Dato' Dr. Fatma El-Zahraa binti Mohd. Ramadan merupakan penceramah bebas yang terkenal di Malaysia.

Artikel beliau turut disiarkan dalam buku 'Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah'.Buku produksi majalah Mastika dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dilancarkan pada 22 September 2011 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.[1]

Beliau merupakan graduan yang berkelulusan dalam bidang pergigian dari Universiti Cairo. Dia kemudian menyambung pengajiannya pada peringkat Sarjana dalam bidang oral surgery di London. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang Pengajian Islam Tinggi dari Universiti al-Azhar.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Iktibar terbaik dari Mekah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2011-10-15.
  2. ^ Dr. Fatma...