Fazidah Joned atau nama sebenarnya Fadila binti Mohd Jonid anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1960-an dan 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Fazidah Joned
Fazidah Joned
Latar belakang
Nama lahirFadila binti Mohd Jonid
Kelahiran1944 (1944)
Kampung Baru, Kuala Lumpur
Meninggal dunia1 Jun 2001(2001-06-01) (umur 56–57)
Hospital Selayang, Selangor
Genrelangam Dan melayu asli
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1962-1965 1980an album bersama life records, dan 1990an-2000 reunion di rtm program aidilfitri

Kerjaya sunting

Beliau mula menyanyi semenjak berusia 14 tahun lagi dengan Orkestra Sukmamurni pimpinan bapa saudaranya, Shahruddin Amin. Bersama orkestra itu, Fazidah sering diundang ke majlis-majlis perkahwinan dan pertunjukan pentas.

Pembabitannya secara serius dalam bidang nyanyian mula terserlah setelah memenangi pertandingan Bintang Radio pada tahun 1962.

Bintangnya semakin bersinar sebagai penyanyi setelah mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI selama tiga tahun. Dalam masa tiga tahun itu, Fazidah telah melahirkan sembilan EP dan sebuah LP berjudul Tiga Bidara.

Popularitinya ketika itu setanding dengan artis-artis popular seperti SM Salim, Kamariah Noor, Saloma, P. Ramlee dan Julie Sudiro. Bagaimanapun, di tengah-tengah popularitinya, dia menimbulkan kejutan kepada para peminatnya apabila memilih untuk melangsungkan perkahwinan dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Wan Abdul Aziz Mohd. Ali[1]

Kehidupan Peribadi sunting

Fazidah berkongsi hidup dengan teman sepermainannya semenjak kecil, Wan Abdul Aziz Mohd. Ali dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Norafiza dan Wan Azri.

Meninggal dunia sunting

Fazidah menghembus nafas terakhirnya pada 1 Jun 2001 kerana penyakit septicaemia iaitu ketumbuhan usus di Hospital Selayang, Selangor.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Fazidah joned sings (1963),twist with fazidah joned, tiga bidara (1963),(1963),senandongku 1964, fazidah joned with jhon lee okestra 1964.album bersama okestra rtm 1966, 1988, bersama bintang keroncong life records.

EP sunting

Lagu-lagu sunting

  • "Laksana Nilam" 1964
  • ""Kaseh Sa-panjang Masa" 1963
  • "Tua Keladi" 1965
  • "Aku Tetap Riang" 1964
  • "Siapa Dia" 1963
  • "Selamat hari Raya" 1965
  • "Irama Cinta" 1964
  • "Apa khabar" 1966
  • "Lenggok Ria"1964
  • "Siapa Dia"1963

Rujukan sunting

  1. ^ Perginya suara emas lagu Selamat Hari Raya Utusan Malaysia Online
  2. ^ "Fazidah Joned meninggal dunia", Berita Harian, 2 Jun 2001.

Pautan luar sunting