Fairouz Ai (Jepun: ファイルーズ あい; Arab: فيروز أي; lahir 6 Julai 1993) ialah seorang seiyuu wanita Jepun yang kini bekerja bagi syarikat Raccoon Dog.[2] Watak utama pertamanya ialah mengalihkan suara Hibiki Sakura siri anime bertajuk Dumbbel Nan-Kilo Moteru?.[3] Lakonan suara Fairouz yang popular di antaranya: Manatsu Natsuumi/Cure Summer dalam siri bertajuk Tropical-Rouge! Precure, Emily Orange pada siri bertajuk Kandagawa Jet Girls, Eripiyo dalam siri Oshi ga Budōkan Ittekuretara Shinu, Jolyne Cujoh pada siri JoJo's Bizarre Adventure: Stone Ocean, Delta dalam siri Kage no Jitsuryokusha ni Naritakute!, dan Power pada siri Chainsaw Man.

Fairouz Ai
ファイルーズ あい
Ai pada tahun 2021
Kelahiran
Fairouz Ai Kadota (Jepun: 門田ファイルーズあい, Hepburn: Kadota Fairūzu Ai)[1]

(1993-07-06) 6 Julai 1993 (umur 30)
Tokyo, Japan
PekerjaanPelakon suara
Tahun aktif2018–sehingga kini
EjenRaccoon Dog
Karya
Ketinggian161 cm (5 ka 3 in)

Biografi sunting

Fairouz Ai Kadota (Jepun: 門田ファイルーズあい; Arab: فيروز أي كضت) lahir pada tarikh 6 Julai 1993 di Tokyo. Ayahnya ialah orang Arab dari Mesir dan ibunya orang Jepun.[2][4] Nama Fairouz ialah sempena kepada penyanyi terkenal asal Lubnan. Dia menghabiskan masa kecilnya di Cairo sebelum bermastautin ke Jepun.[4] Semasa di darjah sekolah menengah, dia sering membaca siri manga JoJo's Bizarre Adventure. Perlahan kemampuan berbahasa Jepun miliknya semakin baik dan ia menyertai sebuah komuniti penggemar anime dan manga di Skype.[4]

Kemahuan Fairouz semakin kuat untuk bekerja sebagai seiyuu selepas terinspirasi oleh teman sedarjahnya yang berjaya pas dari akademi, tetapi ayahnya tidak bersetuju dengan cita-cita puterinya itu. Fairouz dimasukan ke dalam sekolah vokasi dengan memilih kepujian reka grafik, selepas menamatkan sekolahnya masuk ke universiti dengan memilih kepujian kesihatan dan pemuliharaan gigi.[4] Selama bersekolah dan di pendidikan tinggi, Fairouz mengumpulkan wang dari bekerja separuh masa agar dapat mencari kerjayanya sendiri dan membayar yuran akademi pelakon suara.[4]

Fairouz berjaya pas dari akademi dan menjadi pekerja syarikat pelakon suara bernama Pro-Fit pada tahun 2018.[2] Pada tahun 2019, dia mendapat lakonan watak utama pertama sebagai Hibiki Sakura, protagonis siri anime bertajuk Dumbbel Nan-Kilo Moteru?.[3][4] Dia dan Kaito Ishikawa mendendangkan runut bunyi pembuka anime itu yang bertajuk "Kupohonkan kepadamu otot-ototku" (Jepun: お願いマッスル),[5] Fairouz juga berlakon dalam beberapa video promosi yang menampilkan dirinya sedang angkat berat dengan pelbagai alat sukan untuk pengiklanan.[6] Dia mengalihkan suara Emily Orange dalam francais multimedia Kandagawa Jet Girls dan pada tahun 2020 sebagai Eripiyo pada siri anime bertajuk Oshi ga Budōkan Ittekuretara Shinu;[7][8] Fairouz bersama dengan "Momoiro Kataomoi", menyanyikan lagi milik Aya Matsuura untuk muzik dalam ending cerita yang berkisah tentang Eripiyo.[9]

Pada tahun 2020, Fairouz ialah salah satu pelakon Jepun yang memenangi Best New Actress Award pada Anugerah Seiyuu ke-14.[10] Pada tahun 2021, ia mengalihkan suara Manatsu Natsuumi/Cure Summer dalam anime Tropical-Rouge! PreCure.[11]

