Filemografi Aishwarya Rai

Rai di acara untuk Raavanan pada 2010

Pelakon wanita India Aishwarya Rai, dikreditkan sebagai Aishwarya Rai Bachchan selepas perkahwinannya, telah muncul di lebih dari 40 filem dalam lima bahasa, terutama Hindi dan Tamil. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1997 menerusi dua watak dalam filem drama politik Tamil Iruvar, arahan Mani Ratnam, dan penampilan sulungnya di Bollywood pada tahun yang sama dalam filem komedi romantis Aur Pyaar Ho Gaya.[1][2] Rai kemudiannya muncul sebagai pelakon utama dalam filem Jeans (1998), sebuah filem Tamil terkenal yang mewakili India di Anugerah Akademi.[3][4] Beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam drama romantis Hum Dil De Chuke Sanam (1999), arahan Sanjay Leela Bhansali, dan tampil sebagai penyanyi dalam drama muzikal Taal (1999).[5][6][7][8]

Rai telah membintangi 6 filem yang dikeluarkan pada tahun 2000, termasuk Kandukondain Kandukondain, sebuah filem Tamil yang diadaptasi dari novel Sense and Sensibility, karya Jane Austen, dan drama romantis Aditya Chopra Mohabbatein.[9][10] Pada tahun 2002, Rai berlakon bersama Shahrukh Khan dalam drama romantis Bhansali Devdas sebuah adaptasi dari novel dengan nama yang sama.[11] Penampilannya dalam filem ini, melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik keduanya di Filmfare.[12] Pada tahun 2003, Rai memegang watak janda yang didera secara seksual dalam filem Bengali Chokher Bali, yang menjadi kejayaan pecah panggung.[13][14] Namun, dua filem Hindi yang dibintanginya pada tahun yang sama gagal — Dil Ka Rishta dan Kuchh Naa Kaho — menyebabkan kemerosotan dalam kerjayanya di Bollywood.[15][16] Pada tahun berikutnya, Rai memegang watak Elizabeth Bennet dalam filem berjudul Bride and Prejudice, sebuah filem United Kingdom arahan Gurinder Chadha. Juga pada tahun 2004, beliau kembali bekerja dengan Ghosh untuk memegang watak seorang wanita yang tertekan dalam drama Raincoat.[17]

Pada tahun 2006, Rai berlakon dalam filem Dhoom 2, kejayaan komersial terbesarnya selepas Devdas.[18] Beliau mengikutinya dengan memegang watak utama dalam filem drama arahan Ratnam, Guru (2007) yang menjadi kejayaan pecah panggung.[19] Juga pada 2007, Rai muncul dalam filem Hollywood pertamanya — The Last Legion.[20][21][22] Kejayaan terbesarnya hadir dalam filem drama sejarah Jodhaa Akbar (2008).[23][24] Rai membintangi lima filem yang dikeluarkan pada tahun 2010, termasuk filem cereka sains Tamil Enthiran yang dibintangi oleh Rajinikanth.[25] Beliau juga memegang watak sebagai jururawat dalam filem drama, Guzaarish.[26][27] Selepas berehat panjang, Rai kembali ke dunia perfileman dengan membintangi filem Jazbaa (2015), sebuah pembikinan semula dari filem Korea Selatan Seven Days.[28] Pada tahun 2016, beliau memegang watak sebagai penyair dalam filem romantis Ae Dil Hai Mushkil.[29]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Filem Tahun Bahasa Peranan Pengarah Catatan Ruj.
Iruvar 1997 Tamil Pushpavalli/Kalpana[I] Mani Ratnam Dialih suara ke bahasa Telugu dengan judul Iddaru [30]
Aur Pyaar Ho Gaya 1997 Hindi Ashi Kapoor Rahul Rawail [31]
Jeans 1998 Tamil Madhumitha/Vaishnavi[II] Shankar Dicalonkan—Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [32]
Aa Ab Laut Chalen 1999 Hindi Pooja Walia Rishi Kapoor [33]
Hum Dil De Chuke Sanam 1999 Hindi Nandini Sanjay Leela Bhansali Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik

[34]

