Kawasan hutan diceroboh dan ditanam dengan kelapa sawit dan sayur-sayuran seperti lada.