Erie Suzan (lahir di Lamongan, Jawa Timur, 30 Disember 1978; umur 42 tahun) merupakan seorang penyanyi Indonesia yang dikenali lewat singlenya Mabuk Duit pada tahun 1993.

Erie Suzan
Latar belakang
Lahir (1978-12-30) 30 Disember 1978 (umur 42)
Indonesia Lamongan, Jawa Timur, Indonesia
Etnik Jawa
Jenis Muzik Dangdut, Pop, R&B
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 1992 – kini
Syarikat rakaman EMI
Agama Kristian

BiografiSunting

Erie Suzan lahir di Lamongan pada tarikh 30 Disember 1978. Diawali kerana sering diminta menggantikan kakaknya untuk latihan nyanyi, kemudian menjuarai beberapa festival menyanyi rock, pop, dan dangdut di Jawa Timur. Ia kemudian hijrah ke Jakarta kerana mendapat hadiah rakaman sebagai juara 1 salah satu Festival Rock se-Jawa Timur, tetapi akhirnya ditunda kerana usianya yang masih sangat kecil. Masa penantian ini membawanya menjadi penyanyi pengiring pada show muzik beberapa artis, seperti Slank, Anggun C. Sasmi, dan Yossy Lucky.

Terlalu lama tak ada kepastian untuk rakaman, Erie memutuskan untuk kembali ke Lamongan, kerana biaya hidup di Jakarta yang tinggi. Namun, dua hari menjelang kepulangannya ke Jawa Timur, Erie mengikuti Festival Dangdut se-Jabotabek dan berjaya menjadi juara 1 dan mendapat piala dari Rhoma Irama. Seorang penerbit langsung tertarik untuk merakam sebuah album dangdut pertama Erie Suzan yang bertajuk "Mabuk Duit" pada tahun 1993 dan saat itu Erie Suzan masih SMP kelas 2.

Selepas itu beberapa hits dangdut seperti "Jangan Buang Waktuku", "Muara Kasih Bunda", telah dihasilkannya. Tidak berhenti sampai di situ, beberapa single hits duet diantaranya bersama Yus Yunus, alm. Abiem Ngesti, alm. Farid Harja, Adibal, dan Beniqno kembali dihasilkan. Dua album trio lainnya ialah bersama Ikke Nurjanah, Mila Roza, Iis Dahlia, dan Dewi Purwati. Karyanya terakhir ialah Album D'Duta (8 Diva Dangdut Indonesia), yang didalamnya terdapat hits single "Tak Bisa Menunggu" dan "Sabda Cinta" duet bersama Iyeth Bustami.

DiskografiSunting

  • Mabuk Duit
  • Khusus Malam Ini
  • Jangan Buang Waktuku
  • Tak Dapat Menunggu
  • Aku Rindu
  • Menjelma Petir
  • Sunyi
  • Kapan Pulang album Yus Yunus kertas putih

FTVSunting

  • Aku Ingin Dicintai Suamiku (2016) sebagai Nina

Pautan luarSunting