Ravoyi Chandamama 1999 Telugu Unnamed Jayanth C. Paranjee Penampilan istimewa dalam lagu "Love to Live" [35]
Taal 1999 Hindi Mansi Subhash Ghai Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [36][37]
Mela 2000 Hindi Champakali Dharmesh Darshan Penampilan istimewa [38]
Kandukondain Kandukondain 2000 Tamil Meenakshi Rajiv Menon Dialih suara ke bahasa Telugu dengan tajuk Priyuralu Pilichindi [39]
Josh 2000 Hindi Shirley Dias Mansoor Khan [40]
Hamara Dil Aapke Paas Hai 2000 Hindi Preeti Vyas Satish Kaushik Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [41][42]
Dhai Akshar Prem Ke 2000 Hindi Sahiba Grewal Raj Kanwar [43]
Mohabbatein 2000 Hindi Megha Shankar Aditya Chopra Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik [42][44]
Albela 2001 Hindi Sonia Heinz Deepak Sareen [45]
Hum Tumhare Hain Sanam 2002 Hindi Suman K. S. Adhiyaman Tamu [46]
Hum Kisise Kum Nahin 2002 Hindi Komal Rastogi David Dhawan [47]
23 March 1931: Shaheed 2002 Hindi Unnamed Guddu Dhanoa Penampilan istimewa [48]
Devdas 2002 Hindi Parvati "Paro" Chakraborty Sanjay Leela Bhansali Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik

[49]

Shakti: The Power 2002 Hindi Herself Pasupuleti Krishna Vamsi Penampilan istimewa dalam lagu "Ishq Kamina" [50]
Chokher Bali 2003 Bengali Binodini Rituparno Ghosh [51]
Dil Ka Rishta 2003 Hindi Tia Sharma Naresh Malhotra [52]
Kuch Naa Kaho 2003 Hindi Namrata Shrivastav Rohan Sippy [53]
Khakee 2004 Hindi Mahalakshmi Rajkumar Santoshi [54]
Kyun...! Ho Gaya Na 2004 Hindi Diya Malhotra Samir Karnik [55]
Bride & Prejudice 2004 Inggris Lalita Bakshi Gurinder Chadha Dialih suara ke bahasa Hindi dengan tajuk Balle Balle! From Amritsar to LA [56]
Raincoat 2004 Hindi Neerja Rituparno Ghosh Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [57][58]
Shabd 2005 Hindi Antara Vashist/Tammana[II] Leena Yadav [59]
The Mistress of Spices 2005 Inggeris Tilo Paul Mayeda Berges [60]
Bunty Aur Babli 2005 Hindi Unnamed Shaad Ali Penampilan istimewa dalam lagu "Kajra Re" [61]
Umrao Jaan 2006 Hindi Umrao Jaan J.P. Dutta [62]
Dhoom 2 2006 Hindi Sunehri Sanjay Gadhvi Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [63][64]
Guru 2007 Hindi Sujata Desai Mani Ratnam Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [64][65]
Provoked 2007 Inggeris Kiranjit Ahluwalia Jag Mundhra Dialih suara ke bahasa Hindi dengan tajuk sama [66]
The Last Legion 2007 Inggeris Mira Doug Lefler
Jodhaa Akbar 2008 Hindi Jodhaa Bai Ashutosh Gowariker Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [67][68]
Sarkar Raj 2008 Hindi Anita Rajan Ram Gopal Varma [69]
The Pink Panther 2 2009 Inggeris Sonia Solandres Harald Zwart [70]
Raavan 2010 Hindi Ragini Sharma Mani Ratnam [71]
Raavanan 2010 Tamil Ragini Subramaniam Mani Ratnam Dialih suara ke bahasa Telugu dengan tajuk Villain [72]
Enthiran 2010 Tamil Sana Shankar Dialih suara ke bahasa Hindi dengan tajuk Robot

