Farhod Tadjiyev ([Фарход Тожиев or Farhod Tojiyev] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) (lahir 9 April 1986) merupakan pemain bola sepak profesional Uzbekistan yang bermain sebagai penyerang untuk T-Team dalam Liga Perdana Malaysia. Namanya bermaksud kebahagiaan dalam Bahasa Parsi. Dia merupakan adik kepada Kamoliddin Tajiev dan Zaynitdin Tadjiyev.

Farhod Tadjiyev
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1986-04-09) 9 April 1986 (umur 38)
Tempat lahir Tashkent, Soviet Union
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
T-Team
Nombor 10
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006 Taraz 18 (2)
2007–2009 Pakhtakor Tashkent 37 (19)
2010 Tianjin Teda 4 (0)
2010–2012 Pakhtakor Tashkent 21 (3)
2012 Shurtan Guzar 13 (4)
2013–2014 Lokomotiv Tashkent 35 (30)
2015 T-Team 6 (5)
Pasukan kebangsaan
2008– Uzbekistan 18 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 November 2013

Karier sunting

Dia menyertai Tianjin Teda pada bulan Februari 2010 selepas Tianjin Teda melepaskan abangnya Zaynitdin Tadjiyev.[1] Pada tahun 2011-12, dia bermain untuk Pakhtakor Tashkent. Pada musim panas tahun 2012, dia berpindah ke Shurtan Guzar.

Pada 27 Januari 2013, dia menandatangani kontrak bersama Lokomotiv Tashkent. Pada tahun 2013, dia menjaringkan 17 gol dalam 13 perlawanan pertama liga menjadikan penjaring terbanyak dalam liga sewaktu itu. Selepas mengalami kecederaan, dia tidak boleh bermain sebarang perlawanan pada musim itu. Tadjiyev menjaringkan 13 gol pada tahun 2014 untuk Lokomotiv dan menjadi penjaring terbanyak liga. Dia merupakan penjaring gol terbaik Lokomotiv dalam musim 2013-14.

Dia menandatangani kontrak bersama pasukan Malaysia, T-Team pada 24 November 2014.[2] Pada 28 Februari 2015, dalam pusingan 32 Piala FA Malaysia, dia menjaringkan dua gol ke atas ATM untuk membantu pasukannya menang 3-0.[3]

Antarabangsa sunting

Tadjiyev membuat lima penampilan untuk Uzbekistan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.[4]

Dia dipanggil ke skuad Uzbekistan ketika kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Lubnan pada 26 Mac 2013.

Statistik karier sunting

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 22 Mac 2008 Tashkent, Uzbekistan   Jordan 4-1 Menang Persahabatan
2 28 Januari 2009 Sharjah, Emiriah Arab Bersatu   Emiriah Arab Bersatu 1-0 Menang Kelayakan Piala Asia AFC 2011
3-5 28 Mac 2009 Tashkent, Uzbekistan   Qatar 4-0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Pakhtakor
Tianjin Teda
Lokomotiv

Individu sunting

  • Penjaring gol terbaik Lokomotiv: 2013, 2014

Rujukan sunting

  1. ^ 泰达证实签约两外籍锋将 海归于大宝自由身加盟
  2. ^ "Фарход Таджиев и Садриддин Абдуллаев стали игроками малазийского клуба" (dalam bahasa Russian). UzDaily. 2014-12-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "T-Team vs. ATM 3-0". soccerway. 2015-02-28.
  4. ^ Farhod Tadjiyev – Rekod persaingan FIFA

Pautan luar sunting