Florence Nightingale

Florence Nightingale, OM (Tulisan Jawi: فلورن‌س ناءيتيڠݢيل ;12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita ialah perintis kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Florence Nightingale

Florence Nightingale, c. 1860
Kelahiran(1820-05-12)12 Mei 1820
Meninggal dunia13 Ogos 1910(1910-08-13) (umur 90)
Mayfair, London, England, United Kingdom
WarganegaraBritish
Terkenal keranaPerintis kejururawatan moden
AnugerahPalang Merah Diraja (1883)
Lady of Grace of the Order of St John (LGStJ) (1904)
Darjah Merit (1907)
Kerjaya saintifik
BidangKebersihan dan sanitasi hospital, statistik
InstitusiSelimiye Barracks, Scutari
King's College London[1]
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada tahun 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat ialah wanita miskin) dan wanita British daripada keturunan berada sepertinya dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai teori penyakit Miasma[3][4][5] menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, justeru sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit menjadi lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Florence Nightingale". King's College London. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ "Florence Nightingale 2nd rendition, 1890 – greetings to the dear old comrades of Balaclava". Internet Archive. Dicapai pada 13 Februari 2014.
  3. ^ SEJARAH RINGKAS KETIKA ERA SALJI (1813-58)
  4. ^ Siapakah William Farr? Diarkibkan 2009-03-25 di Wayback Machine
  5. ^ "Pembangunan Teori Kuman Penyakit" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-25. Dicapai pada 2018-11-17.

Pautan luar

sunting