Dialih suara ke bahasa Telugu dengan tajuk Robo

[73]
Action Replayy 2010 Hindi Mala Vipul Amrutlal Shah [74]
Guzaarish 2010 Hindi Sofia D'Souza Sanjay Leela Bhansali Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [75][76]
Jazbaa 2015 Hindi Anuradha Verma Sanjay Gupta
Sarbjit 2016 Hindi Dalbir Kaur Omung Kumar Dicalonkan — Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik [77][78]
Ae Dil Hai Mushkil 2016 Hindi Saba Taliyar Khan Karan Johar [79]
Fanney Khan 2018 Hindi Baby Singh Atul Manjrekar [80]

DokumentariSunting

Tajuk Tahun Bahasa Peranan Pengarah Catatan Ruj.
Bollywood im Alpenrausch 2000 Inggris

Jerman

Dirinya sendiri Christian Frei Filem Switzerland

Penampilan kameo

[81]
Bollywood: The Greatest Love Story Ever Told 2011 Inggeris

Hindi

Dirinya sendiri Rakeysh Omprakash MehraJeff Zimbalist [82]

Catatan penjelasanSunting

↑[I] Rai memegang dua watak dalam filem ini.[83]

↑[II] Rai melakonkan watak tunggal yang memiliki dua nama berbeza.[84][85]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Warrier, Shobha (3 September 2003). "25 years, 25 landmarks". Rediff.com. Diarkib daripada yang asal pada 21 January 2016. Dicapai pada 2 April 2009.
  2. ^ Roy, Gitanjoli (1 November 2012). "Who is Aishwarya Rai Bachchan?". NDTV. Diarkib daripada yang asal pada 16 November 2012. Dicapai pada 17 November 2012.
  3. ^ Rajitha (20 April 1998). "Wonder of wonders". Rediff.com. Diarkib daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 17 July 2016.
  4. ^ Chopra, Anupama (26 March 2001). "Waiting for the Oscar". India Today. Diarkib daripada yang asal pada 18 August 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  5. ^ "Family values". The Hindu. 8 March 2002. Diarkib daripada yang asal pada 19 October 2011. Dicapai pada 1 June 2011.
  6. ^ "Best Actor in a Leading Role (Female) award winners down the years". Filmfare. 31 December 2015. Diarkib daripada yang asal pada 15 March 2016. Dicapai pada 15 April 2016.
  7. ^ Sharma, Anu (6 March 2011). Genius of India. Pinnacle Technology. m/s. 26. ISBN 978-1-61820-544-5.
  8. ^ "Box Office India report of 1999". Box Office India. Diarkib daripada yang asal pada 21 December 2007. Dicapai pada 20 November 2008.
  9. ^ Baskaran, S. Theodore (28 May 2000). "From the known to the unknown". The Hindu. Diarkib daripada yang asal pada 19 October 2011. Dicapai pada 22 April 2011.
  10. ^ "Box Office 2000". Box Office India. Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2012. Dicapai pada 8 January 2008.
  11. ^ Chowdhury, Souvik (23 September 2002). "Celebrating Devdas". The Hindu. Diarkib daripada yang asal pada 29 November 2010. Dicapai pada 1 June 2011.
  12. ^ "Box Office India report of 2002". Diarkib daripada yang asal pada 27 December 2007. Dicapai pada 20 November 2008.
  13. ^ Pillai, Shreedhar (13 November 2003). "Alluring Ash". The Hindu. Diarkib daripada yang asal pada 28 November 2003. Dicapai pada 13 November 2003.
  14. ^ Saha, Sambit (10 January 2004). "Bengali films zoom in on profits". Rediff.com. Diarkib daripada yang asal pada 14 January 2004. Dicapai pada 10 January 2004.
  15. ^ "Box Office 2003". Box Office India. Diarkib daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 8 January 2008.
  16. ^ Sharma, Neha (16 September 2012). "Over the Years: Aishwarya Rai Bachchan". Hindustan Times. Diarkib daripada yang asal pada 14 May 2016. Dicapai pada 27 July 2014.
  17. ^ Verma, Sukanya (24 December 2004). "Rain coat is simply beautiful". Rediff.com. Diarkib daripada yang asal pada 6 April 2009. Dicapai pada 9 March 2009.
  18. ^ "Boxofficeindia.com". web.archive.org. 2013-10-14. Dicapai pada 2019-11-20.
  19. ^ "Box Office 2007". Box Office India. Diarkib daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 8 January 2018.
  20. ^ "Enter Hollywood". The Tribune. 10 July 2005. Diarkib daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 27 July 2014.
  21. ^ "The Last Legion (2007)". Rotten Tomatoes. Diarkib daripada yang asal pada 28 July 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  22. ^ "'Superbad' delivers super debut with ,1.2 million debut". International Herald Tribune. 19 September 2007. Diarkib daripada yang asal pada 31 January 2009. Dicapai pada 5 January 2009.