Pada tarikh 4 April 2021, Fairouz mendapat lakonan suara yang ia cita-citakan sejak pertama kali menduduki kerusi di ruangan darjah sekolah menengah pertama, mengalihkan suara Jolyne Cujoh puteri kepada Jotaro Kujo dalam keluaran keenam JoJo's Bizarre Adventure, Stone Ocean.[12]

Pada tarikh 31 March 2022, Pro-Fit jatuh ke dalam kemuflisan. Nobuhiko Okamoto sebagai salah satu pekerja yang telah lama menyertai syarikat itu bertanggung jawab atas nasib bekas pekerja Pro-Fit. Dia pun menubuhkan syarikat baharu bernama Racoon Dog dan menjadi pemilik saham majoriti. Fairouz kini bekerja di bawah kepimpinannya[13]

Kehidupan peribadi sunting

Abang Fairouz yaitu Gihādo Kadota (Jepun: 門田ギハード; Arab: غإهض كضت) ialah pendaki ais profesional Jepun yang telah beberapa kali menyertai kejohanan antarabangsa.[14][15]

Fairouz fasih dalam bahasa Arab dan beberapa dialek ammiyahnya (dialek Mesir dan Lubnan).[4][16]

Rujukan sunting

  1. ^ Yomekura vol.7 Special Edition (dalam bahasa Jepun). Japan: Akita Shoten. September 2017.
  2. ^ a b c "ファイルーズ あい" (dalam bahasa Jepun). Raccoon Dog. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2022. Dicapai pada 20 July 2022.
  3. ^ a b Hodgkins, Crystalyn (15 February 2019). "'How much heavy dumbbells can you lift?' TV Anime Premieres in July". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2020. Dicapai pada 22 July 2019.
  4. ^ a b c d e f g "「ダンベル何キロ持てる?」ファイルーズあいインタビュー「筋トレで鍛えた腹筋で、もっといい声でもっといい芝居ができるよう、頑張りマスキュラー!」". Newtype (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2019. Dicapai pada 2 July 2019.
  5. ^ Hodgkins, Crystalyn (14 June 2019). "Funimation to Stream Fire Force, Hensuki, 'How heavy are the dumbbells you lift?,' The Ones Within Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2020. Dicapai pada 5 August 2019.
  6. ^ "SPECIAL | TVアニメ「ダンベル何キロ持てる?」公式サイト" (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2019. Dicapai pada 5 August 2019.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kandagawa tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan budokan tidak disediakan
  9. ^ Sherman, Jennifer (November 29, 2019). "'If My Favorite Pop Idol Made it to the Budokan, I Would Die' Anime Reveals Video, Visual, Songs (Updated)". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2020. Dicapai pada November 5, 2020.
  10. ^ "Aoi Koga, Natsuki Hanae Win 14th Annual Seiyū Awards". Anime News Network. March 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2023. Dicapai pada May 3, 2022.
  11. ^ "Tropical-Rouge! Precure Anime Reveals Cast, Theme Song Artists". Anime News Network. January 28, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2021. Dicapai pada August 27, 2021.
  12. ^ Hodgkins, Crystalyn (4 April 2021). "JoJo's Bizarre Adventure Part 6: Stone Ocean Manga Gets Anime Starring Ai Fairouz". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2021. Dicapai pada 4 April 2021.
  13. ^ Pineda, Rafael Antonio (December 15, 2021). "34 Pro Fit Voice Actors Move to Nobuhiko Okamoto's Raccoon Dog Agency". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2021. Dicapai pada July 20, 2022.
  14. ^ Kadota, Gihādo [@GihadoKadota] (3 July 2019). "友達から連絡があって、めっちゃ驚いた‼️💦 自分の妹がアニメの声優さんになってた💦笑 今日から放送の『ダンベル何キロ持てる?』の主人公の声だそうだ笑 どうやら私たち兄妹は筋トレと縁があるらしい😅笑【青天の霹靂】ってこういうこというのかな?笑" (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-04-09 – melalui Twitter.
  15. ^ 森山憲一 (October 20, 2019). "アイスW杯で「サラリーマン世界一」。異色クライマー・門田ギハードとは?". Number Web (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2022. Dicapai pada August 12, 2022.
  16. ^ "『ダンベル』主演声優「ファイルーズあい」とは何者だ? 心にジョジョ「空条徐倫」を住まわせる彼女の素顔に迫ったロングインタビュー". Niconico News Original (dalam bahasa Jepun). September 11, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2021. Dicapai pada August 12, 2022.

Pautan luar sunting