  23. ^ Burgoyne, Robert (24 November 2010). The Epic Film in World Culture. Routledge. m/s. 104. ISBN 978-1-135-85535-2.
  24. ^ "Box Office 2008". Box Office India. Diarkib daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 6 October 2011.
  25. ^ Chopra, Anuj (26 December 2010). "Star turn for Indian entertainment". The National. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 30 July 2014.
  26. ^ D. Gupta, Pratim (20 November 2010). "Hrithik in wonderland". The Telegraph. Diarkib daripada yang asal pada 25 October 2012. Dicapai pada 26 November 2012.
  27. ^ "They should've shown my abs in 'Guzaarish': Hrithik". CNN-IBN. 17 January 2012. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  28. ^ Kumar, Anuj (9 October 2015). "Jazbaa: Shockingly sloppy". The Hindu. Dicapai pada 8 February 2016.
  29. ^ "Karan Johar finally scores a century with 'Ae Dil Hai Mushkil' crossing Rs 100 crore mark!". Daily News and Analysis. 17 February 2017. Diarkib daripada yang asal pada 11 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
  30. ^ Hunter, Nick (7 November 2013). Popular Culture. Raintree. m/s. 15. ISBN 978-1-4062-4032-0.
  31. ^ "Aur Pyaar Ho Gaya (1997)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  32. ^ Srinivasan, V (21 March 1998). "Of Jeans and bottom lines". Rediff.com. Diarkib daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 3 May 2011.
  33. ^ "Aa Ab Laut Chalen (1999)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 28 April 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  34. ^ "Hum Dil De Chuke Sanam (1999)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  35. ^ "Hansika strikes a big deal". The Times of India. 7 March 2009. Diarkib daripada yang asal pada 31 August 2015. Dicapai pada 29 June 2014.
  36. ^ "Taal (1999)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  37. ^ "Filmfare Awards by year: 1999 Nominations". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 19 November 2000. Dicapai pada 8 June 2015.
  38. ^ "Mela (2000)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  39. ^ Dow, Gillian; Hanson, Clare (18 September 2012). Uses of Austen: Jane's Afterlives. Palgrave Macmillan. m/s. 184. ISBN 978-0-230-31946-2.
  40. ^ "Josh (2000)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  41. ^ "Hamara Dil Aapke Paas Hai (2000)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 July 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  42. ^ a b "Annual Filmfare Awards 2000: The Nominations". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 31 March 2001. Dicapai pada 8 June 2015.
  43. ^ "Dhaai Akshar Prem Ke (2000)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 2 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  44. ^ "Mohabbatein (2000)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  45. ^ "Albela (2001)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 31 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  46. ^ "Hum Tumhare Hain Sanam (2002)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  47. ^ "Hum Kisise Kum Nahin (2002)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  48. ^ "23 March 1931 Shaheed (2002)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  49. ^ "Devdas (2002)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  50. ^ "Shakti — The Power (2002)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  51. ^ Elley, Derek (12 August 2003). "Chokher Bali: A Passion Play". Variety. Dicapai pada 12 August 2003.
  52. ^ "Dil Ka Rishta (2003)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 2 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  53. ^ "Kuch Naa Kaho (2003)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  54. ^ "Khakhee (2004)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  55. ^ "Kyun! Ho Gaya Na (2004)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  56. ^ Ponzanesi, Sandra (14 May 2014). The Postcolonial Cultural Industry: Icons, Markets, Mythologies. Palgrave Macmillan. halaman 133–134. ISBN 978-1-137-27259-1.
  57. ^ "Raincoat (2004)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 2 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  58. ^ "50th Filmfare Awards: Actresses Nominated". Indiatimes. Diarkib daripada yang asal pada 1 March 2005. Dicapai pada 15 April 2016.
  59. ^ "Shabd (2005)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  60. ^ Mannur, Anita (19 November 2009). Culinary Fictions: Food in South Asian Diasporic Culture. Temple University Press. m/s. 88. ISBN 978-1-4399-0079-6.
  61. ^ "Bunty Aur Babli (2005)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  62. ^ "Umrao Jaan (2006)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  63. ^ "Dhoom 2 (2006)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 2 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  64. ^ a b "Aishwarya Rai: Awards & nominations". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 22 April 2009. Dicapai pada 23 July 2010.
  65. ^ "Guru (2007)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  66. ^ "Provoked (2007)". Rotten Tomatoes. Diarkib daripada yang asal pada 12 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  67. ^ "Jodhaa Akbar (2008)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  68. ^ "54th Idea Filmfare Awards 2008 nominations". CNN-IBN. 18 February 2009. Diarkib daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 2 March 2014.
  69. ^ "Sarkar Raj (2008)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 13 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  70. ^ "Pink Panther 2 (2009)". Rotten Tomatoes. Diarkib daripada yang asal pada 23 July 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  71. ^ "Raavan (2010)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 5 December 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  72. ^ Rangan, Baradwaj (15 October 2012). Conversations with Mani Ratnam. Penguin Books Limited. m/s. 515. ISBN 978-81-8475-690-6. Diarkib daripada yang asal pada 17 February 2017.
  73. ^ "Robot (Enthiran in Hindi) (2010)". Amazon.com. Diarkib daripada yang asal pada 21 May 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  74. ^ "Action Replayy (2010)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  75. ^ "Guzaarish (2010)". Bollywood Hungama. Diarkib daripada yang asal pada 31 August 2014. Dicapai pada 29 June 2014.
  76. ^ "Nominations for 56th Idea Filmfare Awards 2010". Bollywood Hungama. 14 January 2011. Diarkib daripada yang asal pada 14 November 2013. Dicapai pada 2 March 2014.
  77. ^ "Response to my look in Sarbjit encouraging: Aishwarya Rai Bachchan". The Indian Express. 22 December 2015. Diarkib daripada yang asal pada 24 January 2016. Dicapai pada 8 February 2016.
  78. ^ "62nd Jio Filmfare Awards 2017 Nominations". Filmfare. 9 January 2017. Diarkib daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 13 January 2017.
  79. ^ "Aishwarya Rai Bachchan starts shooting for 'Ae Dil Hai Mushkil' with Ranbir Kapoor in Vienna". The Indian Express. 19 October 2015. Diarkib daripada yang asal pada 24 February 2016. Dicapai pada 8 February 2016.
  80. ^ Jhunjhunwala, Udita (3 August 2018). "Fanney Khan movie review: Rajkummar Rao, Aishwarya Rai stand out in comedy bogged down by melodrama". Firstpost. Dicapai pada 3 August 2018.
  81. ^ "Bollywood im Alpenrausch – Indische Filmemacher erobern die Schweiz". Swiss Films. Diarkib daripada yang asal pada 27 February 2014. Dicapai pada 27 February 2014.
  82. ^ Honeycutt, Kirk (15 May 2011). "Bollywood: The Greatest Love Story Ever Told: Cannes Review". The Hollywood Reporter. Diarkib daripada yang asal pada 19 April 2014. Dicapai pada 3 August 2014.
  83. ^ Dawar, Ramesh (1 January 2006). Bollywood: Yesterday, Today, Tomorrow. Star Publications. m/s. 27. ISBN 978-1-905863-01-3. Diarkib daripada yang asal pada 31 December 2016.
  84. ^ Rajitha (15 May 1998). "An easy fit". Rediff. Diarkib daripada yang asal pada 20 February 2014. Dicapai pada 27 July 2014.
  85. ^ Verma, Sukanya (4 February 2005). "Sanju rocks in Shabd!". Rediff. Diarkib daripada yang asal pada 8 August 2014. Dicapai pada 27 July 2014.

Pautan luarSunting